Tuesday, May 19, 2015

AAC-KOMUNIKASI AUGUMENTATIF DAN ALTERNATIF


Apakah yang dimaksudkan dengan AAC/Komunikasi Augumentatif dan Alternatif?
Komunikasi Augmentatif dan Alternatif, atau singkatannya AAC merupakan satu sistem komunikasi bukan lisan. AAC tidak memerlukan kita untuk bercakap bagi menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain. Ekspresi muka, pergerakan anggota badan, penggunaan gambar, simbol dan juga sistem tulisan merupakan antara contoh penggunaan AAC. Komunikasi augmentatif secara spesifiknya digunakan bagi menyokong kebolehan bahasa, pertuturan dan komunikasi sedia ada yang terhad. Komunikasi alternatif pula digunakan bagi menggantikan kaedah komunikasi lisan individu yang tidak boleh bercakap.
AAC diperlukan oleh individu yang tidak boleh menggunakan pertuturan untuk berkomunikasi secara efektif dalam semua situasi kehidupan. Individu tersebut kebiasaannya terdiri daripada kanak-kanak atau orang dewasa yang mempunyai masalah bahasa, pertuturan dan komunikasi pada tahap teruk. Masalah ini boleh berpunca daripada Autism, Sindrom Down, Palsi Serebral, Kelainan Upaya Mental, Kecederaan Otak dan Strok.
AAC dibahagi kepada dua sistem iaitu Sistem Komunikasi Tanpa Bantuan dan Sistem Komunikasi Dengan Bantuan. Sistem Komunikasi Tanpa Bantuan ialah sistem yang tidak memerlukan individu untuk menggunakan sebarang alat bantuan bagi berkomunikasi. Ia bergantung sepenuhnya kepada kebolehan fizikal individu. Sebagai contoh, individu menggunakan bahasa isyarat, mimik muka, dan pergerakan anggota badan (gesture) untuk menyampaikan mesej.



No comments:

Post a Comment