LAPORAN
PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN PERMAINAN TRADISIONAL 2011 UNTUK KURSUS PJM3112 BAGI
PISMP SEMESTER 5
1.0 PENDAHULUAN
Kursus
PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan adalah
merupakan subjek elektif bagi kami iaitu PK(h)/PJ/BT. Pada semester lima ini,
kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah
karnival yang dinamakan „Karnival Permainan Tradisional‟. Penganjuran karnival
sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat
perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Karnival Permainan Tradisional
ini turut menjemput beberapa kumpulan pengajian yang lain untuk menyertainya.
Karnival ini akan mengketengahkan tema „Permainan Tradisional Satukan Kita‟.
2.0 MATLAMAT
Matlamat
program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih
menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah
pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan sukan
serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan
yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM 3112. Disamping itu, program yang
sebegini juga akan dapat menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri
masing-masing
3.0 OBJEKTIF
Dalam
penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri.
Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival ini. Antara
objektifnya adalah seperti berikut:
1.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta
pentadbiran untuk
penganjuran acara ataupun pertandingan.
1.2 Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih
untuk
mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.
1.3
Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang
dilaksanakan.
1.4
Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.
1.5
Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui
penglibatan
dalam aktiviti atau acara yang disertai.
1.6
Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru pelatih dalam menyertai
aktiviti
yang dijalankan.
1.7
Mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri.
1.8
Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari serta mengenali
permainan
tradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.
1.9
Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang
dilaksanakan.
4.0 MAKLUMAT PROGRAM
Nama
Program : Karnival
Permainan Tradisional 2011
Tema
Program : „Permainan
Tradisional Satukan Kita‟
Penganjur
: PISMP
SEMESTER 5
Tarikh
: 6
mei 2011
Tempat
: Padang
IPGKTI
Masa : 2.00
hingga 6.00 petang
Peserta
yang Terlibat :
5.0 KEBAIKAN KARNIVAL PERTANDINGAN
PERMAINAN TRADISIONAL
Kami
dapati bahawa terdapat pelbagai kebaikan yang dapat dilihat dengan jelas dengan
mengadadakan karnival ini. Salah satu
kebaikan karnival ini adalah permainan-permainan tradisional yang
dipertandingkan merangkumi permainan tradisional pelbagai kaum seperti
permainan tradisional kaum Melayu iaitu tarik upih, keteng-teng dan permainan
trdisional kaum India iaitu kabadi. Ini telah memberi laluan kepada para guru
pelatih untuk mengenali dan mengetahui permainan tradisional kaum-kaum lain
yang terdapat di Malaysia. Dengan mengetahui dan mengenali permainan-permainan
tradisional kaum lain, guru-guru pelatih dapat menggunakan ilmu-ilmu tersebut
apabila berada di sekolah nanti.
Selain
itu, peserta yang terlibat dalam karnival ini terdiri daripada pelbagai
kaum. Karnival ini menjadi landasan
untuk merapatkan hubungan antara guru-guru pelatih yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Karnival ini bukan sahaja merapatkan hubungan antara guru-guru
pelatih yang terdiri daripada pelbagai kaum malah dapat menjalinkan hubungan
baik antara senior dan junior. Dengan wujudnya hubungan yang baik antara
guru-guru pelatih pelbagai kaum, maka wujudlah guru-guru pelatih yang
mementingkan perpaduan. Secara tidak langsung, mereka akan melahirkan anak-anak
didik mereka yang mementingkan perpaduan apabila berada di sekolah nanti.
Tambahan
pula, karnival ini telah memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam
kalangan guru-guru pelatih. Kerjasama antara kumpulan dapat dilihat dengan
jelas semasa para peserta bertungkus - lumus
dan berusaha mengatur strategi
untuk mencapai kemenangan. Walaupun terdapat persaingan yang kuat antara
kumpulan tetapi mereka masih menolong kumpulan lain dengan memberi sokongan
moral dan tepukan serta kata -kata semangat kepada kumpulan yang tidak menang
dalam pertandingan. Semangat kesukanan dapat dilihat dengan jelas semasa
bermain. Setiap kumpulan telah berusaha bersungguh - sungguh untuk menang dalam
pertandingan dan menunjukkan betapa tingginya semangat kesukanan mereka.
Di
samping itu, karnival ini telah meningkatkan disiplin, sikap patuh kepada
peraturan dan menyemai sikap menghormati pengadil dalam kalangan guru-guru
pelatih. Sikap disiplin guru-guru pelatih dapat dilihat dalam pakaian mereka.
Setiap ahli kumpulan memakai pakaian sukan yang seragam dengan kemas. Sebelum
pertandingan dan selepas pertandingan, guru-guru pelatih sangat disiplin.
Guru-guru pelatih juga mematuhi segala peraturan pertandingan yang telah
ditetapkan oleh pengurus karnival. Guru-guru pelatih juga tidak ingkar arahan
pengadil dan menerima keputusan pengadil dengan hati yang terbuka tanpa
mengutarakan apa-apa bantahan.
6.0 KELEMAHAN KARNIVAL PERTANDINGAN
PERMAINAN TRADISIONAL
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat kami
mengenalpasti sepanjang pelaksanaan
karnival ini. Antaranya ialah:
i.Peserta
Peserta merupakan pihak yang sangat penting
untuk melaksanakan sesebuah pertandingan atau program dengan baik. Tetapi
kelemahan yang terdapat dalam karnival ini ialah, peserta kurang peka terhadap
tugasan mereka. Walaupun berkali-kali membuat panggilan untuk memanggil peserta
permai nan, peserta kurang peka dan leka. Tidak menghiraukan panggilan tersebut
serta menunggu sampai pihak penganjur
datang mencari mereka secara individu.
Kelemahan
seterusnya dari pihak peserta ialah , tidak menepati masa. Segolongan siswa
guru kurang memahami maksud ungkapan melayu “ Masa itu emas”. Peserta permainan
melengangkan masa serta tidak datang datang ke gelanggang tepat pada masa. Ia
menyebabkan permainan dimulakan lambat daripada masa yang telah dijadualkan.
Kelemahan
yang seterusnya ialah, terdapat siswa guru yang hilang semasa permainan
dijalankan. Apabila permainan balingan tin dijalankan, terdapat beberapa
perserta yang tiada di kawasan permainan semasa acara balingan tin dijalankan.
Ia menyebabkan pegawai membuat pangilan beberapa kali untuk memnita peserfta
menghadirkan diri di kawasan pertandingan.
ii.
saiz gelangaang/ kawasan permainan
Terdapat tujuh permainan yang ditandingkan
dalam karnival permainan tradisional ini. Ruangan yang disediakan untuk
sesetengah permainan tidak sesuai. Contohnya kawasan yang diberikan untuk
permainan balingan tin yang agak kecil mengawal pergerakan pemain dalam ruang
yang kecil serta menyebabkan permainan tersebut kurang seronok.
iii. pakaian
Pakaian yang sesuai sangat penting untuk
melakukan sesuatu aktiviti. Contonya, permainan seperti Kabaddi mengalakkan
pemain memakai seluar pendek untuk memudahkan pergerakan mereka di gelanggang.
Siswa guru yang bermain bagi permainan kabaddi memakai seluar track suit yang
panjang. Ia menyebabkan mereka kurang selesa untuk main dan takut seluarnya
koyak ditarik oleh pihak lawan dan sebagainya. Ia menyebabkan permain kabaddi
kurang selesa untuk main.
iv.pengelola
iv.pengelola
Jawatankuasa yang menganjurkan sesuatu
permainan atau pertandingan adalah sangat penting bagi memastikan agenda atau
aktiviti tersebut dijalankan dengan baik. Kami dapat mengenalpasti beberapa
kelemahan pada pihak penganjur. Antara kelemahan yang boleh disenaraikan ialah:
a) Tiada senarai nama peserta di kawasan
permainan
b) Tiada borang pemarkahan kepada sesetengah permainan
c) Pengelolaan peserta yang kurang cekap
seperti mencari peserta
pada
minit terakhir
d) Kekurangan pegawai /kurang mahir tentang
permainan yang dijaga
e) Peraturan bagi sesetengah permainan tidak
dijelaskan dengan betul
f)
bahan/peralatan permainan kurang/ peralatan yang kurang sesuai
a) Tiada
senarai nama peserta di kawasan permainan
Terdapat beberapa pegawai yang mencari nama
peserta untuk dipanggil. Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian kerana
tiada senarai nama yang diberikan kepada pegawai tersebut. Senarai yang mereka
dapat ialah, nama kumpulan yang dipertandingkan. Contohnya permainan kabaddi, apabila memanggil nama
kumpulan terdapat beberapa guru pelatih yang tiada di kawasan permainan. Jadi
pegawai mencari senarai nama peserta dalam kumpulan tersebut untuk
memanggilnya. Ia menlambatkan kelicinan perlawanan permainan.
b) Tiada
borang pemarkahan kepada sesetengah
permainan
Bukan semua permainan yang memerlukan borang
pemarkahan. Tetapi ada beberapa permainan memerlukan borang pemarkahan untuk
memudahkan proses mencatat markah. Walaupun memberikan papan pemarkahan, borang
pemarkahan juga wajib disertakan. Pegawai mengalami kesulitan untuk merekod
markah serta menyimpan maklumat pemarkahan perlawanan.
c) Pengelolaan
peserta yang kurang cekap seperti mencari peserta
pada minit terakhir
Kami dapat memperhatikan bahawa pengelolaan
peserta adalah kurang cekap kerana, pegawai atau ajk pertandingan telah mencari
peserta pada minit terakhir untuk sesuatu permainan yang akan dijalankan
sebentar lagi .Contohnya ialah tarik upin. Ia menyebabkan permainan dimulakan
lambat.
d)
Kekurangan pegawai /kurang mahir tentang permainan yang dijaga
Walaupun senarai pegawai telah disediakan pada
awalnya, tetapi ramai pegawai tidak tahu namanya di bawah senarai pegawai. Jadi ada pegawai yang tidak menghadirkan diri
semasa permainan dijalankan.
Selain daripada itu, pegawai yang ditugaskan
kurang mahir atau kurang pengetahuan tentang permainan yang dijaga. Ia
menyukarkan pegawai untuk mengadili sesuatu permainan. Contohnya, hanya
terdapat dua pegawai untuk permainan kabaddi wanita.
e)
Peraturan bagi sesetengah permainan tidak dijelaskan dengan betul
Peraturan perlu dijelaskan dengan betul supaya
permainan dijalankan dengan baik. Tetapi
untuk permainan balingan tin, peraturan dijelaskan oleh pegawai tetapi kurang
jelas. Ia menyebabkan peserta kurang faham tentang cara bermain permainan
tersebut.
f) bahan serta peralatan permainan kurang/
peralatan yang kurang sesuai
Peralatan serta bahan perlu disediakan dengan
lengkap untuk sesuatu permaian. Untuk pertandingan kabaddi, gelanggan dibuat
dengan tepung gandum. Jadi apabila main, garisan tersebut hilang, tetapi tiada
tepung untuk membuat garisannya. Pegawai tersebut mencari tepung semasa
permainan dijalankan.
Untuk permainan tarik upin, pelepah yang
digunakan sangat kering. Jadi apabila menarik dengan kuat, pelepahnya koyak.
Para peserta sukar untuk menyambungkan permainan dengan pelepah yang telah
koyak.
7.0 CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Terdapat pelbagai cadangan untuk mengatasi kelemahan atau masalah yang
timbul. Cadangan yang relevan membantu melaksanakan dan mengelolakan program
dengan lebih baik pada masa akan dantang. Belajar melaui pengalaman. Untuk
mengelola Karnival Pertandingan Permainan Tradisional ini memerlukan
perancangan awal dan sempurna. Ia bermula daripada peringkat perancangan itu
sendiri, dimana ia memerlukan ketua yang sentiasa dapat menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan baik dan beretika. Persiapan
awal adalah sangat penting agar semasa program yang dirancang dapat berjalan
dengan baik dan mengikut perancangan. Pengagihan tugas adalah sangat penting
supaya setiap jawatan kuasa memberikan komitmen yang diperlukan untuk
menjalankan program yang dirancang. Ia juga memastikan setiap individu atau
jawatankuasa menjalankan tugasan yang diberikan.
Sikap
sambil lewa dan kurang peka peserta boleh diatasi dengan mewujudkan markah
untuk disiplin. Pengurus harus memberitahu setiap kumpulan tentang pemberian
markah untuk aspek disiplin seperti kekemasan pakaian, ketepatan masa dan
sebagainya. Kumpulan yang berdisiplin akan mendapat markah yang banyak manakala
kumpulan yang tidak berdisiplin akan kehilangan markah. Ini akan mengurangkan
sikap peserta yang tidak baik.
Saiz
gelanggang harus dibesarkan sedikit supaya memudahkan peserta untuk bergerak.
Sebagai contoh, ukuran gelanggang untuk permainan baling tin yang tidak sesuai
menyebabkan peserta menghadapi masalah untuk bergerak. Kadang-kala ia boleh
menyebabkan kecederaan kepada peserta. Keselamatan peserta harus diutamakan.
Pakaian
merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah permaian. Pakaian yang kurang
selesa boleh menyebabkan berlakunya kecederaan kepada peserta. Pengurus harus
menetapkan pakaian yang sesuai untuk setiap pertandingan. Sebagai contoh,
pengurus harus membenarkan peserta kabadi untuk memakai seluar pendek supaya
peserta lebih selesa bermain tanpa berasa takut. Ini akan menyebabkan lebih
minat semasa bermain.
Tanggungjawab
setiap ahli jawatankuasa sangat penting bagi menjayakan sesebuah pertandingan. Sikap kecuaian ahli
jawatankuasa boleh menyebabkan sesuatu pertandingan tidak berjalan dengan
lancar. Ajk tugas-tugas harus menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Mereka
harus menyediakan senarai peserta, borang pemarkahan dengan bilangan yang
cukup. Pengarah pertandingan harus melantik seorang ketua untuk ajk tugas-tugas
khas supaya ketua tersebut sentiasa memastikan ahlinya membuat tugas. Selain
itu, ketua juga harus menyediakan sebuah senarai semak untuk menyemak tugasan
yang perlu dibuat.
Pengelola
peserta sentiasa peka terhadap bilangan bagi setiap pertandingan. Beliau harus
memastikan setiap peserta melapor diri kepada mereka. Ajk yang bertanggungjawab
terhadap pengadil dan pegawai merupakan ajk yang penting. mereka harus
memastikan pegawai bagi setiap pertandingan adalah mencukupi supaya tidak
berlaku penipuan dalam permainan.
Ajk
peralatan juga harus memainkan peranan penting dalam kelicinan sesebuah
pertandingan. Mereka harus memastikan peralatan yang digunakan berada dalam
keadaan yang baik dan selamat. Jika boleh, mereka harus mencuba sesebuah
peralatan sebelum ia digunakan oleh peserta. Ini boleh mengurangkan kecederaan
dan memastikan keselamatan peserta sentiasa dijaga.
Ajk
setiap pertandingan harus memberikan satu set peraturan kepda peserta sebelum
pertandingan supaya peserta mengetahui peraturan permainan dengan lebih jelas.
Ini boleh mengurangkan pengadil untuk membazirkan masa dan tenaga untuk
mengulang semula peraturan bagi setiap pertandingan. Selain itu, peserta juga
akan mengetahui cara bermain dengan lebih jelas dengan memberikan peraturan
permainan.
Secara
keseluruhannya, Karnival Pertandingan Permainan Tradisional ini dapat
dijalankan dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang
karnival tersebut berlangsung, tiada masalah besar yang timbul seperti
pergaduhan atau penyalah gunaan bahan, sungguhpun mereka, iaitu peserta mahukan
kemenangan berpihak kepada mereka.
8.0 RUMUSAN
Karnival
pertandingan permainan tradisional telah berlangsung pada 6 mei 2011 bertempat
di padang IPGKTI. Karnival ini telah dianjurkan oleh guru pelatih 5 PISMP.
Karnival ini bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. Karnival ini
telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Tuan Abu Bakar Sahari. Karnival ini telah
berlangsung dengan lancar dan baik. Setiap wakil perserta opsyen telah
menonjolkan penglibatan yang aktif dalam karnival ini. Sebanyak tujuh
pertandingan tradisional telah dijalankan iaitu kabadi,tarik upin, lompat dalam
guni,baling tin, ketingting , sepak raga dan jalan atas tempurung. Secara
keseluruhannya wakil perserta 5 PISMP telah memenagi semua pertandingan dengan
mengumpulkan mata yang tinggi. Karnival ini telah memberi peluang kepada kami
untuk mempelajari perkara –perkara baru seperti peraturan, dan pengelolaan
sesuatu pertandingan. Walaupun, kita mengetahui permaianan tradisional ini
sejak kecil lagi malah kita tidak tahu peraturan yang tetap baginya. Oleh itu,
karnival ini telah menyediakan peluang untuk mempelajari cara-cara pengelolakan
sesuatu pertandingan permainan tradisional dengan tersusun dan teratur serta
betul jalanya. Terdapat juga beberapa kelemahan seperti pengurusan masa,
pengurusan peserta dan pengenalan peraturan yang jelas tidak dapat dijalankan
dengan betul. Malah hal ini boleh dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran pada
masa akan dating dan dijadikan penambaikan dengan baiknya. Karnival ini menjadi
satu pengalaman dan teladan yang baik bagi kami untuk mengetahui tentang permaianan
tradisional dengan luas dan dapat dijalankan di sekolah pada masa hadapan.
Selain itu, Karnival ini juga menjadi jambatan bagi opsyen –opsyen yang lain
berhubung dengan opsyen pengajian yang lain. Guru pelatih semester lima juga
dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan pengajian lain sepanjang
menjalankan carnival ini dengan baik dan selamat. Semua guru pelatih
berkerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain bah kata pepatah “berat
sama dipikul , ringan sama dijinjing” bagi menjayakan karnival ini . Secara
keseluranhannya , karnival berlangsung dengan baik dan selamat dengan kurniaan
tuhan.
9.0 LAMPIRAN
9.0
REFLEKSI
Saya
telah menerima TUGASAN PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN pada awal februari.
Saya berasa cemas selepas menerima tugasan ini kerana tugasan ini agak
berat jika dibandingkan semester-semester yang lepas. Tetapi saya dan ahli
kumpulan saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik . Saya juga berasa sangat gembira kerana saya
dapat menghantar kerja kursus ini pada masa yang tepat. Setelah
mendapat kerja kursus ini, saya bersama ahli kumpulan saya masing-masing mencari maklumat–maklumat yang berkaitan dan
kami telah berkongsi matlumat yang telah dicari. Jadi, kami telah membincangkan
isi-isi yang dikehendaki oleh kerja kursus ini dan kami membahagikan
soalan-soalan tersebut. Terdapat beberapa soalan yang
dipertengahkan dalam kerja kursus ini iaitu kertas kerja karnival , minit
mesyuarat. Surat, borang permarkahan dan laporan karnival.
Kami telah menjalankan kerja
kursus ini dengan lancar. Apabila setiap
ahli kumpulan dapat isi yang berlainan dan pendapat
yang berlainan dalam menyiapkan kertas kerja, kami telah membuat perbincangan dan mengambil isi-isi yang
penting untuk kerja kursus ini. Kerja kursus ini telah membawa
banyak kebaikan bagi kami. Melalui kerja kursus ini , saya dapat mempelajari cara mengendalikan sesuatu pertandingan
dengan betul dan teratur. Pada awal tugasan ini, saya bersama ahli kumpulan
saya telah menyiapkan kertas kerja yang lengkap dan seterusnya saya bersama
ahli kumpulan saya telah menyiapkan laporan minit mesyuarat dan surat jemputan
bagi sekolah dan ahli jawatankuasa. Kami telah memilih SK INFANT JESUS CONVENT
, JOHOR BAHRU sebagai peserta karnival bagi pertandingan permainan tradisional.
Seterusnya
, saya bersama ahli kumpulan saya telah menyediakan surat jemputan mesyuarat
dan surat jemputan mengambil bahagian pertandingan kepada pihak sekolah.
Akhirnya , saya bersama ahli kumpulan saya telah menyediakan laporan karnival
pertandingan permainan tradisional. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini ,
saya telah membelajari pelbagai urusan rasmi seperti kertas kerja, laporan
minit mesyuarat, surat menyurat dan laporan. Sebelum ini saya tidak ada
pengalaman menguruskan sesuatu pertandingan sebegini besar ini. Dengan ini,
saya dapat mempelajari cara –cara mengendalikan permainan tradisional dengan
sistem permarkahan dan peraturan yang betul. Matlamat program ini
dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta
mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan.
Terdapat banyak objektif telah ditekankan dalam karnival ini. Salah satu
objektif yang ditekankan ialah Mempelajari serta meningkatkan kemahiran
pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.
Saya juga mendapat pengalaman langsung semasa menyertai karnival permaianan
tradisional. Saya juga menyertai pertandingan kabadi bagi wakil ‘All star’
bersama pengajian lain semester 5. Saya telah bermain permainan kabdi dengan
baik dan aktif. Saya telah mempelajari peraturan-peraturan bertulis bagi
pertandingan kabadi melalui pengalaman langsung saya. Saya pernah bermain
kabadi sejak kecil lagi. Tetapi tidak tahu semua pertauran yang bertulis kabadi
ini. Karnival ini telah menyediakan peluang bagi saya untuk mengenali
permaian-permaian tradisioanal yang lain dan peraturan-peraturan setiap
permainan tradisional.Secara keseluruhannya, karnival pertandingan permainan
tradisional ini dapat menyediakan ruang bagi saya untuk mempelajari cara-cara
mengelolakan satu karnival permainan tradisional untuk murid sekolah rendah.
DISEDIAKAN
OLEH :
THEVALETCHUMY
A/P NADARAJAN
5
PISMP PK(h)/PJ/BT
Selepas saya mendapat soalan tugasan
matapelajaranPengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, saya
berasa sangat takut dan bimbang kerana saya tidak begitu faham soalan dengan
jelas. Selepas itu, pensyarah-pensyarah saya dari Jabatan Pendidikan Jasmani telah menjelaskan tajuk tagusan dengan begitu jelas dan baik. Tetapi, saya
masih tidak faham beberapa bahagian yang terdapat dalam soalan tersebut. Saya
selalu menghubungi mereka untuk menanya pelbagai soalan. Mereka sangat sabar
menjawab soalan-soalan saya. Selain itu, saya juga kerap kali berjumpa mereka
di jabatan untuk mendapatkan maklumat dari mereka.
Sebagai
persediaan awal, saya kerap kali mengunjungi pusat sumber Institut Pendidikan
Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim dan perpustakaan awam iaitu
Perpustakaan Sultan Ismail yang berdekatan dengan Institut saya. Saya mendapat
pelbagai bahan berkaitan dengan tugasan saya. Saya telah menulis banyak
nota-nota tentang soalan tersebut. Saya juga telah melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tambahan tentang tugasan tersebut.
Semasa
saya membuat tugasan ini, rakan-rakan saya telah banyak membantu saya dengan
berkongsi nota-nota yang mereka ada.
Mereka juga banyak memberi sokongan moral kepada saya semasa saya membuat
tugasan ini. Saya dan rakan-rakan kumpulan saya selalu berbincang mengenai
tajuk ini. Mereka telah memberikan kerjasama yang cukup untuk menyiapkan
tugasan ini. Dengan membuat tugasan ini, saya telah mendapat banyak manfaat.
Antaranya
ialah, saya telah lebih yakin dan lebih memahami cara menyediakan sebuah kertas
kerja yang berkualiti dan baik. Sebelum ini, saya pernah membuat beberapa
kertas kerja tetapi kertas kerja Karnival Pertandingan Permainan Tradisional
telah memberikan pengalaman baru kepada saya. Ini kerana, dahulu saya membuat
kertas kerja secara individu tetapi kali ini saya telah membuatnya dalam
kumpulan. Saya telah menerima dan memberi pendapat dan pendangan saya semasa
membuat kertas kerja ini. Saya berasa gembira apabila rakan-rakan sekumpulan
saya telah menerima pandangan dan pendapat saya semasa membuat kertas kerja ini
walaupun mereka lebih mengetahui tentang cara membuat kertas kerja.
Selain
itu, saya juga dapat mengetahui dan mengenali permainan-permainan tradisional
yang terdapat di negara kita dengan lebih jelas. Walaupun saya pernah bermain
banyak permainan tradisional semasa saya kecil tetapi saya tidak tahu nama
permainan tersebut. Dengan membuat tugasan ini, saya telah mengenal nama
permainan-permainan tersebut kerana saya telah banyak membaca tentang permainan
tradisional di buku-buku dan juga di internet. Selain itu, saya juga telah
mengetahui peraturan-peraturan permainan tradisional dengan jelas dan baik.
Saya berasa sangat seronok semasa membaca tentang permainan-permainan
tradisional kerana ia telah memberi banyak input kepada saya dan rakan-rakan
saya. Saya juga telah mengetahui kepentingan permainan tradisional dengan lebih
mendalam.
Di
samping itu, saya telah belajar untuk mengelolakan sebuah karnival pertandingan
permainan tradisional. Walaupun saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam
karnival pertandingan permainan tradisional, tetapi saya telah banyak belajar
melalui pemehatian saya. Saya telah menolong kawan-kawan saya untuk membungkus
hadiah dan sebagainya. Saya juga mendapat pengalaman menjadi pegawai pencatat
markah bagi pertandingan kabadi bagi kategori lelaki. Saya telah banyak belajar
tentang cara memberikan markah bagi pertandingan kabadi. Say sangat seronok dan
gembira semasa menjadi seorang pegawai pencatat markah.
Tambahan
pula, tugasan ini telah menjadi landasan kepada saya untuk merapatkan hubungan
antara ahli kumpulan saya. Kami telah bersama-sama mencari nota, membuat kertas
kerja, menulis laporan minit mesyuarat dan
surat-surat berkaitan dengan kertas kerja dan sebagainya. Rakan-rakan
sekumpulan saya selalu memberi sokongan kepada saya semasa saya berputus asa
dan hilang yakinan. Rakan-rakan kelas saya juga banyak membantu saya untuk
menyiapkan tugasan tersebut dengan berkongsi nota-nota, contoh kertas kerja,
dan laporan minit mesyuarat.
Saya
juga belajar membuat minit mesyuarat dengan agak baik. Walaupun saya tidak
pernah membuat minit mesyuarat sebelum ini, tetapi saya telah belajar
membuatnya dengan bantuan rakan-rakan sekumpulan saya. Saya telah mengetahui
format minit mesyuarat dengan lebih jelas. Saya juga telah mengetahui
kepentingan surat kebenaran penjaga, surat jemputan dan sebagainya dengan jelas Saya berasa sangat gembira dan berpuas
hati dengan membuat tugasan ini kerana
mendapat banyak pengetahuan yang baru. Pengalaman dan pengetahuan ini akan
membantu saya pada masa yang akan datang iaitu semasa berada di sekolah. Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna tanpa sebarang halangan.
NAMA
: RANJANIE A/P KARUNAMOORTHY
OPSYEN
: 5 PISMP PK(h)/PJ/BT
Saya
Homalah a/p Kuppan dengan setulus hatinya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah kami iaitu Pn. Rasidah yang banyak membantu saya untuk
menyiapkan tugasan “Menyediakan Kertas Kerja Pengelolaan dan Pertandingan
Karnival Permainan Tradisional”
dengan jayanya. Selain itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang telah menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sebaik yang mungkin. Semasa proses membuat tugasan ini saya mendapat
banyak pengetahuan dan ilmu tentang
pelaksanaan karnival permainan tradisional. Sebenarnya tugasan ini adalah berkaitan
dengan mengendalikan sebuah Karnival permainan tradisional serta menulis laporan mengenai proses perlaksanaan Karnival permainan
tersebut .
Selepas mendapat penjelasan
daripada pensyarah, saya mendapat satu gambaran yang jelas tentang tajuk
tugasan. Setelah berfikir panjang serta mencari dan meneliti maklumat daripada
buku, internet dan bahan-bahan tambahan seperti majalah, saya dapat mengetahui
maklumat-maklumat yang penting tentang permainan -permainan tradisional
dimainkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Antaranya permainan
tradisionalnya ialah tarik upin,
kabaddi, baling tin,sepak raga dan gasing dan sebagainya. Saya memilih beberapa
permainan yang mudah dimain untuk dipertandingkan dalam Karnival yang kami
adakan.
Dengan menyiapkan tugasan
ini, saya telah mendapat peluang untuk mengetahui lebih mendalam tentang
permainan tradisional yang harus diberi perhatian yang serius supaya tidak
tinggal namanya sahaja pada masa akan datang . Semasa menyediakaan kertas
kerja, saya telah mempelajari format yang betul untuk menyediakan sesuatu
kertas kerja. Antara aspek yang perlu ada ialah objektif, tarikh, masa,
kumpulan sasaran, permainan, peraturan permainan,kewangan dan
sebagainya.Walaupun pernah membuat kertas kerja sebelum ini, ini merupakan kali
pertama saya mempelajari format membuat kertas kerja untuk mengadakan permainan
tradisional berbentuk
pertandingan/perlawanan secara besar besaran. Saya mengetahui bahawa penyediaan
kertas kerja yang cekap mendorong kepada perjalanan karvinal dengan baik dan
lancar.
Selain daripada menyediakan
kertas kerja, semasa perlaksanaan saya berpeluang untuk menjadi referi untuk
permainan kabaddi. Sebagai atlet sukma, saya diberi peluang untuk mengadili
perlawanan kabaddi lelaki. Selama ini
saya hanya menjadi pemain dalam permainan kabaddi. Karnival permainan
tradisional ini membuka ruang kepada saya untuk menjadi referi. Ia merupakan
satu pengalaman baru serta seronok yang tidak boleh dilupakan. Semasa
mempelajari untuk bersikap adil semasa menjadi referi. Selain itu, saya juga
mengetahui bahawa kesabaran serta sifat tegas perlu diaplikasi semasa di
gelanggang untuk melicinkan perjalanan perlawanan dengan baik. Akhirnya saya
berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik serta sempurna.
Walaupun banyak perkara yang
saya kurang jelas semasa membuat tugasan tetapi saya tidak berputus asa,
teruskan pencarian saya dalam internet serta bertanya dengan orang-orang tua.
Dengan adanya rasa ingin tahu, saya dapat mengetahui jawapan bagi soalan saya
serta menyiapkan tugasan ini . Jadi saya belajar untuk bersabar serta berusaha
untuk mencari sesuatu maklumat sekiranya tidak dapat dicarikan dengan mudah
kerana semua masalah ada penyelesaian.
Saya berasa sangat bangga
kerana dapat mengetahui lebih mendalam tentang penganjuran Karnival Permainan Tradisional .
Sebagai seorang bakal guru kerja kursus ini memberi kesedaran kepada saya
tentang kepentingan permainan tradisional yang kian hilang perhatian daripada
masyarakat yang mementing permainan yang berteknologo tinggi. Saya juga
menyedari tentang tugas saya untuk terus mengekalkan dan memberitahu nilai
serta manfaat permainan tradisional untuk masyarakat sendiri.. Natijahnya
dengan seikhlas hatinya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah pembimbing saya iaitu Pn.Rasidah yang banyak memberikan
tunjuk ajar untuk menyiapkan laporan ini dengan sempurna.
Nama: HOMALAH A/P KUPPAN
No. K/P: 890802-10-5136
Dengan menyebut nama
Tuhan, saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada pensyarah saya iaitu Pn. Rasidah ,kerana memberi tugasan Menyediakan Kertas Kerja Pengelolaan dan Pertandingan Karnival
Permainan Tradisional.
Permainan tradisional merupakan permainan yang kurang diberi tumpuan serta
perhatian oleh masyarakat hari ini. Tetapi saya dikecualikan daripada senarai
tersebut. Saya sangat gemar untuk melihat serta bermain permainan tradisional.
Tugasan
saya pada kali ini ialah menjalankan karnival permainan tradisional
menghasilkan serta membuat laporan tentang proses perlaksanaan carnival
permainan tradisional. Selepas mendapat penjelasan daripada pensyarah, saya
mendapat satu gambaran yang jelas tentang tajuk tugasan. Saya banyak berfikir tentang permainan-permainan
tradisional yang boleh dipertandingkan dalam carnival permainan
tradisional. Selepas bersusah-payah
mencari dan meneliti maklumat daripada buku, internet dan bahan-bahan tambahan
seperti majalah, saya mendapat idea untuk memilih permainan seperti ketinting,
congkah, batu seremban.dan sebagainya. Ini adalah kerana permainan-permainan
tersebut mudah dimain dan harus diberi perhatian yang serius untuk
mengekalkannya dalam kalangan masyarakat.
Semasa membuat tugasan ini,
saya berpeluang untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang permainan
tradisional seperti peraturan permainan, format kertas kerja dan sebagainya.
Walaupun biasa mendengar nama-nama permainan tradisional tetapi dengan membuat
tugasan ini saya mengetahui lebih mendalam tentang cara bermain serta peraturan
yang perlu dipatuhi semasa bermain. Manakala tentang format kertas kerja,
walaupun biasa membuat kertas kerja tetapi selalunya kami membuat kertas kerja
untuk program seperti ceramah dan lawatan. Tugasan ini memberi pendedahan
tentang cara membuat kertas kerja untuk menganjurkan sesuatu Karnival. Saya
mengetahui bahawa perjalanan sesuatu program dengan baik bergantung kepada
perancangan kertas kerja yang baik.
Saya berasa sangat genbira
kerana saya berpeluang untuk menjadi peserta dalam permainan balingan tin. Saya
bermain permainan ini sebagai wakil pasukan
“All
Star”. Ini merupakan satu
pengalaman sangat seronok dan tidak boleh dilupakan. Walaupun kena banyak
pukulan dengan selipar tetapi ia tetap menyeronokan kerana permainan ini sangat
menarik. Saya dan ahli kumpulan saya cuba dengan sedaya upaya untuk menjuarai
pertandingan ini. Tetapi kami kalah dalam pertandingan ini. Walaupun kalah
tetapi, saya sangat genbira kerana dapat mengambil bahagian dalam permainan
balingan tin. Saya mengetahui cara bermain serta peraturannya dengan lebih
jelas.
Melalui tugasan ini, saya telah belajar banyak ilmu baru yang akan
berguna pada masa akan datang nanti. Antaranya ialah, saya mengetahui tentang
permainan tradisional orang india iaitu kabaddi. Walaupun ia merupakan
permainan orang india, saya tidak tahu cara bermain dan sebagainya. Dengan adanya
karnival ini, saya dapat megenali permainan tradisional dan mengetahui cara
bermainnya. Saya menyedari bahawa setiap tugasan yang diteri mesti ada manfaat
sekiranya membuat dengan baik dan bersungguh-sungguh.
Sebagai
seorang bakal guru
saya berasa sangat bersyukur kerana melengkapkan diri gengan pelbagai ilmu
pengetahuan yang baru sepanjang kursus. Saya pasti bahawa dengan adanya
pengetahuan-pengetahun seperti ini, dapatlah saya menjalankan tugas sebagai
sorang guru dengan baik serta sempurna. Sekali lagi saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan saya yang telah membantu
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekian terima kasih.
Thamilchilvee
A/P Malayalam
5
PISMP PK(h)/PJ/BT
Bibliografi
Mohd. Ariff Abu Bakar.(1989).Permainan Tradisional.Kuala Lumpur:Sama Publications.
Shafiee Ahmad, (1992).Permainan Tradisional di Malaysia.Kuala Lumpur:Buku Must.
Hapisa Tala.(1993).Permainan Tradisional.Petaling Jaya:Setiamas.
Lily Haslina Nasir.(1995).Permainan Congkak.Melaka:Associated Eduacational
Distributors,
Fieda.(2003)Permainan Konda-kondi.Petaling Jaya:Oak Enterprise
Fieda. (2003)Permainan sepak raga.Petaling Jaya:Oak Enterprise
no ulasan
ReplyDelete