Tuesday, May 19, 2015

KERTAS KERJA LAWATAN




KERTAS KERJA PROGRAM
LAWATAN PENDIDIKAN
KE
INSTITUT PERGURUAN KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA (IPPM)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
MASALAH PEMBELAJARAN 
SJK(T) MELAKA (KUBU)


1   PENGENALAN
Murid Program Integrasi Pendidikan Khas (PPKI) terdiri daripada murid yang mengalami beberapa ketidakupayaan dari segi emosi, mental, dan fizikal. Ketidakupayaan mereka merupakan limitasi mereka dalam perlaksanaan pembelajaran dan tidak menjalankan pembelajaran seperti murid perdana. Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PPKI.
Dalam konteks Pendidikan Khas, Terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid, merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).

Snoozeland ialah suatu  terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif, lembam, dan lewat perkembangan.
Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau rangsangan  pada kesemua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai iaitu kesan lampu, warna, suara, muzik, dan  bau.

Oleh itu, Program Lawatan Terapi ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid – murid PPKI yang mana murid – murid khas ini didedahkan dengan dunia luar dan pengalaman dengan terapi multisensori. Dengan itu, murid – murid PPKI lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik darjah.

2.    OBJEKTIF:
Program Terapi Snoozeland mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:
Ø  memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri.
Ø  sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan.
Ø  memberi perhatian secara individu.
Ø  dapat membina kepercayaan antara ahli terapi dan murid.

3.    RASIONAL :
Selaras dengan hasrat Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, mensasarkan golongan berkeperluan khas ini, maka terapi multisensori  ini dirancang khusus untuk memberi bantuan dan faedah kepada murid-murid berkeperluan khas ini khususnya bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memberi relaksasi kepada fizikal dan mental.
Sehubungan dengan itu, ia dapat membantu dalam menimbulkan minat belajar sekaligus mampu mewujudkan pembelajaran berkesan dan bermakna dikalangan murid – murid PPKI. Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid – murid khas ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di luar bilik darjah demi kebaikan murid – murid PPKI dan juga pihak  SJK (T) MELAKA KUBU amnya. 
4.    KUMPULAN SASARAN:
1. Murid Pendidikan Khas Integrasi  yang terdiri daripada :-
  • Seramai 21 orang murid
  • Seramai 7 orang guru
  • Seramai 2 orang pembantu pengurusan murid

                                                                                              
5.    CADANGAN PROGRAM:
Tarikh              : 2.4.2012 (Isnin)
Tempat            : Institut Perguruan Kampus Perempuan Melayu Melaka
Masa                 : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
6.    ANJURAN:
  • Unit Kurikulum Pendidikan Khas Integrasi SJK (T) MELAKA KUBU.
7.    JAWATAN KUASA PENGELOLA :
Penasihat                                    :En. Aloysius Xavier

Pengerusi                                   :En. S. Ganasan

Penyelaras Aktiviti                     :Pn. S. Elizabeth

Setiausaha                                 :Cik. N.Thevaletchumy

N. Setiausaha                            :Cik. K.Homalah

Bendahari                                   :Cik.S.Thulasi


8.    JAWATANKUASA PELAKSANA :

Penyelaras projek                      : Pn. S. Elizabeth (Penyelaran Pendidikan Khas)

     Pengangkutan                          :  En.Arul Kumar
     Pengurus Peserta                      : Cik.Parameswari
     Makanan                                      : Cik.Letchumi
     Alatan                                           : Pn. Zainoryanty Akmar Binti Zainal Abidin

                                                       : Pn. Normawati Binti Hassan

Laporan aktiviti                           : Cik .Thevaletchumy

                                                        Cik. Homalah

Kawalan Murid                           :  En.Arul Kumar

9.     ANGGARAN PERBELANJAAN:

-       Sumber kewangan daripada yuran kutipan dari murid-murid dan guru PPKI
Bil
PERKARA
KUANTITI
HARGA
JUMLAH(RM)
1.
Pengangkutan (Bus)
1
RM 100.00
RM100.00
2.
Makanan (Sarapan)
30 × RM2.00
RM 60.00
RM 60.00
3.
Cendaramata
1 × RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
JUMLAH PERBELANJAAN  
RM 170.00

10. TENTATIF:
Masa
Aktiviti
8.00   pagi
Berkumpul dan sarapan pagi di kantin sekolah
8.30   pagi
Bertolak ke IPG PMM
9.00   pagi
Tiba di IPG PMM
9.30   pagi
Lawatan ke bilik –bilik kelas pendidikan khas
10.00 Pg -12.00 tgh
Lawatan ke Bangunan Bilik Terapi
12.30 tgh
Bertolak pulang ke sekolah
1.00   ptg
Tiba di sekolah


11. Penutup.
          Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan projek ini amatlah dialukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.       


No comments:

Post a Comment