LAPORAN KEM MOTIVASI
TAHUN ENAM
SK TAMAN BUKIT KEMPAS
Tarikh : 23/7/2011 – 24/7/2011
Tempat : SK TAMAN BUKIT KEMPAS
Sasaran : Murid – murid Tahun 6
Kem motivasi ini berlangsung pada
dua hari iaitu sabtu dan ahad. Kem motivasi ini bermatlamat untuk meningkatkan
kualiti murid tahun 6 serta memberi motivasi bagi teknik menjawab untuk lima
mata pelajaran yang utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, dan
Matematik. Saya telah menyertai kem motivasi ini bersama rakan praktikum saya
bagi mengisi gentian professional bagi hari 18/7/2011 (isnin). Saya telah
mengambil slot moral dan sabtu petang dalam penyediaan makan malam murid serta
bertugas pada waktu malam bersama murid. Saya telah sampai ke sekolah pada
pukul 4.45pm pada hari sabtu. Saya dan rakan praktikum saya bersiap sedia untuk
membantu guru sekolah dalam penyediaan makan malam murid-murid. Tetapi
malangnya, kami tidak dapat disertai dalam penyediaan makan malam kerana ibu
bapa yang bertugas pada waktu tengah hari telah menyediakan makan malam lebih
awalnya. Oleh itu, penyediaan makan malam telah dibereskan lebih awal. Dengan
ini, saya dan rakan saya telah bertugas di dewan bagi menjaga peperiksaan bahasa
melayu sehingga 5.45 pm. Seterusnya , murid-murid beredar untuk rehat dan
sembayang serta makan malam.
Makan malam diberi pada pukul 6.30pm
di bilik prasekolah. Saya dan rakan praktikum saya telah membantu guru dalam
menghidangkan makanan untuk murid-murid. Seterusnya, murid beredar untuk solat
magrhib dan murid-murid bukan islam ke slot moral. Saya dan rakan praktikum
saya telah mengendalikan slot moral ini. Sebanyak enam orang murid telah
menghadiri slot moral ini. Slot moral ini berlangsung selama satu jam. Kami
memulakan slot moral ini dengan memperkenalkan diri dan matlamat murid dalam UPSR.
Semua murid diberi peluang untuk bercakap. Sepanjang slot moral ini saya dan
rakan praktikum telah mengenal pasti bahawa murid-murid ini lemah dalam
matapelajaran sains dan khususnya bahagian dua. Seterusnya, kami telah
mengadakan aktiviti menunjukkan bakat. Setiap murid diberi selama 10 minit
untuk berfikir dan menyediakan aktiviti yang disampaikan di hadapan murid lain.
Persembahan murid haruslah dalam tempoh masa 2 minit. Akhir persembahan murid
perlu menyatakan pengajarannya. Murid-murid disarankan melakukan aktiviti
lakonan, nyanyian, syarahan, dan lain-lain lagi.
Pada awalnya, murid-murid tidak
melibatkan diri sepenuhnya dalam persembahan ini kerana mereka malu dan tiada
kesungguhan serta sikap main. Setelah , kami menasihati mereka , murid-murid menunjukkan
minat semasa membuat persembahan. Pelbagai jenis persembahan telah dibuat oleh
murid seperti lakonan membawa motor sambil minum arak, bermain bola
sepak,bernyanyi,bermain bola tampar, memandu kereta sambil merokok dan
lain-lain lagi. Pada akhir slot moral ini, saya telah merumuskan slot ini
dengan pengajaran yang diberi oleh murid-murid. Seterusnya, murid-murid beredar
ke slot peperiksaan matematik. Kami
telah bertugas menjaga murid-murid di dewan sampai pukul 10.00pm. selepas itu,
murid beredar ke minum malam dan bacaan doa . pada pukul 11.00 malam , murid
mula beredar untuk tidur. Terdapat juga murid yang balik ke rumah dan dating
keesokaan harinya. Kami telah bertugas sepanjang malam di tempat murid tidur di
dewan dan di kelas. Pada hari ahad,
murid bangun pada pukul 4.00 pagi. Kami telah beredar dari sekolah pada pukul
7.30 pagi setelah guru bertugas yang seterusnya datang. Saya telah mendapat
pengalaman baru dalam meyertai kem motivasi baru ini dan cara-cara
mengendalikan murid –murid biasa.
No comments:
Post a Comment