ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 PENDAHULUAN 4-5
2.0 DEFINISI 5-7
3.0 SEJARAH
PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL 7-8
4.0 PENGKELASAN
TERENCAT AKAL 8-9
5.0 KATEGORI
TERENCAT AKAL 10
6.0 PUNCA-PUNCA
TERENCAT AKAL 10-14
6.1
FAKTOR PRENATAL
6.1.1
DOWN SYNDROME
6.1.2
FRAGILE X SYNDROME
6.1.3
SINDROM ALKOHOL JANIN
6.1.4
SINDROM PRADER-WILLI
6.1.5
MIKROORGANISMA
6.1.6
KEMISKINAN
6.2
FAKTOR PERINATAL
6.2.1
PRAMATANG
6.2.2
PENYAKIT HERPES SIMPLEX
6.2.3
KEKURANGAN OKSIGEN
6.3
FAKTOR POSTNATAL
6.3.1
ENCEPHALITIS
6.3.2
KERACUNAN PLUMBUM
6.3.3
KECEDERAAN OTAK
6.3.4
TUBEROUS SCLEROSIS
7.0 CIRI-CIRI
INDIVIDU TERENCAT AKAL 14-16
7.1
CIRI KOGNITIF
7.1.1
INGATAN
7.1.2
GENERALISASI
7.1.3
METAKOGNISI
7.1.4
MOTIVASI
7.1.5
BAHASA
7.2
CIRI SOSIAL
7.3
CIRI TINGKAH LAKU TAMBAHAN
7.4
CIRI EMOSI
7.5
CIRI FIZIKAL DAN KESIHATAN
7.6
CIRI AKADEMIK
8.0 IMPLIKASI KERENCATAN AKAL TERHADAP 16-17
PERKEMBANGAN FIZIKAL,
MENTAL, SOSIAL, EMOSI,
SAHSIAH DAN PERTUTURAN
/ PEROLEHAN BAHASA
9.0 PENEMPATAN DAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK 17-20
TERENCAT AKAL
9.1
PROGRAM UNTUK BAGI DAN PRA SEKOLAH
9.1.1 MODEL HOME-BASED
9.1.2 PROGRAM CENTER-BASED
9.1.3 PROGRAM COMBINATION HOME
9.2
PROGRAM UNTUK KANAK-KANAK DAN REMAJA
9.2.1
PROGRAM KELAS BIASA
9.2.2
PROGRAM KELAS KHAS
9.2.3
PROGRAM SEKOLAH KHAS
9.2.4
PROGRAM-PROGRAM LAIN
9.2.5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9.2.6 KEMENTERIAN
PERPADUAN NEGARA DAN
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
10.0 LANGKAH
PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN 20-21
11.0 PENUTUP
21-23
12.0 RUJUKAN 24
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, guru-guru pelatih dapat :
-
Mengenal
pasti definisi, sejarah pendidikan kanak-kanak terencat akal
-
Dapat
membandingkan punca-punca terencat akal iaitu sebelum, semasa dan selepas
kelahiran
-
Dapat
menghuraikan langkah pencegahan dan pemulihan terencat akal
1.0 PENGENALAN
Terencat
akal adalah jenis kecacatan yang paling biasa terdapat di kalangan kanak-kanak
berkeperluan khas. Kecacatan ini wujud secara tersendiri di dalam diri
kanak-kanak atau wujud bersama-sama dengan jenis ketidakupayaan lain dan
menjadikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu lebih teruk dan sukar
untuk dipulihkan. Di dalam kelas PKBP, murid-murid terencat akal tergolong
dalam tahap terencat akal ringan dan boleh dididik, dan sudah boleh mengurus
diri sendiri dalam perkara –perkara asas. Masalah utama yang dihadapi oleh guru
ketika mengajar murid-murid terencat akal adalah kesukaran mereka menerima pelajaran
disebabkan tahap kecerdasan mereka yang rendah. Murid-murid terencat akal
merupakan kefungsian inteleknya di bawah tahap normal. Keadaan ini wujud
bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku adaptif murid iaitu kemahiran
komunikasi, pengurusan diri, sosial dan psikomotor, yang dapat dilihat dalam proses perkembangan murid.
Usia
mental mereka tidak sama dengan usia sebenar. Tahap pencapaian pemikiran seseorang
lebih rendah daripada usia sebenar seperti pada umur sebelas tahun usia mental mereka
masih lagi pada berumur sembilan tahun. Fungsi intelek biasanya diuji melalui
ujian kecerdasan (IQ Test). Di Amerika Syarikat, murid-murid terencat akal
adalah murid-murid yang pencapaian ujian kecerdasannya di bawah 70. Jean Marc
Gaspard (1798) mengatakan keupayaan mental boleh ditingkatkan melalui teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sama. Samual Gridley Howe, 1848 memberi pendapat agar membina institusi
keluarga mahupun di sekolah dapat meningkatkan tahap akal murid ini.
Pengkelasan terencat
akal dilakukan melalui Ukuran Kecerdasan (IQ).
Walaubagaimanapun mengikut Louis Terman (1916) ukuran IQ ini adalah
anggaran sahaja.
Aras Pengkelasan
|
Stanford-Binet
(SP=16)
|
Weschler
(SD=15)
|
Ringan
|
52-68
|
55-70
|
Sederhana
|
36-52
|
40-55
|
Teruk
|
20-36
|
25-40
|
Sangat Teruk
|
Bawah 20
|
Bawah 25
|
Jadual
1.0 Ukuran IQ
Cara-cara
mengukur Kecerdasan ini adalah melalui formula yang diperkenalkan oleh Louis
Terman (1916). Manakala, umur mental atau akal pula diukur dengan menggunakan
formula berikut :
2.0 DEFINISI TERENCAT AKAL
Kerencatan
akal merupakan salah satu keadaan di mana seseorang individu tidak dapat
mengawal atau menggunakan sebahagian otot tubuh dalam keadaan yang normal. Hal
ini berlaku disebabkan oleh berlaku kerosakan pada bahagian otak. Secara tidak
langsung, kerosakan pada otak tersebut menyebabkan seseorang individu mengalami
kurang upaya perkembangan dan kerencatan intelek. Evans (1983) mendefinisikan
kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang
normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang, dan tidak
memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan dalam
sesuatu situasi kepada situasi yang lain.
Apa
yang paling penting untuk diketahui adalah kerencatan akal boleh dikesan dalam
usia 18 tahun ke bawah. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan,
nisbah manusia normal berpotensi menghidapi masalah kerencatan akal adalah 3 :
100. Manakala, nisbah bagi kanak-kanak berkeperluan khas pula adalah 1 : 10.
Umumnya, kanak-kanak yang mengalami masalah kerencatan akal ini mempunyai tahap
IQ (Intelligent Quotient) yang kurang daripada 70. Ini jelas menunjukkan bahawa
sisihan piawai dan peratusan kecerdasan intelek kanak-kanak tersebut
masing-masing adalah negatif tiga (-2)
dan 13.59% dan mungkin kurang daripada nilai itu. Dalam hal ini, terdapat
beberapa definisi yang mentakrifkan makna kerencatan akal.
The Individuals
with Disabilities Education Act (IDEA) (2004) menyatakan bahawa,
“ Mental retardation is
a significantly subaverage general intellectual functioning existing concurrently
with deficits in adaptives behaviour and manifested during the developmental
period that adversely affect a child’s educational performances.”
(The Individuals with
Disabilities Educational ACT : 2004)
Berdasarkan
definisi di atas, dapat kita fahami bahawa kerencatan akal adalah suatu keadaan
di mana fungsi intelek seorang kanak-kanak berada di bawah nilai purata intelek
yang biasa dan wujud dengan ketara. Ia
berlaku serentak dengan kemerosotan tingkah laku adaptif dan dimanifestasikan
semasa tempoh perkembangan seterusnya mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak
tersebut. Oleh itu, jika seseorang kanak-kanak mempunyai nilai kecerdasan
intelek (IQ) di bawah nilai purat biasa tetapi tidak berlku kemerosotan tingkah
laku adaptif, maka mereka tidak boleh dikategorikan sebagai terncat akal dan
begitu juga sebaliknya. Tingkah adaptif pula merujuk kepada tingkah laku yang
boleh memenuhi norma kehidupannya seperti menguruskan diri sendiri.
Menurut Dr Iean
Hamzah Sendut dan Prof Dr Zulkifli (2003) pula, mereka berpendapat bahawa,
“kanak-kanak yang
ditafsirkan sebagai kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai
keupayaan pemikiran yang rendah dan berkurang serta bermasalah dalam
pembelajaran. Bagi yang berada di tahap teruk (severe), mereka tidak boleh
berjalan, bercakap dan menguruskan diri. Bagi yang berada di tahap sederhana
(moderate) pula, mereka menghadapi masalah untuk belajar menguruskan
menguruskan diri.”
(Malaysian Pediatric
Association)
Menurut
pendapat di atas pula, kanak-kanak terencat akal adalah mempunyai perbezaan
yang ketara jika dibandingkan dengan keupayaan kanak-kanak tipikal. Walau
bagaimanapun, bagi mereka yang berada di tahap ringan (mild), keupayaan mereka
boleh ditingkatkan jika intervensi dilakukan secara konsisten walaupun memakan
masa yang lama dan bagi sangat teruk (profound), pemulihan secara khusus perlu
dilakukan kerana kanak-kanak yang berkaitan benar-benar tidak berkeupayaan dari
segi intelek dan tingkah laku pengurusan diri.
Selain itu, American Association on
Mental Retardation (AAMR) mendefinisikan kerencatan akal sebagai,
“ Mental retardation is
a significant character disabilities on intellectual functioning and adaptives
behaviour.”
(Definition and
Terminology : Luckasson, Bortwick, Buntinx, Craig and Reeve et al)
Sehubungan
itu, kerencatan merupakan satu masalah apabila ketidakupayaan karakter berlaku
serentak dengan kurang upaya dalam tingkah laku adaptif. Jelas di sini, masalah
kerencatan adalah berkaitan dengan kefungsian otak. Apabila otak tidak dapat
berfungsi dengan baik atau berlaku gangguan pada sistem saraf otak
(neurological disorder), risiko untuk seorang kanak-kanak menjadi terencat akal
adalah sangat besar.
Berdasarkan
ketiga-tiga definisi di atas, dapat simpulkan bahawa kerencatan akal disebabkan
oleh kegagalan fungsi otak.
Kesannya, fungsi mental seorang kanak-kanak akan menjadi terbatas lalu
menimbulkam masalah pengawalan emosi. Emosi menjadi tidak seimbang sehingga
menyukarkan individu yang terencat akal untuk bergaul dengan individu lain.
Malah, gangguan kognitif turut berlaku di mana mereka akan lambat untuk
menerima maklumat yang disampaikan dan sukar untuk memahami konsep yang
kompleks. Jadi, mengenalpasti sama ada seorang kanak-kanak adalah terencat akal
adalah sangat penting agar mereka boleh diberi pendidikan yang sesuai dengan
tahap intelek masing-masing.
3.0 SEJARAH PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
Terencat
akal telah wujud sejak zaman dahulu lagi walaupun sikap, nilai dan pandangan
masyarakat terhadap terencat akal berubah-ubah mengikut zaman. Tokoh-tokoh seperti Itard(seorang pegawai
perubatan), Seguin, Montessori berjaya memberi tanggapan baru bahawa individu
terencat akal boleh mendapat faedah daripada latihan-latihan tertentu.
Cubaan
pertama terencat akal dimulai oleh Itard pada lewat kurun ke-18. Seorang
kanak-kanak ditemui di dalam hutan di Perancis
telah dijaga oleh Itard. Kanak-kanak ini terkenal dengan gelaran ‘Wild Boy of
Aveyron’ dan diberi nama Victor. Itard
percaya bahawa perkembangan akal kanak-kanak ini terencat akibat daripada
tekanan persekitarannya yang liar dan tidak ada huubungan dengan manusia lain. Usaha
Itard menunjukkan kejayaan yang sedikit dan kanak-kanak itu masih tidak dapat
bercakap.
Usaha
Itard disambung oleh rakannya Seguin yang tertarik dengan usahanya. Seguin
percaya bahawa terencat akal disebabkan oleh sensasi atau impresi terhadap apa
yang dilihat, didengar, dirasa dan lain-lain tidak sampai ke otak. Dia percaya
sekiranya individu terencat akal diberi rangsangan deria dan latihan fizikal
secara intensif, maka setidak-tidaknya ada rangsangan yang dapat sampai ke
otak.
Pada
awal kurun ke -20 Maria Montessori dari Italy tertarik dengan idea Seguin telah
membuat kesimpulan bahawa kerencatan akal adalah lebih kepada masalah
pendidikan bukannya masalah perubatan. Beliau telah mencipta kaedah yang
menumpukan kepada latihan sensori berdasarkan idea Seguin.
Perubahan
besar tentang idea terencat akal di dalam masyarakat dapat dilihat pada
kebelakangan kurun ke-20. Mereka yang mengambil berat tentang terencat akal
mula sedar bahawa sebagai manusia, individu terencat akal juga berhak untuk
mengambil bahagian dalam kehidupan bermasyarakat, menikmati hak dan
keistimewaan yang sama seperti ahli masyarakat yang lain. Tunjang kepada
perubahan sikap ini adalah konsep normalisasi. Normalisasi menekankan
kepentingan membantu individu terencat akal hidup sebaik mungkin sebagai
seorang insan biasa.
4.0 PENGKELASAN TERENCAT AKAL
Sistem pengkelasan
adalah satu cara mudah untuk membuat perbezaan di kalangan individu yang
mempunyai ciri-ciri yang sama, misalnya terencat akal. Pengkelasan individu
terencat akal dibuat berdasarkan empat perspektif iaitu, punca (etiologi),
kekurangan intelektual, pendidikan dan tahap sokongan.
Sejak dahulu lagi bagi individu
terencat akal diklasifisi berdasarkan punca-punca biologikal dan perubatan. Orientasi
etiologi mengandaikan bahawa kerencatan akal adalah akibat daripada penyakit
atau kecacatan biologikal Misalnya, terencat akal dikatakan berpunca daripada
jangkaan seperti rubella, penyakit kelamin, ketidaknormalan kromosom seperti
Sindrom Down, kecelaruan metabolic seperti phenylketonuria (PKU) dan lain-lain.
Kekuragan intelek pula dilakukan
oleh ahli psikologi dan pendidik adalah berdasarkan keterukan kekurangan
intelek yang ditentukan melalui ujian kecerdasan (IQ test). Tahap kerencatan
akal terbahagi kepada :
TAHAP KERENCATAN AKAL
|
Terencat Akal Ringan (Mild) 69-55 (IQ)
|
Sederhana (Moderate) 54-40 (IQ)
|
Teruk (severe) 39-25 (IQ)
|
Amat Teruk (Profound) IQ di bawah 25
|
Jadual
1.1 Tahap Kerencatan Akal
Pengkelasan terencat akal dibuat
berdasarkan jangkaan pencapaian dalam pendidikan juga. Guru pendidikan khas mengelaskan kanak-kanak
terencat akal kepada 2 kategori, iaitu terencat akal boleh dididik (IQ = 50-75)
dan terencat akal boleh dilatih (IQ = 35-55).
Pendekatan perspektif tahap sokongan
bertujuan untuk menjelaskan batasan kefungsian individu dalam bentuk jumlah
sokongan yang mereka perlukan untuk mencapai perkembangan maksima di rumah,
sekolah, tempat kerja, atau di tempat-tempat awam. Sokongan semula jadi
diperolehi daripada ahli keluarga, rakan, guru dan pembantu. Manakala, sokongan
formal adalah seperti program-program tajaan kerajaan seperti bayaran elaun
orang kurang upaya, program penjagaan kesihatan, perkhidmatan pemulihan dan
sebagainya.
Sokongan
yang diterima dibahagikan kepada 4 tahap, iaitu berselang-seli, terhad, luas
dan meresap. Berselang-seli adalah tidak selalu perlukan sokongan atau hanya
memerlukan sokongan jangka pendek sahaja seperti hilang pekerjaan dan krisis
perubatan yang teruk. Sokongan terhad pula, mempunyai had masa tetapi tidak
berselang-selang seperti latihan kerja, transisi dari sekolah ke alam
dewasa. Sokongan luas pula, sokongan
yang diterima setiap hari bagi beberapa situasi seperti di tempat kerja atau di
rumah. Sokongan meresap adalah sokongan kuat dan berterusan yang disediakan
dalam semua persekitaran dan berpotensi di sepanjang kehidupan seperti situasi
perubatan yang kronik.
5.0 KATEGORI TERENCAT
AKAL
Kerencatan
akal terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Adiot, Imbersil, Moron dan
Lembab. Adiot adalah mereka yang mengalami kerencatan akal dan tidak dapat
melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin boleh mencederakan diri
sendiri. Imbersil adalah mereka yang tidak boleh menguruskan diri sendiri
tetapi masih boleh dilatih. Jean Marc Gaspard (1798) mengatakan keupayaan
mental boleh ditingkatkan melalui teknik pengajaran dan pembelajaran yang sama.
Samual Gridley Howe, 1848 memberi
pendapat agar membina institusi keluarga mahupun di sekolah dapat meningkatkan
tahap akal murid ini.
Moron
adalah mereka yang memerlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Ini kerana
perkembangan mentalnya hanya 23% daripada kadar biasa murid normal atau di
bawah tahap 90%. Selain itu mereka bergerak dengan lambat dan lambat bercakap. Lembab
pula lambat menerima pengajaran dan Pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan
situasi sekolah biasa. Oleh itu, Pendidikan Khas perlu diberikan kepada mereka.
6.0 PUNCA TERENCAT AKAL
Kebanyakan
kanak-kanak terencat akal, terutamanya
bagi kategori terencat akal ringan punca
kecacatan sukar dikenal pasti. Manakala bagi kanak-kanak terencat akal yang
lebih teruk, punca-punca kecacatan dapat dinyatakan berdasarkan bila kecacatan
ibu berlaku iaitu semasa prenatal (sebelum kelahiran ), perinatal (semasa dan
sejurus selepas kelahiran ), atau postnatal ( selepas kelahiran ).
6.1 Faktor Prenatal
(sebelum kelahiran)
Terencat akal boleh disebabkan oleh faktor
prenatal yang melibatkan ketidaknormalan kromosom atau jangkitan atau penyakit
yang dialami oleh ibu atau janin terutamanya pada awal kandungan iaitu tempoh
tiga bulan pertama dalam kandungan . Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR)
telah mengklasifikasi sebab-sebabkerencatan akal kepada tiga kategori umum
iaitu Pranatal (berlaku sebelum kelahiran bayi), Perinatal (berlaku semasa
kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepaskelahiran bayi).
6.1.1
Down
Syndrome
Sindrom Down (Down Syndrome)
disebabkan oleh keabnormalan pada kromosom 1 yang sepatutnya hanya sepasang
tetapi telah menjadi tiga. Lazimnya, ini menyebabkan kerencatan mental sederhana
tetapi juga boleh menyebabkan kerencatan teruk. Dianggarkan 1 daripada 1000
kelahiran bayi mengkin menghadapi sindrom down dan angka ini meningkat kepada
1:30 bagi wanita yang melahirkan bayi pada umur 45 tahun. Down Syndrome
merupakan kecelaruan genetic yang menjadi punca utama terjadinya terencat
akal.Menurut National Down Society ,
USA,(2003),seorang daripada 800 hingga 1000 kanak-kanak dilahirkan dengan Down
Syndrome.Punca Down Syndrome adalah jelas ,iaitu setiap individu normal
mempunyai 23 pasang kromosom yang berjumlah 46 kromosom semuanya , 23 kromosom
adalah daripada ibu dan 23 kromosom lagi daripada bapa.Walau bagaimanapun,
individu Down Syndrome mempunyai lebih satu kromosom pada pasangan kromosom
yang ke-21, dan keadaan ini dikenali juga sebagai trisomy 21.
6.1.2
Fragile
X Syndrome
Dikenali
juga sebagai Martin-Beli Syndrome yang merupakan bentuk terencat akal yang
paling biasa yang disebabkan oleh factor keturunan. Kedua-dua ibu dan bapa
berkemungkinan adalah pembawa (carrier ) tetapi
hanya ibu yang akan menurunkan kecacatan ini kepada anaknya. Sindrom ini
terjadi akibat proses mutasi atau perubahan di dalam salah satu gene di
kromosom X. Bagi setiap individu normal, proses mutasi berlaku apabila segmen
genakan berulang sebanyak 30 kali, tetapi dalam kes ini segmen gen berulang
sebanyak 55 hingga 200 kali sehingga menyebabkan gen terhenti dan seterusnya
berhenti daripada mengeluarkan sejenis bahan kimia yang biasanya terdapat di
dalam sel individu normal. Fragile X Syndrome terjadi pada 1 dalam 1,200 lelaki
dan 1 dalam 2.,500 perempuan. Selain itu, lelaki mengalami terencat akal yang
lebih teruk berbanding perempuan yang kebanyakannya mengalami terencat akal
ringan.
6.1.3
Sindrom
Alkohol Janin (Fetal Alcohol Syndrome)
Ibu yang hamil apabila meminum
alkohol berlebihan mungkin melahirkan bayiterencat akal dan juga kerosakkan
otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibu mungkin disalurkan kepada janin.
Kanak-kanak ini lazimnya, hiperaktif, mengalami gangguan tidur, lebih agresif
dan menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini
adalah kecil berbanding dengan kanak-kanaknormal dan keadaan ini berterusan
sepanjang hayat.
6.1.4
Sindrom
Prader-Willi (Prader-Willi Syndrome)
Sindrom ini wujud kerana kemusnahan
sebahagian kromosom ke-15. Merekamempunyai selera makan yang tidak terhad
sehingga ramai di antara merekamenjadi obesiti atau gemuk. Selera makanan yang
tidak terkawal menyebabkanpelbagai masalah pembelajaran. Mereka mempunyai
tangan serta kaki yang kecildan mereka adalah lebih pendek berbanding dengan
kanak-kanak normal. Mereka juga didapati agresif, cepat marah dan bertindak
tergesa-gesa serta keinginanmencederakan diri sendiri.
6.1.5
Mikrorganisma
Terdapat juga pelbagai jenis
mikrorganisma yang mengancam perkembangan janindan menyebabkan keabnormalan
yang kekal seperti kerencatan akal. Contohnya,ibu yang hamil yang menghadapi
penyakit seperti rubella dan syphilisberkemungkinan tinggi untuk melahirkan
bayi terencat akal.
6.1.6
Kemiskinan
Ibu yang hamil daripada keluarga
miskin mungkin melahirkan bayi yang kurangsihat kerana tidak mengambil makanan
seimbang semasa mengandung..Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu
boleh menyebabkankelahiran bayi kerencatan mental.
6.2
Faktor
Perinatal (Semasa kelahiran Bayi)
6.2.1
Pramatang (premature)
Bayi yang dilahrikan dalam keadaan
tidak cukup matang atau berat yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko
yang tinggi untuk mengalami kerencatan mental. Usia kandungan adalah penting
kerana ia akan menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang.
Antara punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang,
penggunaan dadah dan merokok.
6.2.2
Penyakit herpes simplex
Penyakit herpes simplex ialah
sejenis penyakit yang berjangkit melalui hubunganseks. Ibu yang menghidap
herpes simplex berkemungkinan tinggi melahirkan bayikerencatan mental.
6.2.3
Kekurangan oksigen
Kekurangan oksigen semasa kelahiran juga boleh
mencederakan otak seorang bayisehingga menyebabkannya kerencatan mental.
6.3
Faktor
Postnatal
Individu yang dilahirkan normal juga
boleh mengalami terencat akal akibat kemalangan atau penyakit yag terjadi
semasa zaman kanak-kanak. Di antaranya adalah Encephalitis, keracunan plumbum,
kecederaan otak dan Tuberous Sclerosis.
6.3.1
Encephalitis
Encephalitis merujuk kepada
pembengkakan pada otak yang boleh terjadi akibat daripada sebarang jangkitan
kuman. Dalam beberapa kes, encephalitis boleh menyebabkan terencat akal.
6.3.2
Keracunan
plumbum
Kanak-kanak yang terdedah kepada
plumbum boleh mengalami terencat akal. Dianggarkan setengah juta kanak-kanak
berumur di Antara 1 hingga 5 tahun menunjukkan peningkatan plumbum dalam darah
mereka. Keracunan plumbum dan juga Fetal Alcohol Syndrome merupakan punca terencat akal yang boleh
dicegah sama sekali daripada berlaku.
6.3.3
Kecederaan
otak
Sebarang kemalangan yang boleh
mencederakan otak boleh menyebabkan terencat akal pada kanak-kanak. Di
antaranya adalah seperti terjatuh dari basikal, kemalangan jalan raya,
penderaan, hampir lemas, dan kekurangan zat makanan yang teruk.
6.3.4
Tuberous
Sclerosis
Ia merupakan penyakit otak yang
diperolehi selepas kelahiran yang hanya kelihatan pada lewat zaman kanak-kanak.
Penyakit ini melibatkan ketumbuhan atau tumor pada tisu-tisu sistem saraf
tunjang.
Punca kepada terencat akal
kelihatan banyak dan mudah sekali kerana ia boleh wujud dalam semua keadaan.
Banyak lagi punca terjadinya terencat akal yang dapat dikenal pasti hasil daripada
teknologi perubatan terkini yang anda boleh didapati dari semasa ke semasa.
7.0 CIRI-CIRI TERENCAT AKAL
Marilyn Friend (2005)
telah membahagikan ciri-ciri individu kepada kognitif, akademik, social,
tingkah laku, emosi, fizikal dan kesihatan.
7.1 Ciri Kognitif
7.1.1
Ingatan
Kanak-kanak terencat akal mempunyai
masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara sepenuhnya dilakukan / lupa
perkara yang baru diajar.
7.1.2
Generalisasi
Kebolehan mempelajari sesuatu
perkara dan menggunakannya pada situasi yang lain dikatakan sebagai
generalisasi.
7.1.3
Metakognisi
Metakognisi adalah kebolehan
‘berfikir tentang berfikir’. Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin
harian, mereka akan menghadapi kesukaran menyelesaikannya.
7.1.4
Motivasi
Mereka mengalami masalah motivasi
yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah berputus
asa.
7.1.5
Bahasa
Kebanyakan lewat dalam perkembangan
bahasa. Misalnya mereka mengambil masa yang lama hanya untuk memahami konsep
mudah seperti konsep atas, bawah , tepi dan sebagainya.
7.2 Ciri Sosial
Kebanyakan murid terencat akal menghadap
kesukaran dalam hubungan sosial. Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan
sebaya dan mungkin diketepikan. Keadaan
ini disebabkan murid ini berkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan
diri dalam situasi sosial, dan mereka mempunyai masalah menguasai kiu-kiu
sosial ang halus sehingga mereka kerap kali salah tafsir aksi-aksi murid.
7.3 Ciri Tingkah Laku
Tambahan
Terdapat sesetengah kanakkanak terencat akal
mempunyai tingkah laku yang khusus. Antaranya adalah seperti mahukan ganjaran
tertentu, menarik rambut menggigit atau tabiat suka mencederakan diri.
7.4 Ciri Emosi
Mereka perlukan perhatian akibat
daripada perasaan kesunyian, kemurungan, dan juga kemahiran social.
7.5 Ciri Fizikal dan
Kesihatan
Individu terencat akal mempunyai masalah
kesihatan sampingan selain kecacatan yang dialami. Misalnya, kanak-kanak
Sindrom Down menunjukkan ciri-ciri kelainan pada muka, jari dan badan serta
penyakit-penyakit seperti jantung berlubang dan paru-paru.
7.6 Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran, murid
terencat akal selalunya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan yang banyak
dan memerlukan masa yang lama berbanding murid normal. Pencapaian akademik yang
rendah.
8.0 IMPLIKASI
KERENCATAN AKAL TERHADAP PERKEMBANGAN FIZIKAL, MENTAL, SOSIAL, EMOSI, SAHSIAH
DAN PERTUTURAN / PEROLEHAN BAHASA
Beberapa
jenis kecacatan fizikal terdapat di kalangan mereka yang terencat akal .
Antaranya ialah kecacatan kederiaan, kecacatan motor dan epilepsy. Sebahagian
daripada orang yang terencat akal akan mengalami kecacatan penglihatan atau
pendengaran . Kecacatan motor yang mungkin terdapat termasuklah spastisiti,
ataksia dan atetosis . Epilepsi biasanya berlaku dalam kes-kes kerencatan yang
tinggi atau yang teruk sahaja iaitu apabila terdapat kerosakan otak yang jelas
.
Dari
segi perkembangan mental mereka yang terencat akal mempunyai kemahiran yang
tidak menentu dan mereka mempunyai tahap intelektual ynag berbeza-beza. Mereka
juga menunjukkan prestasi yang rendah dalam semua jenis tugas seperti
pembelajaran, ingatan, penggunaan konsep dan penyelesaian masalah . Mereka
mudah lupa akibta hilang ingatan seketika dan gemar bertanya soalan yang
berulang-ulang atau menceritakan sesuatu yang berulang kali .
Mereka
yang mengalami kerencatan akal akan menghadapi kesulitan didalam perkembangan
sosial daripada perkara-perkara berikut seperti memahami hubungan sosial,
membentuk tali persahabatan, memahami fikiran dan perasaan orang lain dan
mengekalkan hubungna mata .
Dari
segi perkembangan emosi dan sahsiah, mereka yang mempunyai kerencatan akal
mempunyai tingkah laku yang boleh menimbulkan masalah pembelajaran biasanya
akan dipengaruhi oleh kecenderungan hiperakif, gangguam perhatian, suka
mengikut perasaan, ragam emosi yang kuat berubah, kelemahan koordinasi
pergerakan umum dan lambat memberi gerak balas . Mereka juga menunjukkan
tingkah laku yang bemacam-macam ragam dan pelik, selalu mengalami perasaan
takut dan cemas dan sentiasa mengekal bercakap dan bermain bersama rakan yang
lain . Mereka lebih suka bermain secara bersendirian .
Implikasi
terhadap perkembangan pertuturan atau perolehan bahasa mereka ini mempunyai
tahap kefahaman bahasa yang rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut.
Bahasa mereka juga agak ganjil dan sukar difahami . Mereka yang terencat akal
ini akan mengalami kesulitan dalam memahami pertuturan, kesulitan memahami
isyarat ( badan, tangan, mimik muka ), kesulitan dalam mengguankan bahasa,
lewat atau tiada langsung perkembangan bahasa dan terdapat juga echolalia iaitu
mengulang percakapan orang lain.
9.0 PENEMPATAN DAN
PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
Penempatan dan
pendidikan kanak-kanak terencat akal perlu dilakukan mengikut tahap pendidikan
kanak-kanak, umur kronologi, pengajaran individu dan peringkat persekolahan
mereka. Dalam pendidikan pula, perkara yang perlu diberi perhatian adalah
kemudahan pendidikan awam yang bersesuaian dan percuma, dan pendidikan khas disediakan
untuk semua kanak-kanak terencat akal dalam persekitaran yang kurang terhad.
Program penempatan dan pendidikan
yang dicadangkan bagi kanak-kanak terencat adalah seperti Program untuk bayi
dan pra sekolah dan program untuk kanak-kanak dan remaja.
9.1 Program untuk bayi
dan pra sekolah
9.1.1
Model Home- Based
Kanak-kanak menerima perkhidmatam
di rumah daripada ibubapa dengan bantuan ahli profesional bagi mengenal pasti
keperluan,memperkembangkan program pengajaran dan memantau peningkatan.
9.1.2
Program center-based
Kanak-kanak terencat akal mendapat
perkhidmatan danpengajaran di pusat-pusat penjagaan daripada staf dan ibu bapa.
9.1.3
Program combination home-center-based
Kanak-kanak menerima pengajaran di rumah
dan juga di pusat. Ibu bapa diberi laltihan di pusat untuk mengajar anakmereka
di rumah. Staf-staf akan melawat ke rumah untuk membuat pemantauandan
membincangkan perkembangan anak mereka.
9.2 Program untuk
kanak-kanak dan remaja
9.2.1 Program kelas biasa
Matlamat utamanya adalah untuk
menyediakanperkhidmatan yang paling bermakna dengan pengasingan yang paling
minimadaripada rajan sebaya. Pengajaran dilakukan dengan bantuan
bahan-bahanpendidikan khas, perkhidmatan guru bergerak, guru resos, serta
penilaian secaradiagnostik.
9.2.2
Program kelas khas
Kanak-kanak yang dikenal pasti
sebagai memerlukanpendidikan khas akan ditempatkan di kelas-kelas integrasi.
9.2.3 Program sekolah khas
Sekolah khas harian dan sekolah
khas berasrama penuh.Sekolah khas harian bagi kanak-kanak terencat akal teruk
disebabkan peralatanyang diperlukan tidak ada di rumah.
9.2.4
Program-program lain
Pengajaran di hospital dan di rumah
(homebound). Pengajaran di hospital diadakan bagi kanak-kanak yang menerima
rawatan dihospital dan bersifat sementara.
Program-program penempatan dan
pendidikan khas di atas adalah model umum yang diguna pakai atau sebagai
panduan pelaksanaan program penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.
Jawatankuasa Antara Kementerian (1981) telah dibentuk untuk memberi
perkhidmatan dan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas mengikut
bidang kuasa masing-masing. Kementerian yang terlibat adalah Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
dan Kementerian Kesihatan.
9.2.5 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia, kanak-kanak terencat akal diberi pendidikan di bawah program
integrasi atau Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKBP). PKBP bermula
di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu (1) Lelaki, Kuala Lumpur dengan penuntut
seramai 20 orang. Pada 1992, beberapa kelas PKBP berkembang pesat dari masa ke
semasa. Sehingga tahun 2005, kelas PKBP berjumlah 588 bagi sekolah rendah
dengan 10721 orang murid dan 281 bagi sekolah menengah dengan jumlah murid seramai
5582 orang. (Jabatan Pendidikan Khas,2005)
9.2.6
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
(KPNPM)
Program pendidikan dan latihan bagi
individu berkeperluan khas yang tahap kecacatan sederhana dan sederhana teruk
dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat. Bagi mereka terencat akal, institusi khusus
disediakan untuk memberi latihan dan pendidikan iaitu Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) dan Taman Sinar Harapan.
PDK menyediakan tempat bagi
kanak-kanak yang tidak dapat mengikuti kelas pendidikan khas atau PKBP. PDK
memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan yang tertumpu kepada pemulihan
dari segi pergerakan, pertuturan, kemahiran urus diri dan pendidikan khas. PDK
pertama ditubuhkan di Batu Rakit, Terengganu pada 1983 dengan kerjasama WHO
(World Health Organization).
Taman Sinar Harapan pula ditubuhkan
untuk melatih dan menjaga individu terencat akal yang teruk. Taman Sinar
Harapan yang terdapat di seluruh Malaysia adalah di Tampoi, Jubilee, Tengku
Ampuan Najihah, Kuala Terengganu dan Kuala Kubu Baharu. Program latihan yang
disediakan di Taman –taman Sinar Harapan ini bergantung kepada tahap keupayaan
fizikal dan mental penghuninya iaitu kelas akademik normal, latihan
pra-vokasional seperti jahitan, perkebunan, urusan rumah tangga, kraftangan,
bengkel, dobi dan kegiatan harian.
10.0 LANGKAH PENCEGAHAN
DAN PEMULIHAN
Beberapa
langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan kelahiran anak yang terencat
akal. Ibu yang mengandung perlu menjaga diet makanannya dengan betul. Selain itu,
dia juga perlu mengelak daripada mengambil minum beralkohol, merokok dan
makanan yang boleh memudaratkan kesihatan bayi dan ibu sendiri. Para ibu perlu
menjalani pemeriksaankesihatan untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang
baik. Jika sesuatu masalah pada janin
dapat dikesan awal, boleh menjalani rawatan perubatan untuk mengatasi
sebelum bayi lahir.
Ibu-ibu
yang kerja harus juga perlu memberi perhatian yang lebih kepada kandungan mereka.
Mereka perlu merehatkan diri sebanyak yang perlu untuk memastikan keselamatan bayi
dalam kandungan. Tekanan mental dan fizikal yang dialami oleh ibu boleh memberi
kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.
Pakar perubatan perlu berhati-hati semasa meyambut kelahiran ,mereka
harus mengelak penggunaan peralatan yang boleh mencederakan bayi. Contohnya
penggunaan forseps. Oleh itu, langkah pencegahan awal harus diambil untuk memastikan
kelahiran bayi sihat.
Ibubapa
memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka.
Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang
harus dibuat untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin
pesakit dijaga di rumah keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.
Ibu
bapa atau pihak tertentu perlu menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan
pengajaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya seorang yang
berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami masalah pendengaran
patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan dan
bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids)
patut di beli.
Ibu
bapa sepatutnya menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna
alat-alat yang sedia ada untuk membuat kerja harian dan berfungsi seberapa
normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh berjalan, kerusi beroda (wheel
chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kaki
pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan
Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy).
Ibu
bapa memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan
akal pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya
sawan akan dirawati dengan ubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus
diberi perhatian, infeksi kencing dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi
tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan dan pendengaran juga mesti
dilakukan.
Ibu
bapa memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal
dan tidak terjadi kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi
masa untuk mengajar dan menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat
dilakukan dirumah.
Guru
harus menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian
pesakit. Misalnya pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan
syarat-syarat tertentu. Pesakit yang mengalami kerencatan akal yang teruk boleh
dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau Wisma Harapan. Pesakit Sindrom
Downs mempunyai persatuan tertentu. Pada
masa yang sama, soal kewangan juga harus mencukupi. Keluarga yang amat miskin
boleh dirujuk kepada pihak kebajikan atau badan-badan sukarela.
11.0 PENUTUP
Golongan yang mudah mengalami
masalah kerencatan akal adalah terdiri daripada kanak-kanak yang lewat dalam
perkembangan berbanding dengan kanak-kanak normal . Kelewatan itu bergantung
kepada tahap ( degree ) iaitu sejenis kerencatan yang di alami oleh seseorang
kanak-kanak . Selain itu kelemahan mereka juga kurang jika dibandingkan dengan
kanak-kanak yang seumur dengan mereka .
Kanak-kanak
yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya
pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang
kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan,
bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya
mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan
terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan
pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan
akal
Kanak-kanak
terencat akan memerlukan masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran
jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal . Hanya sebahagian kecil sahaja ,
kanak-kanak yang dilahirkan cacat atau tidak normal dan sebahagian besranya
sihta dan normal . Sunggguhpun begitu kanak-kanak yang sihat dan normal ini
tidak semuanya akan mejadi orang dewasa yang normal .
30%
daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan
genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan
oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab
tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient)
kurang daripada 50.
Kebanyakan
kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca
yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi
serebrum atau masalah perinatal.
Terdapat
beberapa bahaya yang perlu dihadapi dan juga ditempuhi oleh kanak-kanak ini
semasa membesar seperti bahaya biologi atau dari alam sekitar . Bahaya-bahaya
ini boleh mengakibatkan keadaan yang tidak normal ini lebih dikenali sebagai
kanak-kanak khas .
Kanak-kanak
khas adalah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dari segi
ciri-ciri fizikal dan psikologis . Program-program sekolah biasa di bentuk
untuk kanak-kanak normal tidak dapat memberi peluang penyesuaian dan
perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak ini . Mereka memerlukan pelajaran
yang khas atau dalam kes-kes yang tertentu memerlukan khidmat pembantu atau kedua-duanya
sekali untuk mencapai taraf yang sepadan dengan keupayaan mereka.
Kanak-kanak
terencat akal yang terdiri daripada tahap-tahap kecacatan yang berbeza perlu
diberi perkhidmatan yang berbeza pula mengikut keupayaan fizikal dan mental
mereka. Bagi kanak-kanak terencat akal ringan yang masih ditempatkan di sekolah
melalui Program Khas Masalah Pembelajaran, mereka masih boleh diajar dan
dididik supaya menguasai kemahiran asas kehidupan berdikari selain akademik
supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dan memberi sumbangan mereka kepada
masyarakat.
Manakala, bagi individu berkeperluan
khas yang tahap keterukannya teruk dan sangat teruk, Jabatan Kebajikan
Masyarakat telah melakukan yang terbaik untuk melatih mereka supaya boleh
mengurus diri dan berdikari melalui latihan-latihan yang tersusun. Bagi
kategori yang sangat teruk, mereka perlu dijaga dengan baik dan diberikan
perkhidmatan fisioterapi.
12.0 RUJUKAN
Abdul
Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak MasalahPembelajaran:
Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Buku
Panduan Instrumen Penempatan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
(IPP):Manual.Selangor: Absolute Master Printers Sdn.Bhd.
Jamila
K.A Mohamed, (2008).Pendidik an Khas untuk Kanak -kanak Istimewa. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd..Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia, (2007).
Mercer,
C. D.(1997). Students with learning disabilities. U.S.A: Merrille, Prentice
Hall
Kementerian
Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan pelajaran pendidikan khas
bermasalah pembelajaran sekolah
rendah dan menengah. Kuala Lumpur
Sang,M.S,(2000).Pendidikan
Di Malaysia .Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn.Bhd
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 27
2.0 DEFINISI 28
3.0 SEJARAH 28
4.0 PUNCA-PUNCA SINDROM TOURRETE 28-29
5.0 JENIS- JENIS SINDROM TOURRETE 30
5.1 TICS MOTOR
5.2 TICS VOKAL
6.0 GEJALA SINDROM TOURETTE 30-31
7.0 MASALAH-MASALAH SAMPINGAN YANG 31-32
DIHADAPI DARIPADA
SINDROM TOURETTE
7.1 ADHD (ATTENTION DEFICIT-HYPERACTIVITY
DISORDER)
7.2 MASALAH PEMBELAJARAN
7.3 MASALAH PENGAWALAN TINGKAH LAKU
DAN
EMOSI
7.4 KEBIMBINGAN
7.5 OCD (OBSESSIVE-COMPULSIVE DISORDER)
7.6 MASALAH MOOD
7.7 MASALAH TIDUR
8.0 CARA INTERVENSI 32
8.1 BEBERAPA PERKARA YANG MEMBANTU
UNTUK
MENGURANGKAN TICS
8.2 PERANAN GURU SEMASA MENGENDALIKAN
MURID-MURID
BERMASALAH SINDROM
TOURETTE
9.0
KESIMPULAN 32
10.0 RUJUKAN 33
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, guru-guru pelatih dapat :
-
Mengenal
pasti definisi, sejarah kanak-kanak
Sindrom Tourette
-
Dapat
mengenalpasti punca-punca, jenis-jenis dan gejala Sindrom Tourette.
-
Dapat
menghuraikan masalah sampingan daripada Sindrom Tourette dan cara intervensi .
1.0 PENGENALAN
Kebanyakkan
kita setelah terdengar tentang Sindrom Tourette biasanya berfikir bahawa orang
yang masalah tingkah laku ataupun menggunakan perkataan yang tidak sesuai. Kadang-kadang istilah ini Tourette digunakan
sebagai "jenaka" bagi orang-orang yang masalah tingkah laku dengan
kerap tetapi sebenarnya itulah salah satu daripada gejala kurang biasa.
Sindrom
Tourette ( juga disebut penyakit Tourette , sindrom Gilles de la Tourette, GTS
atau Tourette atau TS ) adalah penyakit neurologi yang mengakibatkan seseorang mengeluarkan perkataan atau gerakan
yang spontan ( tic ) secara tanpa mengawalnya . Penyakit ini diwarisi secara
turun temurun dan seringkali dikaitkan dengan pengeluaran kata - kata kotor ,
kasar , atau menghina tanpa kawalan iaitu tidak dapat menahannya( koprolalia )
, namun gejala ini hanya ada pada beberapa orang yang menpunyai sindrom
Tourette ini . (Sumber National Tourette Sindrom Association)
http://www.tsa-usa.org/aMedical/whatists.html
Sindrom
Tourette bukan lagi merupakan keadaan yang jarang berlaku , namun tidak dapat
dikenalpasti secara tepat kerana sebahagian besar sindrom Tourette merupakan
sindrom yang ringan dan tic yang dikeluarkan berkurang ketika anak menjadi
dewasa . Antara 0.4 % hingga 3.8 % anak yang berusia antara 5 hingga 18 tahun
mempunyai sindrom Tourette ini. Sindrom Tourette yang teruk pada seorang dewasa
jarang ditemui , dan sindrom ini tidak mempengaruhi kecerdasan atau harapan
hidup.
Gejala
awal Sindrom Tourette muncul pada pertama kali apabila anak-anak berusia dalam
linkungan 3 hingga 9 tahun. Sindrom
Tourette ini boleh dialami oleh mana-mana kumpulan etnik namun lelaki mengalami
tiga hingga empat kali ganda berbanding dengan wanita. Di Amerika Syarikat
dianggarkan terdapat 200,000 orang yang mengalami Sindrom Tourette ini.
2.0 DEFINISI SINDROM
TOURETTE
Sindrom
Tourette (TS) adalah gangguan atau keadaan neurologi yang menyebabkan anak-anak, remaja, dan orang
dewasa menghasilkan bunyi dan pergerakan
yang tanpa disedari dan tidak dapat
mengawalnya oleh mereka. Bunyi dan
pergerakan ini digelar sebagai tics.
(Sumber National Tourette Syndrome Association). TS adalah singkatan bagi
Sindrom Tourette, yang dinamakan selepas seorang pakar neurologi Perancis,
Gilles de la Tourette yang menemui keadaan pada tahun 1885. TS adalah gangguan neurologi, atau
"Tic" iaitu gangguan, jika
seseorang mempunyai kedua-dua tic motor dan tic vokal. Tics adalah yang tidak
terkawal, tiba-tiba, pergerakan berulang-ulang atau bunyi yang melibatkan
sebilangan kumpulan otot atau bahagian-bahagian badan. Gejala-gejala sindrom
ini akan mempengaruhi individu ini
terhadap aktiviti harian mereka. Namun, pada masa sekarang Sindrom Tourette
ini sudah tidak dianggap sebagai masalah psikologi yang jarang berlaku.
Kebanyakan yang mengalami masalah ini hanya gejala yang ringan dan
jarang sekali sangat mengenalpasti mengalami gejala yang teruk.
3.0 SEJARAH SINDROM
TOURETTE
Nama
sindrom torette ini berasal dari Georges Albert Édouard Brutus Gilles de la
Tourette (1857-1904). Sindrom ini dinamakan Tourette dengan penemuan oleh Dr Georges Gilles de la Tourette yang
merupakan neurologi yang berasal dari
Perancis. Beliau mengenalpasti masalah Sindrom Tourette yang ada
kalangan bangsawan di Perancis pada tahun 1885. Doktor dan Pakar Neurologi
Perancis ini telah menerbitkan catatan
tentang sembilan pesakit yang menghidap sindrom Tourette pada tahun 1885.
Tourette Sindrom merupakan salah satu sindrom yang sangat jarang berlaku dan sering
dikaitkan dengan orang mengamuk dan
mengeluarkan kata-kata kesat tanpa disedari dan kawalannya.
(Sumber
National Tourette Sindrom Association)
4.0 PUNCA – PUNCA
SINDROM TOURETTE
Sindrom
ini dipengaruhi oleh ketidakabnormalan dalam
beberapa bahagian otak, namun
punca utamanya masih belum dikenalpasti oleh para penyelidik.
Perlaksanaan intervensi yang berkesan belum ada, namun beberapa ubat dan
terapi juga boleh digunakan untuk
menangani masalah ini . Pendidikan merupakan bahagian yang penting dalam
melaksanakan intervensi terhadap sindrom tourette.
5.0 JENIS-JENIS SINDROM
TOURETTE
Terdapat
dua jenis tics iaitu motor dan vokal.
5.1
Tics
Motor
Sesetengah tics motor yang biasa ialah berkelip mata, mimik muka, pergerakan rahang, menunduk
kepala, mengangkat bahu , meregang leher. Sesetengah tics motor adalah lebih
rumit termasuk gabungan tics iaitu, yang mengangkat bahu dengan mimik muka atau pergerakan
seperti melompat, berpusing atau melompat, mengeluarkan lidah dan bergagapan.
5.2
Tics
Vokal
Sesetengah tics vokal biasa ialah Menghidu, berdeham, mendengus, ketawa dengan bunyi
“ooo”,mengejek, mengulangi kata-kata dan menjerit.
Sesetengah tics vokal lebih rumit ialah Kata-kata yang
mencemarkan seperti menggunakan kata-kata menghina dan tidak sesuai, penghinaan
etnik dan lain-lain kata-kata yang tidak boleh diterima dari segi sosial atau
frasa).
(Sumber
National Tourette Sindrom Association) http://www.tsa-usa.org/
6.0 GEJALA SINDROM TOURETTE
Gejala
Sindrom Tourette ialah mempunyai sekurang-kurangnya dua tics motor dan satu tic
vokal. Tics ini perlu berterusan selama lebih daripada satu tahun. Selain itu,
tics juga bermula sebelum usia 18 tahun. TS adalah keadaan neurologi, tingkah
laku yang tidak buruk. Kanak-kanak yang mempunyai tics perlu berjumpa dengan
doktor dan tidak mendenda mereka untuk tics yang tidak dapat dikawal. Tics
lebih buruk apabila kanak-kanak teruja seperti di Disneyland atau stress
seperti sebelum ujian. Sesetengah kanak-kanak boleh mengawal tetapi mereka
tidak dapat menghalangnya daripada berlaku.
Masalah-masalah lain boleh datang dengan TS ini. Orang-orang yang lebih
biasa adalah kesukaran menumpukan perhatian di sekolah, aktiviti-aktiviti luar
sekolah, masalah dengan pembelajaran, melakukan perkara-perkara dengan cara
tertentu, kebimbangan dan masalah mood. Berita baik adalah bahawa anak-anak dan
orang dewasa dengan TS hanya sebagai pintar seperti orang lain, dan orang-orang
TS hidup seperti
orang
lain. (Sumber National Tourette Sindrom Association) http://www.tsa-usa.org/
7.0 MASALAH-MASALAH SAMPINGAN YANG DIHADAPI
DARIPADA SINDROM TOURETTE
7.1 ADHD(Attention
Deficit-Hyperactivity Disorder)
Masalah dengan menumpukan perhatian,
hiperaktif dankawalan impuls yang lemah akan wujud . Kanak-kanak boleh
menunjukkan tanda-tanda ADHD sebelum tics pertama muncul.
7.2 Masalah
Pembelajaran
Kanak-kanak akan mengalami masalah
membaca, menulis atau pengiraan matematik, dan kesukaran membuat persepsi. Masalah-masalah ini
mempunyai tiada kaitan dengan tahap kecerdasan.
7.3 Masalah Pengawalan
Tingkah Laku Dan Emosi
Agresif,kemarahan, alasan atau tindakan
yang tidak sesuai dari segi persekitaraan sosial.
7.4 Kebimbangan
Kebimbangan atau ketakutkan yang
berlebihan, termasuk kebimbangan pemisahan , atau perasaan malu yang tinggi.
7.5 OCD
(Obsessive-Compulsive disorder)
Fikiran berulang-ulang, yang tidak
diingini atau mengganggu. Terdapat banyak jenis pemikiran keterlaluan, termasuk
kebimbangan yang tinggi tentang tindakan yang dilakukan betul atau tidak, fikiran bercanggah dengan agama, pemikiran
seksual atau agresif.
7.6 Masalah Mood
Tempoh kemurungan atau mood yang tinggi
menyebabkan perubahan dalam tingkah laku.
7.7 Masalah tidur
Berjalan atau bercakap apabila
tidur dan kencing malam
8.0 CARA INTERVENSI
Kebanyakan
masa, gejala tic adalah ringan dan tidak memerlukan perubatan. Apabila tics menjadi terlalu
banyak untuk mengendalikan, perubatan perlu dipertimbangkan. Dos yang tertentu perlu diberikan tanpa
menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan kesabaran.
Doktor
biasanya bermula dengan jumlah ubat yang kecil dan kemudian meningkatkannya ke beberapa hari
atau beberapa minggu. Doktor perlu mengambil tahu kesan-kesan sampingan
ubat-ubatan (seperti mengantuk, kegelisahan, berat badan dan perubahan tingkah
laku), untuk memastikan pesakit boleh mengendalikan ubat. Tiada perubatan
khusus dikenalpasti tetapi rawatan untuk mengurangkan keterukan tic dan gejala
keadaan lain yang berkaitan boleh dibuat.
8.1 Beberapa perkara yang membantu untuk
mengurangkan tics
i. Bersukan
dan senaman
ii.
Hobi
iii. Aktiviti-aktiviti
berkreativiti seperti menulis, lukisan, atau muzik
iv. Kaunseling
psikologi
v. Perkhidmatan
terapi seperti Snoozelen, Aroma, Muzik, Pergerakan Kreatif
8.2 Peranan guru semasa mengendalikan
murid-murid bermasalah Sindrom Tourette
i. Jangan
mengasingkan ataupun mengkategorikan mengikut masalah
ii. Jangan
bertindak semasa murid mengeluarkan tics
iii. Menyediakan
ruang pembelajaran yang efektif
iv. Penglibatan
murid perlu ditekankan
v. Bertindak
sebagai pembimbing
vi. Sentiasa
berhubung dengan ibu bapa kanak-kanak
9.0 KESIMPULAN
Sindrom
Tourette ini sering mendapat banyak perhatian sejak kebelakangan ini. Semakin
banyak orang sedang mendiagnosis dengan TS. Orang dengan TS boleh mempunyai
kehidupan yang kaya dan panjang produktif . Kesedaran dan latihan TS boleh
membuat dunia perbezaan dalam kehidupan kanak-kanak Mereka yang mempunyai masalah
pembelajaran yang tertentu sering boleh dibantu dengan menggunakan teknik
pendidikan khusus yang mengikut profil pembelajaran kanak-kanak. Orang yang TS
adalah pintar seperti dalam populasi umum, tetapi ramai mendapat keperluan
pendidikan khas. Tics, ADHD, masalah pembelajaran, tingkah laku mengganggu,
kebimbangan dan gangguan mood semua boleh mengganggu pembelajaran. Rawatan
untuk mengurangkan gejala-gejala ini untuk mengurangkan kesan-kesan tanda-tanda
boleh membantu untuk meningkatkan hasil pendidikan orang dengan TS.
10.0 RUJUKAN
1. National Tourette Syndrome Association.
Retrieved from http://www.tsa-usa.org/
2. Harry, S. Abram, MD. (1995-2013). “Tourette Syndrome”. Retrieved from
http://kidshealth.org/teen/diseases_conditions/brain_nervous/tourette.html
3. Suzanne, Bronheim, PH.D. (2003). “An Educator’s Guide to Tourette
Syndrome”. Retrieved from
http://Tsa-usa.org/for-teens-and-younger-online-store
4. Ellen, Meyers, M.Ed. (2005). “The School Administrator: Ten Things to Know
about Tourette Syndrome”. Retrieved from
http://Tsa-usa.org/for-teens-and-younger-online-store
5. Mayo Clinic, (2012, August 10). “Tourette Syndrome”. Retrieved from
http://www.mayoclinic.com/health/tourette-syndrome/DS00541/DSECTION=symptoms
6. Eleanor Pearl, (2007). “Matthew And The Tics”. Retrieved from
http://tsa-usa.org/aPeople/Youth/matthew_tics.html
7. Judy, Wertheim, MS, Spec. Ed.,
(2003). “Tourette Syndrome in The
Classroom.” Retrieved from
http://tsa-usa.org/for-teens-and-younger-online-store
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 PENDAHULUAN 36
2.0 DEFINISI 36
3.0 PUNCA-PUNCA DISGRAFIA 37-38
4.0 KLASIFIKASI DALAM DISGRAFIA 38-39
4.1 KATEGORI YANG PERTAMA
4.2 KATEGORI YANG KEDUA
4.3 KATEGORI YANG KETIGA
5.0 CIRI –CIRI KANAK-KANAK DISGRAFIA 39-41
5.1 CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISGRAFIA
DARI SEGI LUARAN
5.2 CIRI-CIRI DISGRAFIA DARI SEGI DALAMAN
6.0 KESAN DISGRAFIA KEPADA PENULISAN 41-42
KANAK-KANAK
6.1 KAJIAN BERNINGER
6.2 KAJIAN ENGEL-YEGER B,
NAGAUKER-YANUV L,
DAN ROSENBLUM S
6.2
KAJIAN
ROSENBLUM, S., WEISS, P., DAN
PARUSH,
S.
7.0 KESAN KEPADA EJAAN 43
8.0 PERKAITAN ANTARA DISGRAFIA DAN DISLEKSIA 43
9.0 STRATEGI UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK 44-48
YANG MENGHADAPI DISGRAFIA
9.1 TEKNIK UNTUK MENGAJAR KANAK-KANAK
DISGRAFIA
9.2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SERTA
RAWATAN
BAGI KANAK-KANAK
DISGRAFIA
10.0 PENUTUP 49
11.0 RUJUKAN 50-51
TAURETTE SYNDROME DAN DISGRAFIA
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, guru-guru pelatih dapat :
-
Mengenal
pasti definisi, punca-punca dan klasifikasi
-
Dapat
menjelaskan ciri-ciri dan kesan Disgrafia kepada Penulisan
-
Dapat
menghuraikan strategi untuk membantu kanak-kanak yang
menghadapi disgrafia dan Teknik untuk Mengajar Kanak-kanak Disgrafia
-
1.0 PENDAHULUAN
Disgrafia
merupakan salah satu sub-kategori disleksia. Disleksia adalah satu masalah
pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan
bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna
Disleksia ialah satu disorder dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan
biasa, tetapi mereka tidak berjaya memperolehi kemahiran bahasa, bacaan,
menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968),
(http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179, oktober 26th 2008). Manakala disgrafia bermakna
seorang kanak-kanak disleksia yang bermasalah dalam menulis.
Terdapat
banyak agensi yang bertanggungjawab bagi membantu kanak-kanak yang mengalami
disgrafia antaranya adalah National Organization for Rare Disorders (NORD).
Agensi ini juga sebahagian daripada National Institute Of Neurological
Disorders And Stroke (NINDS). Agensi ini telah menjalankan kajian terhadap
masalah ini. Antara kajiannya adalah berfokus kepada cara-cara terbaik untuk
merawat kanak-kanak disgrafia dan juga cara untuk mencegah masalah ini daripada
berlaku kepada kanak-kanak akan datang
(http://www.ninds.nih.gov/disorders/dysgraphia/dysgraphia.htm, March 12 2009).
Apabila kanak-kanak mempunyai masalah yang teruk dalam aspek tulisan, ia akan
dilabelkan sebagai kanak-kanak disgrafia tetapi mungkin tidak memerlukan
perkhidmatan pendidikan khas. Mereka diketogarikan sebagai kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran (K.A.Razhiyah 2008).
2.0 DEFINASI
Perkataan
disgrafia telah dicipta daripada kata-kata orang Yunani iaitu ‘dys’ yang
bermaksud kesakitan atau sukar dan graphein yang bermakna menulis. Disgrafia
juga sudah biasa dihuraikan sebagai salah satu masalah teruk dalam tulisan
tangan. Disgrafia boleh dikenalpasti melalui gejala-gejala seperti, tulisan
yang sukar dibaca, tulisan yang tidak berkonsisten, tulisan kelama-lamaan
semakin kabur, tulisan kelihatan terbalik seperti dalam cermin, terdapat
huruf-huruf yang dicicirkan secara rawak, dan perkataan mungkin kelihatan
terbalik.
Menurut
Richards (1999) disgrafia adalah satu gangguan dalam penulisan yang disebabkan
oleh masalah-masalah daripada pemprosesan neurologi dan pergerakkan enjin yang
lambat yang asalnya bergerak secara automatik. Ia juga dikenali sebagai
kesan-kesan lesu yang dilihat sepanjang proses dalam menyampaikan sesuatu idea
daripada pemikiran untuk satu produk yang ditulis tangan.
Tulisan
tangan adalah satu aksi pengimbang yang kompleks dan memerlukan fungsi-fungsi
mental yang segera dan berulang-ulang termasuklah dari segi organisasi,
ingatan, perhatian, mendengar, daya pemulihan penglihatan, penggerak corak
ingatan, dan pelbagai unsur-unsur kemahiran bahasa. Butiran pembentukan
tulisan, penempatan pensel, dan pemprosesan multi deria terganggu kesan
daripada dysgraphic ini. Selain itu, ini boleh menyebabkan produktiviti
berkurangan, tugasan-tugasan juga tidak akan lengkap, dan mereka tidak dapat
fokus semasa berada di dalam bilik darjah (Deuel 1995).
Disgrafia
lazimnya diiringi oleh satu lagi gangguan pembelajaran-afasia, diskalkulia, dan
gangguan perhatian dengan defisit atau tanpa hiperaktiviti (Newman 1998).
Malangnya, kerana ia sering dianggap sebagai kurangnya usaha dalam pembelajaran
dan tidak mendapat memberi sepenuh perhatian seperti kesukaran memahami
pembelajaran tersebut dan kesalahan ejaan yang kebiasaannya dilakukan oleh
mereka (Eide dan Eide 2005). Kebanyakkan kes-kes disgrafia ini melibatkan
golongan dewasa yang disebabkan oleh kerosakan otak akibat daripada kemalangan,
pukulan, atau Alzheimer Disease. Gejala-gejala itu bergantung kepada rawatan yang
mungkin dapat menyelaraskan enjin, ingatan, dan memperkukuhkan lagi
multisensory. Papan mata dan komputer-komputer disyorkan bagi mengelakkan
masalah-masalah tulisan tangan yang dihadapi (National Institute of
Neurological Disorders and Stroke 2005).
3.0 PUNCA-PUNCA
DISGRAFIA
Terdapat
juga beberapa punca yang menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk melahirkan
anak yang bermasalah disgrafia antaranya ialah,
Faktor baka iaitu hubungan kekeluargaan suami isteri. Sekiranya bapa dan
ibu kanak-kanak adalah sepupu rapat, gen-gen yang diperturunkan mempunyai
risiko yang tinggi mengandungi gen-gen lemah, tidak berpengaruh dan tidak
dominan. Baka yang diwarisi juga adalah punca kepada masalah disgrafia ini.
Sanak saudara disebelah ayah atau emak yang menghadapi penyakit ini akan
membawa potensi kepada bayi dalam keluarga kita untuk mempunyai penyakit yang
sama.
Selain
itu, punca kanak-kanak mengalami disgrafia adalah mereka bermasalah dalam
memproses maklumat yang menyebabkan berlakunya masalah pengamatan iaitu kanak-kanak
menulis secara terbalik. Contohnya huruf /b/ ditulis seperti huruf /d/. Mereka
juga mencampuradukkan antara huruf dan nombor dalam formula. Mereka juga
mengalami masalah dalam motor pergerakan mereka yang menyebabkan mereka gagal
menulis. Ini kerena, mereka mengalami masalah dalam mengatur dan menyusun
maklumat, dan proses maklumat yang berlaku dengan kadar yang cepat dan tidak
dapat berkoordinasi dengan motor yang halus dan menyebabkan mereka gagal
menulis. Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah ini kerana kelemahan
dalam proses pendengaran dan bahasa. Mereka mengalami masalah dalam
mengekspresi bahasa lalu menyukatkan ekspresi itu dalam bentuk tulisan (Jamila
2005). Mereka juga mengalami masalah pendengaran dan tidak dapat mengenalpasti
bunyi dengan tepat.
4.0 KLASIFIKASI DALAM DISGRAFIA
Klasifikasi
disgraphia dibahagi melalui spesifik dan tidak spesifik
(http://www.margaretkay.com/Dysgraphia.htm, December 15 2008) Spesifik
disgraphia menyumbang kepada tidak keupayaan mengeja, koordinasi motor dan
ketidakupayaan dalam pertuturan. Manakala disgraphia yang tidak spesifik adalah
seperti kerencatan, psikososial yang tidak cukup atau kehadiran ke sekolah yang
teruk (Kay 2004). Terdapat tiga klasifikasi dalam kategori disgraphia ini iaitu
disleksia disgrafia, motor disgrafia, dan ruang disgrafia (Deuel 1995).
4.1 Kategori yang
pertama
Kategori yang pertama adalah disleksia
disgrafia. Kanak-kanak yang mengalami kategori ini tidak dapat membaca walaupun
teks yang spontan diberikan kepada mereka, lebih-lebih lagi apabila diberi teks
yang lebih kompleks. Mereka juga mengalami masalah dalam ejaan lisan tetapi
melukis dan penyalinan teks bertulis adalah normal. Manakala kelajuan
Finger-tapping iaitu sutu ukuran untuk kelajuan motor juga normal (Deuel 1995).
4.2 Kategori yang kedua
Klasifikasi kedua adalah motor
disgrafia. Kanak-kanak yang mengalami kategori ini pula tidak dapat membaca
walaupun secara spontan, kedua-dua teks yang disalin manakala teks yang ditulis
juga tidak dapat dibaca. Namun, ejaan secara lisan adalah normal. Mereka juga
mengalami masalah dalam melukis dan kelajuan Finger-tapping adalah tidak normal
(Deuel 1995).
4.3 Kategori yang
ketiga
Kategori ketiga adalah ruang disgrafia
orang yang mempunyai disgraphia ketegori ini, tidak boleh membaca tulisan yang
dipaparkan, sama ada dibaca dengan spontan atau disalinkan. Ejaan lisan adalah
normal. Kelajuan Finger-tapping adalah normal, tetapi melukis merupakan satu
masalah bagi mereka (Deuel 1995).
5.0 CIRI-CIRI
KANAK-KANAK DISGRAFIA
5.1 Ciri-ciri
Kanak-kanak Disgrafia dari Segi Luaran
Dari segi luaran, pada umumnya, mereka
tidak dapat membaca tulisan walaupun mereka telah diberi masa yang cukup dan
perhatian yang termampu bagi mereka untuk menyiapkan tugasan membaca. Selain
itu, tulisan kanak-kanak yang mempunyai disgrafia adalah tidak konsisten.
Contohnya tulisan mereka bersambung antara satu perkataan dan perkataan
seterusnya dan saiz setiap huruf tidak sama. Selain itu, bentuk huruf juga
sering ditulis tidak betul daripada bentuk sebenar (http://www.peas-ink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/outside.htm,
March 2005).
Setiap kali mereka menulis sesuatu
perkataan, mereka sering menulis perkataan yang tidak habis ditulis dan dieja
malah kadang-kala kanak-kanak ini tertinggal satu patah perkataan dalam sebaris
ayat (Barbara, Judith dan David 2002). Apabila mereka menulis ayat pula,
kedudukan perkataan-perkataan dalam ayat tersebut tidak selaras dan menjadikan
ayat-ayat yang dibina itu tidak selaras pada halaman dan margin. Oleh itu,
hasil tulisan kanak-kanak ini nampak tidak kemas dan sukar untuk orang lain
membaca.
Ciri-ciri kanak-kanak disgraphia ini
juga dapat dilihat melalui cara mereka memegang alat tulis seperti pencil atau
pen. Mereka memegang alat tulis tersebut terlalu ketat dan rapat pada pensil
digunakan. Malah, kita dapat melihat cengkaman tangan mereka ketika memegang
pensil agak kekok. Contohnya, mereka memegang alat tulis sangat hampir dengan
kertas dan menulis mengunakan lebih daripada tiga jari seperti menulis daripada pergelangan tangan fisting
pen. Daru segi pengetahuan mereka, mereka lembap dalam menyusun struktur untuk
menulis dan mereka juga lemah dalam tatabahasa sesuatu bahasa.
Dari segi tingkah laku mereka, mereka
lebih cenderung akan cepat letih ketika menulis. Ini kerana, mereka telah
menggunakan cengkaman yang kuat untuk menulis lalu menyebabkan tangan mereka
akan berasa lenguh. Kanak-kanak ini juga sentiasa mengelak ketika disuruh untuk
menulis dan melukis seperti memberi alasan tangan mereka letih. Mereka juga
akan bercakap bersendirian ketika menulis dan memerhati dengan penuh perhatian
tangan mereka yang sedang menulis.
5.2 Ciri-ciri Disgrafia
dari Segi Dalaman
Otak manusia mempunyai dua bahagian
iaitu otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian ini disambungkan dengan satu
saraf iaitu corpus collosum. Setiap bahagian mempunyai fungsi yang tertentu.
Sebelah kiri otak mengawal percakapan, kewarasan dan merupakan bahagian yang
lebih berkuasa daripada sebelah kanan. Manakala, otak kanan pula menguasai
praktikal dan kebolehan memahami.
Kanak-kanak yang mempunyai disgrafia dan
disleksia mempunyai masalah yang sama dari segi keupayaan otak mereka. Mereka
mengalami kekeliruan meseg saraf antara dua bahagian otak itu dalam memproses
bahasa. Manakala saraf otak mereka yang tidak mengalami disgrafia dapat
menghantar maklumat ke kawasan pemprosesan bahasa untuk diinterpretasi (Sheila
danSamsilah 2006).
Ciri-ciri
lain kanak-kanak disgrafia
1. Pegangan pensel dan posisi badan yang
tidak betul
2. Mudah penat apabila menulis atau menyalin
ayat
3. Pembalikan
kedudukan huruf dalam perkataan
contohnya, (“sabtu” kepada
“sabut”)
4. Ayat yang tidak lengkap
5. Susunan ayat tidak kemas dan seragam
6.
menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis
pada papan putih dan membaca.
6.0 KESAN DISGRAFIA
KEPADA PENULISAN KANAK-KANAK
Menurut
Virginia Berninger,iaitu seorang penyelidik tentang ketidakupayaan menulis dari
University of Washington dan National Institute of Child Health and Human
Development, masalah menulis juga meningkat dikalangan kanak-kanak disamping
masalah membaca. Penilaian yang tepat mungkin dapat menyelesaikan masalah ini
iaitu masalah ini berkaitan dengan masalah pemprosessan dalam menulis,
komposisi, kod ortografi, kod phonologi, mengeja, kemahiran motor halus dan
perancangan, pembentukan ayat automatik dapatan, pembentukan ayat pengeluaran,
dan kekacauan dengan ingatan kerja (Berninger 1999). Namun, apa yang dikesali
adalah ibubapa menganggap kelemahan dalam penulisan kanak-kanak ini adalah
disebabkan oleh kemalasan anak mereka.
6.1 Kajian Berninger
Kajian Berninger pula menyokong bahawa
maalah menulis ini bukan sahaja berkaitan dengan pemprosessan motor, tetapi
masalah ini juga berkaitan dengan keupayaan untuk mengenalpasti symbol bahasa
dalam ingatan (Berninger 1999). Berninger juga mengatakan bahawa sesuatu individu
tersebut akan mengalami masalah dapatan ayat automatik dan pengeluaran,
lazimnya mempunyai daya-daya ingatan pada tahap yang rendah serta kanak-kanak
ini memerlukan lebihan pemikiran dan tumpuan. Ini kerana, kebanyakan proses
kognitif seperti berfikir apa yang ingin dikatakan, penyusunan ayat, penyusunan
idea telah terganggu oleh daya pemikiran mereka yang tersekat. Kesannya,
kanak-kanak ini tidak dapat membaca.
6.2 Kajian Engel-Yeger
B, Nagauker-Yanuv L, dan Rosenblum S
Kanak-kanak yang mengalami defisit dalam
tulisan tangan dapat dikesan malah mereka juga dapat melaporkan kepada
penyelidik kajian ini. Ini bermakna kanak-kanak yang mengalami masalah
disgraphia sedar akan defisit mereka ini. Engel-Yeger B, Nagauker-Yanuv L, dan Rosenblum S telah menjalankan kajian terhadap
dua puluh kanak-kanak yang menghadapi disgraphia. Kajian ini menggunakan meja
elektronik dan setiap peserta dikehendaki menjawab dua soalan iaitu Handwriting
Proficiency (CHaP) dan Perceived Efficacy and Goal Setting System (PEGS). Hasil
kajian ini menunjukkan peserta yang menghadapi disgraphia mendapat markah yang
rendah daripada peserta daripada kumpulan kawalan iaitu peserta yang tidak
menghadapi dyslexia. Peserta yang menghadapi disgraphia mendapat markah yang
rendah daripada peserta yang tidak menghadapi dyslexia (Engel-Yeger B,
Nagauker-Yanuv L dan Rosenblum S 2009)
6.3 Kajian Rosenblum,
S., Weiss, P., dan Parush, S.
Kesan disgraphia kepada penulisan
seharusnya diukur dalam pelbagai aspek bukan sahaja membandingkan markah yang
diperolehi oleh peserta yang menghadapi disgraphia dan peserta yang tidak
menghadapi disgraphia. Defisit dalam disgraphia haruslah diukur melalui tahap
kesamaran mata termasuklah pergerakan pensel di atas kertas dan masa yang
diambil oleh peserta dalam setiap ujian yang diberikan untuk menilai keputusan
sebenar.
Terdapat banyak keadaan yang
mempengaruhi pencapaian peserta, seperti, kelambatan peserta yang mempunyei
disgraphia dalam menyalin dimana perbuatan menyalin ini menggunakan kemahiran
visual, masa untuk peserta mengambil
nota dimana perbuatan ini adalah kemahiran daya ingatan, bertindakbalas
kepada penerimaan sesuatu yang direncanakan dimana perbuatan ini adalah
kemahiran auditori iaitu pendengaran dan kemahiran daya ingatan, gaya penulisan
bebas dimana perbuatan ini adalah gabungan berbagai-bagai jenis kemahiran.
Hasil dapatan ujian ini menyatakan
perbezaan antara klasifikasi disgrafia iaitu disleksia disgrafia, dan ruang
disgrafia. Peserta yang menghadapi disleksia disgrafia, cendorong kepada memberi
pencapaian yang lebih baik daripada peserta yang menghadapi ruang disgrafia.
Peserta yang menghadapi disleksia disgrafia dapat memberi cetakan atau tulisan
tangan yang cukup jelas dan boleh dibaca apabila menyalin daripada menulis dari
sesuatu yang direncanakan. Kajian dalam kesukaran menulis tangan haruslah lebih
terperinci dengan disertakan berbagai-bagai maklumat serta informasi yang
berkaitan dengan disgraphia ini kerana keputusan kajian ini akan menyediakan pandangan sebenar kepada
mekanisma penulisan dan punca kesukaran penulisan tangan (Rosenblum, S., Weiss,
P., dan Parush, S. 2004).
7.0 KESAN KEPADA EJAAN
Ejaan
merupakan sesuatu yang mencabar bagi kanak-kanak yang menghadapi disgraphia
daripada membaca dan menulis. Ini kerana mengeja melibatkan kemahiran ingatan
memori visual, memerlukan keperluan perhubungan antara penulisan dan
pendengaran (Berninger 1999). Pemprosesan memainkan peranan yang penting dalam
mengeja dan ini membuatkan usaha untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi
disgraphia semakin sukar untuk dicapai.
Disgrafia
mempunyai pembacaan yang baik tetapi tidak mempunyai kemahiran ejaan yang baik.
Mereka mempunyai masalah dalam mengeja dan mengingat kedudukan atau susunan
diantara (http://www.peasink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/outside.htm,
march 2005).
8.0 PERKAITAN ANTARA
DISGRAFIA DAN DISLEXIA
Walaubagaimanapun,
kejelasan antara perbezaan klasifikasi ini menjadi pudar dan tidak lagi
menunjukkan perbezaan apabila masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang
menghadapi disgrafia juga telah disyaki menghadapi dyslexia, dimana mereka
menghadapi masalah dalam ejaan dan bacaan. (Richards 1999). Kanak-kanak yang
mempunyai kekurangan dalam kedua-dua tersebut iaitu ejaan dan bacaan adalah
lemah dalam pemprosesan ortografi dan mentafsir maklumat dimana kenyatan ini
telah membuat konklusi dyslexia merupakan suatu perkembangan daripada
disgraphia (Mather 2003).
Selain
itu, terdapat juga perbezaan antara disgrafia dan disleksia iaitu kedua-duanya
mempunyai perbezaan dalam genetik, kematangan dan faktor right hemisphere (RH)
iaitu suatu bahagian dalam darah ibu atau ayah. (Mather 2003). Secara
keseluruhannya, hal ini menunjukkan keupayaan untuk membaca tetapi kesukaran
untuk mengeja dimana disgraphia cendorong untuk gagal melihat bahagian
perkataan untuk mengeja. Kesimpulannya, disgraphia mempunyai kemahiran
kognitif membaca dalam pandangan mereka
yang disimpan dalam ingatan mereka dimana hal ini mempunyai kaitannya dalam
disleksia.
9.0 STRATEGI UNTUK
MEMBANTU KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI
DISGRAFIA
9.1 Teknik untuk
Mengajar Kanak-kanak Disgrafia
Antara strategi yang dapat mengajar
murid ini menuturkan idea mereka dengan nada yang kuat dan merekod suaranya.
Kemudian perdengarkan semula rekod suara murid tersebut kepada murid tersebut dan
mengarahkan murid tersebut menulis apa yang didengarnya. Strategi pengajaran
ini dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi disgraphia mentafsir apa yang
mereka dengar dalam tulisan tangan.
(http://www.ldanatl.org/aboutld/parents/ld_basics/dysgraphia.asp, 2001)
Selain daripada mengajar mereka menulis
dengan tulisan tangan, guru-guru juga boleh mengajar mereka menaip dengan
menggunakan papan kekunci atau komputer.
(http://en.wikipedia.org/wiki/Dysgraphia, 6 August 2009). Kedua-dua peralatan
ini dapat membantu mereka belajar bentuk kekunci seperti huruf dan membantu
mereka membina ayat dalam masa yang lebih cepat. Strategi ini juga dapat
meningkatkan kemahiran mengeja dikalangan kanak-kanak yang menghadapi
disgrafia. Pada mulanya, murid-murid ini mungkin mengalami kesukaran untuk
menggunakan komputer atau papan kekunci kerana mereka tidak biasa menggunakan
alat ini, tetapi apabila mereka sudah biasa menggunakan komputer atau papan
kekunci, mereka akan lebih cepat belajar mengeja daripada mereka belajar menggunakan
tulisan tangan. Manakala, peralatan untuk menulis mestilah selesa untuk
dipegang. Contohnya kanak-kanak yang menghadapi disgrafia haruslah menggunakan
alat tulis seperti pensil yang besar. Kanak-kanak disgrafia ini akan lebih
berminat untuk menulis atas kertas jika mereka diberikan pensil yang mempunyai
berbagai-bagai warna yang cantik. Selain itu, kertas mestilah besar dan
mempunyai garisan supaya kanak-kanak ini dapat menulis di atas garis yang sama.
Guru-guru serta ibubapa juga haruslah
memberi motivasi dan menggalakkan kanak-kanak ini untuk terus berlatih menulis
dengan tulisan tangan. Hal ini kerana, akan tiba masanya kanak-kanak ini akan
berjaya menulis. Kemahiran menulis akan dapat diperbaiki jika kanak-kanak ini
terus berlatih dan berusaha. Guru-guru dan ibubapa haruslah memberi masa yang
lebih panjang kepada kanak-kanak ini ketika mereka sedang menulis, mengambil
nota, dan menyalin.
Kanak-kanak yang menghadapi defisit ini
juga haruslah dibawa pergi ke perpustakaan dan dimasukkan lawatan ke
perpustakaan sekolah ini sebagai jadual kelas mereka. Strategi ini untuk
menggalakkan mereka tidak takut untuk ke tempat yang penuh dengan buku serta
memupuk rasa yakin diri dan tidak terlalu rendah diri bahawa mereka menghadapi
masalah dalam menulis dan mengeja. Guru-guru hendaklah membawa murid-murid ini
ke bahagian buku yang mudah dibaca dan mempunyai gambar yang menarik supaya
murid-murid ini tidak merasa bosan membaca buku dan mengeja. Manakala latihan
seharusnya diberi secara handout. Contohnya, daripada memberi murid-murid ini
menulis ayat penuh, guru-guru bolehlah menyediakan sebaris ayat yang tidak
lengkap dan murid-murid ini hendaklah memenuhi perkataan yang ditinggalkan.
Strategi ini membantu kanak-kanak ini
berminat dalam menulis suatu perkataan dan meringankan tugas mereka untuk
berfikir dalam membina satu baris ayat. Strategi ini merupakan langkah awal
sebelum kanak-kanak ini diajar membina ayat
(http://www.as.wvu.edu/~scidis/dysgraphia.html).
Kanak-kanak ini juga boleh diajar
menggunakan kaedah peta minda atau mengajar secara berperingkat-peringkat bagi
proses penulisan seperti percambahan fikiran, merangka, penyuntingan dan
sebagainya. Strategi ini dapat membantu pelajar ketika membuat karangan pendek
supaya mereka dapat ayat-ayat yang dibina dalam peta minda yang dibuat.
Guru-guru juga hendaklah menggalakkan murid-murid ini menyemak semula hasil
penulisan mereka seperti ejaan, dan bentuk huruf serta menyuruh mereka menyebut
apa perkataan yang mereka tulis sambil mereka menulis perkataan itu. Strategi
ini akan meningkatkan kemahiran mendengar dan menyalin.
Pendekatan-pendekatan yang lain sesuai
untuk mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah disgrafia.
1) Isu Ruang: Menggunakan pensel sebagai
alat menjarakkan setiap ayat.
2) Keseragaman huruf: Menggunakan buku
petak atau bergaris.
3) Terapi
Pasir: Menulis perkataan dalam pasir dengan besar supaya membandingkan
perbezaan antara perkataan seperti b dan d, m dan w.
4) Pembentukan
huruf: Mengikuti kaedah tatacara yang betul dalam menulis (huruf besar dan
kecil).
5) Teknik
pegangan pensel: Memegang pensel mengikut kaedah yang betul dan selesa bagi
murid.
6) Masalah ejaan: Membaca sambil menulis.
7) Perkataan
tidak lengkap: Konsentrasi, motivasi dan memberi masa yang lebih kepada murid
untuk menulis berbanding dengan murid yang lain.
8) Big
Book : Menggalakan murid membaca Big Book supaya mengenali perkataan dengan
baik.
9) Permainan
Wikki Stix : murid-murid membina huruf-huruf daripada permainan ini.
10) Permainan
dengan tanah liat: membina huruf dan perkataan dengan menggunakan tanah liat
dengan besar.
9.2 Pendekatan
Pengajaran dan Pembelajaran serta Rawatan bagi Kanak-kanak Disgrafia
Seorang guru haruslah peka dalam
menyedari muridnya mengalami simptom-simptom tertentu, dapat memaklumkan kepada
ibu bapa mengenai masalah itu serta mencadangkan agar murid itu diberi ujian
diagnosis yang khusus (Sheila danSamsilah 2006). Di sesetengah negara, terdapat
ujian seperti DEST (Dyslexia Early Screening Test) (A.Fawcett dan R. Nicolson,
1996) yang digunakan oleh para guru bagi mengenal pasti kanak-kanak disgrafia.
Walau bagaimanapun, ujian-ujian ini tidak terdapat dalam bahasa Malaysia, cina
ataupun tamil. Sehubungan itu, para guru mungkin terpaksa bergantung kepada
satu senarai semak tertentu untuk membuat screening. Senarai semak ini
mengandungi simptom-simptom biasa yang terdapat pada kanak-kanak disgrafia dan
digunakan bagi mengenal pasti kanak-kanak yang berkemungkinan mempunyai masalah
disgrafia. Diagnosis awal sangatlah penting kerana kanak-kanak itu dapat
diselamatkan daripada mengalami keciciran berbanding rakan lain.
Pelbagai langkah yang boleh diterapkan
dalam pembelajaran bagi mempertingkatkan prestasi pelajar didalam sesuatu
subjek. Sebagai contoh, dari segi susunan fizikal. Kanak-kanak disgrafia perlu
ditempatkan di hadapan kelas. Melalui cara ini, hubungan mata dapat diadakan
dan guru berupaya mengawasi secara berterusan apa yang dilakukan oleh pelajar
itu. Cara itu juga menyebabkan peluang untuk kanak-kanak itu tertarik kepada
perkara lain menjadi kurang. Selain itu, kanak-kanak disgrafia juga dapat
ditempatkan di sebelah murid cerdas yang mempunyai sifat prihatin dan bersedia
membantu, namun kedudukannya masih perlu di sekitar barisan hadapan. Guru dapat
mengecualikan pelajar daripada menyalin soalan supaya mereka mempunyai lebih
masa bagi menyiapkan latihan.
Sekiranya kanak-kanak itu menyalin dari
papan tulis, guru perlu meyemaknya bagi memastikan tiada kesilapan dalam
penulisan. Kanak-kanak itu juga perlu diletakkan berhadapan dengan papan tulis.
Guru pula tidak boleh sesekali menahan pelajar daripada rehat jika mereka tidak
berjaya menyiapkannya. Oleh kerana kanak-kanak disgfaria lazimnya perlu
bersusah payah membuat suatu latihan ataupun tugasan, mereka wajar diberi
penghargaan dan peneguhan yang bersesuaian. Selain itu, proses pembelajaran
perlu diselangi dengan rehat yang pendek dirumahnya. Ini dapat dilakukan dengan
pelbagai cara seperti memberikan latihan yang genap sahaja daripada nombor
latihan 1 hingga 20 yang dilakukan oleh kanak-kanak lain.
Walaupun guru tidak dapat membuat
pilihan berhubung sukatan pelajaran dan kurikulum, guru itu dapat menentukan
jumlah bahan yang terlibat serta sedalam mana satu topik itu perlu dikuasai
oleh kanak-kanak disgrafia. Tambahan pula, guru perlu mengurangkan tugasan
ataupun latihan yang tidak perlu kepada kanak-kanak disgrafia. Sepertinya, guru
dapat memberikan lebih masa kepada kanak-kanak itu menyiapakan latihan
berbanding kanak-kanak lain, ataupun mengurangkan kuantiti kerja.
Dalam dunia yang dipenuhi dengan
komputer dan pemproses perkataan, tulisan bukan satu isu utama (malah umum
mempunyai anggapan yang tulisan para doktor adalah ‘teruk’ dan sukar dibaca).
Namun demikian, keadaan di sekolah adalah berbeza di mana adalah amat penting
bagi seorang murid dapat menulis dengan tulisan yang baik pada kadar kelajuan
tertentu. Tulisan yang buruk sering dikaitkan dengan kerja yang tidak baik dan
tidak bermutu dan seterusnya member kesan kepada konsep kendiri seseorang
murid.
Segala usaha yang dicurahkan bagi
membantu murid itu membaiki tulisannya sebenarnya sangat berbaloi, kerana
apabila tulisan bertambah baik, konsep kendirinya juga meningkat dan ini
membantu menangani kerja-kerja sekolah yang lain dengan yakin. Langkah pertama
ialah memahami yang tulisan tangan adalah satu proses yang bersifat individu
dan memerlukan pengajaran secara individu. Guru dapat memulakan pelajaran
dengan suatu bahan bertulis yang diambil daripada pelajaran di kelas. Murid
diminta menulis bahan itu sambil diperhatikan oleh guru.
Seterusnya, guru mengenal pasti aspek
kelemahan dalam tulisan murid dan merancang satu program individu khusus untuk
murid itu. Guru dapat memberikan beberapa saranan bagi membaiki tulisan dan
murid itu perlu memberi tumpuan dan membuat latihan berasaskan saranan itu.
Kemudian, murid itu diminta menulis dengan mengambil kira semua saranan dalam
satu tugasan tulisan. Murid itu segera dapat melihat kemajuannya dan
bermotivasi meneruskan usaha dan latihan. Murid itu diminta berlatih tulisan
setiap hari dan menulis berdasarkan pembetulan yang sudah dipelajari itu untuk
kerja sekolahnya.
10.0 PENUTUP
Kebiasaan
daripada mereka akan menunjukkan kemajuan yang cukup memberansangkan dan sesi
latihan dapat dihentikan. Kunci kejayaan disini ialah guru perlu memberi fokus
kepada kemajuan jangka pendek murid-murid dalam sesi latihan dan ini
mengekalkan motivasi dan membawa kepada murid-murid itu membina sendiri gaya
penulisannya.
Penerimaan
ibu bapa kepada kanak-kanak disgrafia juga penting. Miller (1996) mendapati
kanak-kanak yang diterima merasa lebih baik dibandingkan mereka yang tidak
diterima oleh ibu dan bapa. Selain itu, sokongan juga turut mengurangkan
tekanan dalam hidup dan tekanan psikologi di kalangan kanak-kanak ini. Ibu bapa
harus mempelajari seberapa banyak yang mungkin mengenai kanak-kanak ini serta
berjumpa dengan orang lain yang mempunyai masalah yang serupa dan belajar
member sokongan antara satu sama lain.(Mohd. Sharani Ahmad 2004).
Kesimpulannya,
adalah sangat penting bagi para guru dan ibu bapa memberikan bantuan, sokongan
dan peransang yang konsisten dan berterusan. Antaranya adalah dengan mendengar
suara hati dan perasaan kanak-kanak disgrafia, memberi penghargaan kepada
setiap usaha yang ditunjukkan dan bukannya kepada hasil semata-mata,
berhati-hati dengan perkataan yang dituturkan kepada mereka bagi mengelakkan
kesan negatif, membantu mereka membina matlamat peribadi untuk diri mereka
sendiri, dan membantu mereka merasai kejayaan dalam bidang ataupun aspek tertentu
dalam hidup mereka.
11.0 RUJUKAN
1. Jamila K.A Mohamed. 2005. Disgrafia,
Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa, p.p 88-89
2. Engel-Yeger B, Nagauker-Yanuv L
dan Rosenblum S. 2009. Handwriting
performance, self-reports, and perceived self-efficacy among children with
dysgraphia. Am J Occup Ther. Volume 63(2): 92-182
3. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan.
2006. Pendekatan P&P untuk pelajar disleksia, Apa Itu Dyslexia?. p.p 60-93
4. Barbara Riddick, Judith Wolfe and David
Lumsdon. 2002. Defining and identifying dyslexia, Dyslexia A Practical Guide
for Teachers and Parents. p.p 13-14
5. Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus
penerimaan, Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar. p.p 192-193
6. K.A.Razhiyah. 2008. Siapa mereka?.
Menjadi Guru Pendidikan Khas. p.p 13
7. http://www.peasink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/intro.htm,
March 2005
8. http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179,
Oktober 26th 2008
9. http://www.ninds.nih.gov/disorders/dysgraphia/dysgraphia.htm,
March 12, 2009
10. http://www.margaretkay.com/Dysgraphia.htm,
december 15,2008
11. http://www.peas-ink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/classifications.htm,
March 2005
12. http://www.peas-ink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/outside.htm,
March 2005
13. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan.
2006. Dislexia dan otak kita, Apa Itu Dyslexia?. p.p 33-44.
14. http://www.peas-ink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/outside.htm,
March 2005
15.
http://www.peas-ink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/outside.htm, March 2005
16. http://www.peas-ink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/outside.htm,
March 2005
17. http://www.peas-ink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/outside.htm,
March 2005
18. http://www.peas-ink.com/ann/folio/hgse/t560/dysgraphia/outside.htm,
March 2005
19. http://www.ldanatl.org/aboutld/parents/ld_basics/dysgraphia.asp,
2001
20. http://en.wikipedia.org/wiki/Dysgraphia,
6 August 2009
12.0 SOALAN DAN JAWAPAN
12.1 SOALAN OBJEKTIF
1)
Berikut adalah punca terencat akal pada peringkat postnatal kecuali,
(A) Encephalitis
(B) Keracunan Plumbum
(C) Fetal
Alkohol Syndrome (FAS)
(D) Tuberous Sclerosis
2)
Pilih kriteria-kriteria utama terencat akal.
i. Kefungsian intelek di bawah purata
ii.
Terhad
iii. Lemah tingkah laku Suaian
iv. Kelihatan semasa zaman kanak-kanak sehingga usia 18 tahun
(A)
i, ii dan iii
(B) i, iii dan iv
(C)
i, ii dan iv
(D)
i, ii, iii, dan iv
3)
Berikut adalah ciri-ciri kognitif kanak-kanak terencat akal kecuali,
(A) Emosi
(B)
Motivasi
(C)
Bahasa
(D)
Metakognisi
4)
Apakah yang ditakrifkan dengan masalah disgrafia?
(A) Seorang disleksia yang bermasalah dalam
koordinasi motor,mata dan tangan.
(B) Seorang
disleksia yang bermasalah dalam pengiraan nombor ataupun matematik.
(C) Seorang disleksia
yang bermasalah dalam penulisan iaitu menulis.
(D) Seorang
disleksia yang bermaslah dalam kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,
mendengar dan bercakap
5) Apakah
faktor utama yang mendorong kanak-kanak mengalami masalah disgrafia?
(A)
Jangkitan kuman
(B)
Demam Kuning
(C)
Perkembangan otak tidak normal
(D) Masalah Pengamatan
6) Murid-murid disgrafia biasanya akan
mengalami masalah
(A) bertutur
(B) mengira
(C) menulis,
(D) mengeja
7) Murid
A mengalami masalah menulis yang sangat perlahan kerana kesukaran untuk
mengeja, mengenal tanda baca. Kerapkali
dia suka mencampur adukkan antara huruf b dan d , p dan q dan m dan w. Murid A
berkemungkinan mengalami masalah
(A) Disleksia
(B) Autisme
(C) Disgrafia
(D) Kerencatan Akal
8)
“Gangguan atau keadaan neurologi yang
menyebabkan anak-anak, remaja, dan orang dewasa menghasilkan bunyi
dan pergerakan yang tanpa disedari dan tidak dapat mengawalnya oleh mereka.”
Pernyataan di atas adalah mengenai kanak-kanak,
(A) Taurette Syndrome
(B)
Terencat akal
(C)
Dyspraxia
(D)
Disleksia
9)
Pilih jenis-jenis Taurette Syndrome yang betul.
i.
Tics badan
ii. Tics motor
iii. Tics vocal
iv.
Tics konsonan
(A)
i dan ii
(B) ii dan iii
(C)
iii dan iv
(D)
ii dan iv
10)
Apakah perkara yang membantu untuk mengurangkan tics?
i. Bersukan dan senaman
ii. Hobi
iii. Aktiviti-aktiviti berkreativiti seperti menulis, lukisan, atau
muzik
iv. Kaunseling psikologi
(A)
i, ii, iii
(B)
i, ii dan iv
(C)
i, iii, dan iv
(D) i, ii, iii dan iv
12.2 SOALAN STRUKTUR
1. Nyatakan perbezaan antara
a) Diskalkulia
Seorang disleksia yang bermasalah dalam
pengiraan nombor ataupun matematik.
b) Disgrafia
Seorang disleksia yang
bermasalah dalam penulisan iaitu menulis.
c) Dispraksia
Seorang disleksia yang bermasalah dalam
koordinasi motor,mata dan tangan.
2. Nyatakan ciri-ciri kanak-kanak
disgrafia.
i. memiliki tulisan tangan yang sangat buruk.
ii. gagal untuk memproses maklumat seperti
menulis dengan cara terbalik dan tidak mengikut urutan.
iii. Proses penulisan mereka sangat perlahan
kerana kesukaran untuk mengeja, mengenal tanda baca dan mencampur adukkan
antara huruf dengan nombor dalam formula.
3. Nyatakan punca-punca masalah Terencat
akal?
i. Faktor prenatal (sebelum kelahiran)
ii. Faktor perinatal (semasa kelahiran)
iii. Faktor postnatal (selepas kelahiran)
4. Nyatakan
perkara yang membantu untuk mengurangkan tics
i. Bersukan dan senaman
ii. Hobi
iii. Aktiviti-aktiviti berkreativiti seperti
menulis, lukisan, atau muzik
iv. Kaunseling psikologi
v. Perkhidmatan terapi seperti Snoozelen, Aroma, Muzik,
Pergerakan Kreatif
5. Huraikan
Program untuk bayi dan kanak-kanak terencat akal.
1. Model Home- Based
Kanak-kanak menerima
perkhidmatam di rumah daripada ibubapa dengan bantuan ahli profesional bagi
mengenal pasti keperluan,memperkembangkan program pengajaran dan memantau
peningkatan.
2 Program center-based
Kanak-kanak terencat akal
mendapat perkhidmatan danpengajaran di pusat-pusat penjagaan daripada staf dan
ibu bapa.
3. Program combination home-center-based
Kanak-kanak menerima
pengajaran di rumah dan juga di pusat. Ibu bapa diberi latihan di pusat untuk
mengajar anakmereka di rumah. Staf-staf akan melawat ke rumah untuk membuat
pemantauandan membincangkan perkembangan anak mereka.
12.3 SOALAN ESEI
1. Pada
pandangan anda apakah pendekatan yang sesuai untuk mengajar kanak-kanak yang
mengalami masalah disgrafia?
11) Isu Ruang: Menggunakan pensel sebagai alat menjarakkan setiap
ayat.
12) Keseragaman huruf: Menggunakan buku petak atau bergaris.
13) Terapi Pasir: Menulis perkataan dalam
pasir dengan besar supaya membandingkan perbezaan antara perkataan seperti b
dan d, m dan w.
14) Pembentukan huruf: Mengikuti kaedah
tatacara yang betul dalam menulis (huruf besar dan kecil).
15) Teknik pegangan pensel: Memegang pensel
mengikut kaedah yang betul dan selesa bagi murid.
16) Masalah ejaan: Membaca sambil menulis.
17) Perkataan tidak lengkap: Konsentrasi,
motivasi dan memberi masa yang lebih kepada murid untuk menulis berbanding
dengan murid yang lain.
18) Big Book : Menggalakan murid membaca Big
Book supaya mengenali perkataan dengan baik.
19) Permainan Wikki Stix : murid-murid membina
huruf-huruf daripada permainan ini.
20) Permainan dengan tanah liat: membina
huruf dan perkataan dengan menggunakan tanah liat dengan besar.
2. Terangkan apakah langkah pencegahan dan
pemulihan terencat akal?
1. ibu yang mengandung perlu mengelak daripada mengambil minum
beralkohol, merokok dan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan bayi dan ibu
sendiri. Para ibu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan bayi
berada dalam keadaan yang baik. Jika sesuatu masalah pada janin dapat dikesan awal, boleh menjalani rawatan
perubatan untuk mengatasi sebelum bayi lahir.
2. Tekanan mental dan fizikal yang dialami
oleh ibu boleh memberi kesan negatif kepada bayi dalam kandungan. Pakar perubatan perlu berhati-hati semasa
meyambut kelahiran ,mereka harus mengelak penggunaan peralatan yang boleh
mencederakan bayi. Contohnya penggunaan forseps. Oleh itu, langkah pencegahan
awal harus diambil untuk memastikan kelahiran bayi sihat.
3. Ibu bapa atau pihak tertentu perlu menjamin pesakit akan
menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
4. Ibu bapa sepatutnya menjamin pesakit diberi sokongan untuk
belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untuk membuat kerja harian dan
berfungsi seberapa normal yang boleh.
5. Ibu bapa memastikan bahawa semua masalah perubahan yang
berkaitan dengan kerencatan akal pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa
kesan sampingan.
6. Ibu bapa memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam
keadaan yang normal dan tidak terjadi kontraktur dan kelemahan.
7. Guru harus menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan
tahap pencapaian pesakit. Misalnya pesakit yang buta boleh dididik di sekolah
biasa dengan syarat-syarat tertentu.
3. Terangkan
masalah sampingan yang dihadapi oleh murid yang menghadapi masalah Taurette
Syndrome?
1. ADHD(Attention Deficit-Hyperactivity Disorder)
Masalah dengan menumpukan
perhatian, hiperaktif dankawalan impuls yang lemah akan wujud . Kanak-kanak
boleh menunjukkan tanda-tanda ADHD sebelum tics pertama muncul.
2. Masalah Pembelajaran
Kanak-kanak akan
mengalami masalah membaca, menulis atau pengiraan matematik, dan kesukaran membuat persepsi. Masalah-masalah ini
mempunyai tiada kaitan dengan tahap kecerdasan.
3.Masalah Pengawalan Tingkah
Laku Dan Emosi
Agresif,kemarahan, alasan
atau tindakan yang tidak sesuai dari segi persekitaraan sosial.
4 Kebimbangan
Kebimbangan atau
ketakutkan yang berlebihan, termasuk kebimbangan pemisahan , atau perasaan malu yang tinggi.
5 OCD (Obsessive-Compulsive
disorder)
Fikiran berulang-ulang,
yang tidak diingini atau mengganggu. Terdapat banyak jenis pemikiran
keterlaluan, termasuk kebimbangan yang tinggi tentang tindakan yang dilakukan
betul atau tidak, fikiran bercanggah
dengan agama, pemikiran seksual atau agresif.
6 Masalah Mood
Tempoh kemurungan atau
mood yang tinggi menyebabkan perubahan dalam tingkah laku.
7 Masalah tidur
Berjalan atau bercakap
apabila tidur dan kencing malam
No comments:
Post a Comment