Tuesday, May 19, 2015

TERAPI SENI



1.0  Pengenalan kepada terapi
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus perubatan Mosley (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Dalam konteks pendidikan khas pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu. Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.
Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.  
      Antara kepentingan terapi ialah meningkatkan daya pengamatan murid-murid, merangsang mereka untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi. Sosial dan psikomotor mereka. Selain daripada itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan (G. Eliana, 2008, S. Pengily, 2008;                 Z. Ibrahim, 2009)

2.0  Pengenalan kepada terapi seni
2.1  Pengenalan kepada terapi seni
Secara umumnya, seni boleh dijelaskan sebagai hasil karya yang dihasilkan oleh manusia untuk melahirkan emosi, perasaan mereka sama ada suka, sedih, marah, gembira dan sebagainya. Manakala, definisi terapi dalam konteks pendidikan pula ialah satu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Jelaslah bahawa, terapi seni merupakan satu profesion perkhidmatan kemanusiaan yang menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni, dan tindak balas klien untuk menghasilkan produk. Selain itu, terapi seni turut mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. (http://myais,fsktm.um.edu.my/4794/1/3.pdf). Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.
Terapi seni juga adalah berdasarkan kepada pengetahuan tentang teori perkembangan dan psikologi manusia yang dilakukan sepenuhnya mengikut penilaian dan rawatan model spectrum termasuk pendidikan, psikodinamik, kognitif, dan transpersonal. Terapi ini juga berpotensi untuk mendamaikan konflik emosi dalaman seseorang, mendidik keinsafan diri, dan memperkembangkan kemahiran sosial, mengurus tingkah laku, menyelesaikan masalah, kenyataan dan meninggikan sanjungan diri. (http://www.scribd.com/doc/22517431/kreativitidalamseniareniq)
Manakala dalam American Art Theraphy Association Inc menjelaskan bahawa, terapi seni merupakan satu kaedah terapuetik yang menggunakan seni melalui hubungan profesional oleh individu yang mempunyai pengalaman kesakitan, trauma atau cabaran hidup dan individu yang mencari perkembangan kendiri.
“ A form of theraphy in which the making of visual images in the presence of a qualified art theraphist contributes toward externalization of thoughts and feelings, which may otherwise remain unexpressed. The images may have a diagnostic as well as a therapheutic function in that they provide the patient and the therapist with a visible record of the session and give indicators for further treatment”

Jelaslah bahawa penggunaan terapi menggunakan aktiviti seni adalah salah satu terapi untuk membantu kanak-kanak yang tidak dapat melahirkan pemikiran dan perasaan kepada persekitaraan mereka.  Manakala , terapi seni dalam pendidikan khas diajar kepada kanak-kanak bekeperluan khas adalah untuk memperkembangkan emosi dan perasaan dalam  kehidupan seseorang. Kanak-kanak ini bekeperluan khas perlu diberi peluang untuk meneroka bidang seni menggunakan pelbagai alat seni seperti mewarna, mencorak dan membatik.  Tujuannya adalah untuk melahirkan idea dan kreativiti kanak-kanak ini. Sifat ini amat penting untuk membantu kanak-kanak bekeperluan khas berkarya, berkomunikasi, dan memgukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini  akan dapat membantu menjadikan pembelajaran mereka ke arah yang lebih berkesan dan bermakna.

2.2  Strategi  pengajaran dan pembelajaran

Selain guru pendidika khas, ibu bapa juga perlu mempunyai kemahiran untuk mengesan bakat dan minat kanak-kanak bekeperluan khas. Usaha daripada semua dapat mencungkil dan mengenalpasti kreativiti yang terpendam di dalam diri kanak-kanak ini. Melalui mata pelajaran pendidikan seni, guru pendidikan khas perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dengan mata pelajaran lain, bagi meningkatkan potensi murid bekeperluan khas yang dikenalpasti potensinya. Manakala, ibu bapa boleh mengesan bakat dan kreativiti anak mereka melalui pemerhatian dan aktiviti sewaktu di rumah. Penggunaan strategi yang bersesuaian dengan isi kandungan pengajaran adalah digalakkan bagi memupuk bakat dan minat murid.
Pemilihan dan penentuan aktiviti seni hendaklah bersesuaian dengan murid berdasarkan kepada pengalaman yang dialami, tahap daya imaginasi mereka serta, jenis peralatan dan bahan yang digunakan. Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan murid. Kegiatan yang menarik minat serta mampu mencetus idea melalui aktiviti amatlah digalakkan, sama ada secara manual atau berbantukan penggunaan komputer.

3.0  Membentuk Dan Membuat Binaan Menggunakan Tanah Liat/Clay

Tanah liat seperti air dan pasir mempunyai tarikan semula jadi. Kanak-kanak seronok bermain dengan medium asas ini kerana tidak ada pemisahan antara mereka dan pekerjaan mereka. Tanah liat adalah terbuka, mudah dibentuk, dan tahan lama yang sesuai untuk perkembangan kurikulum untuk kanak-kanak. Aktiviti tanah liat menyokong perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran kanak-kanak dengan memberi peluang yang luas supaya meneroka bahan yang sangat dinamik serta mengembangkan kefahaman dan menguji pemahaman mereka melalui pengalaman langsung kanak-kanak(Berk, 2008; Smith & Goldhaber,2004). kanak-kanak juga membina pengetahuan tentang  tanah liat melalui pendekatan kendiri mereka untuk berinteraksi dengan tanah liat.
Penggunaan tanah liat dapat meningkatkan ketangkasan menggunakan kedua-dua otot kecil dan besar. Kanak-kanak menggunakan tangan, belakang dan bahu untuk membentuk tanah liat. Bekerja dengan tanah liat juga meningkatkan koordinasi mata-tangan kanak-kanak.
Imaginasi kanak-kanak juga dirangsang melalui penggunaan tanah liat. Mereka meregangkan minda mereka untuk mengembangkan idea-idea baru untuk hal-hal untuk membuat dan cara-cara baru untuk menggunakan tanah liat dan alat-alat. Kelas seni, seperti tanah liat, menyokong pembangunan kreativiti pada usia yang muda. Seorang kanak-kanak yang belajar pada usia yang muda yang apa-apa yang dapat dibayangkan dapat dibuat adalah lebih cenderung untuk menjadi lebih kreatif dan pintar daripada kanak-kanak yang hanya bermain dengan mainan pembuatan.

4.0 Aktiviti Seni

  1. Merenjis
Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan  adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Menurut  Kamus  Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan.

  1. Capan
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.
 
  1. Mewarna
Mewarna adalah alat pendidikan yang kuat yang merangsang pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Ia merupakan satu aktiviti yang penting yang meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak dan meningkatkan pertumbuhan mental mereka. Aktiviti mewarna salah satu aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Kanak-kanak kecil mendapatkan diperkenalkan kepada konsep melalui aktiviti menulis itu. Ia melibatkan memberikan mereka apa-apa kayu warna dan menjadikan mereka menggunakannya tanpa tujuan di kertas yang kosong. Mereka juga menikmati menulis di akhbar, buku, dan walaupun dinding. Garis-garis berwarna yang muncul sebagai hasil dari aktiviti mereka memberikan mereka rasa pencapaian.
Kebaikan daripada aktiviti mewarna ialah meningkatkan tahap tumpuan kanak-kanak, mengembangkan kemahiran motor kasar dan halus, mengenalkan kepelbagaian warna kepada kanak-kanak dan mencungkil daya kreativiti.



No comments:

Post a Comment