Tuesday, May 19, 2015

PERANCANGAN STRATEGIK

PERANCANGAN STRATEGIK

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKI)
SMK MALIM NAWAR
1      PENGENALAN
Perancangan strategik ialah suatu pelan khas yang disusun secara teliti untuk mencapai objektif jangka masa 3 tahun hingga 5 tahun. Jangka masa yang dibuat bergantung kepada keperluan murid PPKI di sekolah berkenaan.
Perancangan strategik adalah berasaskan Sukatan Pelajaran PPKIBP yang merangkumi bidang-bidang seperti Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi, Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni serta Sosial, Riadah Dan Kreativiti. Jawatankuasa Perancangan Strategik haruslah terdiri daripada guru-guru PPKIBP dan Pengetua/ Guru Besar sekolah. Jawatankuasa Perancangan Strategik perlulah bijak memberi idea untuk aktiviti atau program yang boleh dijadikan hala tuju serta boleh dilaksanakan bagi mencapai matlamat perancangan tersebut. Perancangan Strategik adalah ekspektasi daripada guru, ibu bapa dan murid. Melalui perincian Perancangan Strategik, aktiviti atau program dan kaedah serta taktikal boleh ditentukan bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditentukan.

Analisis SWOT ialah model kajian yang sesuai untuk Perancangan Strategik. SWOT ialah strength (Kekuatan), weakness (Kelemahan), opportunity (Peluang), treat (Ancaman).  Perancangan Strategik yang baik ialah perancangan yang memenuhi keperluan seorang murid PPKIBP, serta boleh dilaksanakan secara sistematik berasaskan kajian tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

2.       OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kecekapan guru dalam pengurusan dan pengajaran kelas Program
      Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran(PPKIBP).
2.2 Meningkatkan kualiti P&P PPKIBP.
2.3 Ibu bapa murid akan memperolehi gambaran lebih awal tentang kemahiran-
      kemahiran yang akan dikuasai oleh anak mereka dalam tempoh
      persekolahan.
2.4 Menggalakan guru sentiasa membuat kajian dari masa ke semasa tentang
      P&P terutama menyediakan RPI berasaskan Perancangan Strategik.


3.      KEPENTINGAN PERANCANGAN STRATEGIK

3.1  Masalah bagi mencapai sesuatu objektif  program dapat diatasi kerana maklumat  yang berkaitan   
dengan objektif tersebut akan dianalisiskan berasaskan  analisis SWOT.
3.2  Guru PPKIBP dapat mengenalpasti kelemahan, kekuatan, cabaran dan  peluang terhadap sesuatu pengurusan, P&P serta kemahiran khusus untuk  murid PPKIBP.
3.3  Segala perancangan  yang bekaitan dapat dilaksanakan secara tersusun dan sistematik
3.4   Memberi peluang kepada guru untuk mengurus sesuatu program atau aktiviti.

6. MENYENARAIKAN OBJEKTIF MENGIKUT KEUTAMAAN

1.            Bidang Akademik Berfungsi / Bahasa
·   Bahasa Malaysia
·   Bahasa Inggeris
·   Matematik
2.            Bidang Akademik Pengurusan Kehidupan
·         Kemahiran hidup
Ø  Perkebunan
Ø  Masakan
Ø  Asas Dobi
Ø  Jahitan
3.            Bidang Kerohanian Dan Nilai Murni
·         Pendidikan Agama Islam
·         Pendidikan Moral
4.            Bidang Sosial,Riadah Dan Kreativiti
·   Pendidikan Seni
·   Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
·   Sains

               

No comments:

Post a Comment