Apakah yang dimaksudkan dengan AR?
Kebelakangan
ini, terdapat pelbagai teknologi yang telah diintegrasikan dalam dalam arena
pendidikan seperti penggunaan komputer, internet, e-pembelajaran, web sosial,
simulasi dan antara teknologi terkini
peranti mudah alih, teknologi imersif seperti dunia maya dan augmented reality (AR) (Dror, 2008; Martin et al., 2011). AR merupakan salah satu teknologi baru yang menjanjikan
potensi yang besar untuk digunakan dalam
dunia pendidikan kini. Walaupun kebelakangan ini AR semakin mendapat perhatian
ramai, tetapi istilah AR
masih di beri pentakrifan yang
berbeza-beza oleh penyelidik dari bidang sains komputer dan teknologi
pendidikan.
Penciptanya
(Milgram et al., 1994) mendefinisikan AR sebagai keadaan dimana pengguna dapat
melihat gabungan
objek maya dan dunia sebenar dalam masa
nyata. Sekiranya dengan persekitaran maya yang dapat imersifkan pengguna sepenuhnya ke dalam persekitaran ciptaannya dan
semasa imersif pengguna tidak dapat melihat persekitaran
dunia nyata di sekelilingnya, di sebaliknya AR dari perspektif yang berbeza
membolehkan pengguna
untuk melihat persekitaran dunia nyata
bersama-sama dengan objek maya yang dijanakan. Oleh itu, AR dikatakan penambahbaikan kepada persekitaran nyata bukan menggantikan
dengan persekitaran baru.
Selain
itu, terdapat juga
beberapa penyelidik yang memberikan
definisi AR berdasarkan ciri-cirinya. Sebagai contoh Azuma (1997), Kaufmann (2003) dan Zhou et al. (2008) yang mendefinisikan
AR berdasarkan tiga ciri-ciri yang dimiliki oleh AR iaitu gabungan elemen maya dan dunia sebenar, dilarikan dalam masa nyata dan secara
interaktif dan didaftarkan dalam bentuk
3 Dimensi (3D). Takrifan yang hampir sama dicadangkan oleh Höllerer and Feiner
(2004), yang mendefinisikan AR sebagai sistem yang menggabungkan
maklumat sebenar dan maklumat yang dijanakan oleh komputer
(objek maya) dalam persekitaran sebenar, berinteraksi dengan objek maya
tersebut secara masa nyata, dan
memaparkan orientasi objek maya yang
selaras dengan objek sebenar.
Sementara itu, Ludwig dan Reimann (2005) menyatakan
bahawa AR boleh didefinisikan sebagai interaksi manusia-komputer di mana berlakunya
situasi menambahkan objek maya ke dalam persekitaran sebenar yang dipaparkan oleh kamera
video dalam masa nyata. Oleh itu untuk memahami konsep AR, definisi yang diterima
dan dirujuk majoriti penyelidik sehingga kini adalah merupakan satu visualisasi
yang dinamakan sebagai “Milgram Reality-Virtuality Continuum” (lihat
Rajah 1.) yang dihasilkan oleh Milgram et al. (1994).
Reality-Virtuality
Continuum merupakan skala yang terdiri daripada persekitaran
yang benar-benar nyata (reality) yang kita boleh perhatikan semasa
melihat dunia sebenar, kepada persekitaran yang sepenuhnya maya (virtuality).
Di dalam continuum ini ruang di antara persekitaran sebenar dan persekitaran
maya dinamakan sebagai realiti campuran (mixed reality, MR). Seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1, MR dapat didefinisikan sebagai persekitaran
dimana dunia sebenar dan dunia maya di gabungkan bersama. MR terdiri daripada
dua elemen utama: elemen pertama adalah AR dan augmented virtuality (AV).
AR merupakan gabungan objek sebenar dan maya serta mengandungi sejumlah kecil
maklumat maya manakala AV merupakan konsep di mana elemen sebenar (realiti)
ditambahkan ke persekitaran maya dan mengandungi sejumlah besar maklumat maya.
Pada pendapat saya, AR boleh dedefinisikan Augmented Reality atau lebih
dikenali dengan panggilan AR daripada
bacaan saya sebagai satu sistem yang menggabungkan dunia sebenar dengan objek
maya iaitu objek yang dihasilkan oleh komputer pada ruangan dunia sebenar.
Selain
itu, Menurut New Media Consortium (NMC) dalam
Horizon Reports yang terbaru (NMC
2010, 2011 dan 2012), AR atau Augumented Reality berpotensi dan memberikan impak positif terhadap P&P. Walau bagaimanapun,
jika dibandingkan dengan teknologi lain seperti multimedia dan pembelajaran
atas talian, penyelidikan tentang penggunaan AR dalam pendidikan masih lagi di
peringkat awal. Dalam bidang pendidikan, usaha
mempertingkatkan keberkesanan integrasi teknologi dalam P&P terus dijalankan bagi
melahirkan modal insan yang professional menerusi sistem pendidikan yang
berkualiti dan sentiasa
peka
dengan perkembangan teknologi semasa. Seiring dengan perkembangan zaman, kini
teknologi telah
berkembang
pesat dan semakin canggih. Dengan keadaan sedemikian membuatkan kebanyakan
pendidik ingin menggunakan
teknologi baru untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.
Kesimpulannya, AR merupakan antara
teknologi terkini
yang
mempunyai potensi yang besar dan semakin dikenali oleh penyelidik dalam bidang
pendidikan. Dengan
keupayaan
menggabungkan dunia maya dan nyata secara bersama telah berjaya menghasilkan
satu pendekatan baru
untuk
mempertingkatkan kualiti aktiviti P&P yang dijalankan. Ramai penyelidik
berpendapat bahawa AR sangat
berpontensi
dan mampu memberikan manfaat yang besar untuk diaplikasikan ke dalam
persekitaran pengajaran dan
pembelajaran
terutamanya dalam bidang Sains (Billinghurst, 2002; Klopfer & Squire, 2008;
Shelton & Hedley,
2002).
TERIMA KASIH CIKGU DI ATAS PERKONGSIAN.
ReplyDelete