Meningkatkan
Tahap Pembentukan Huruf Murid
Disgrafia Dalam Bahasa Malaysia Dengan
Menggunakan Teknik Belajar Melalui Bermain
ABSTRAK
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran
iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik
pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Manakala, Kanak-kanak disgrafia pula bermakna seorang kanak-kanak disleksia yang
bermasalah dalam menulis. Oleh itu mereka memerlukan bahan bantu belajar yang
bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka yang tidak sama dengan bahan yang
disediakan untuk kanak-kanak lain. Salah satu daripada masalah kanak-kanak
disgrafia ialah masalah kekemasan tulisan. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap
pembentukan huruf murid disgrafia dalam subjek Bahasa Malaysia. Responden dalam
kajian ini terdiri daripada dua murid dari Pendidikan Khas 2 (Mawar) di Sekolah
Jenis Kebangsaan (Tamil) Melaka Kubu, Melaka. Data dikumpulkan menggunakan
instrumen-instrumen seperti Pemerhatian dan Analisis Dokumen. Tindakan yang
dijalankan dalam kajian ini ialah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Bahasa malaysia bagi memperbaiki pembentukan huruf dan mengenalpasti
perbezaan huruf responden dengan menggunakan Teknik Belajar Melalui Bermain .
Dapatan hasil analisis telah menunjukkan bahawa terdapat penurunan masalah yang
nyata daripada Senarai semak borang pemerhatian menurut Sasson (1993). Ini
sekaligus membuktikan penurunan masalah responden melalui dapatan hasil
analisis perbezaan antara senarai semak sebelum intervensi dan selepas
intervensi. Kesimpulannya, penyelidik mendapati Teknik Belajar Melalui Bermain
dapat membantu responden memperbaiki masalah pembentukan huruf dan perbezaan
antara huruf bagi menguasai Kemahiran Menulis.
Kata
Kunci: Disgrafia, Masalah
Menulis,Belajar Melalui Bermain
ABSTRACT
Dyslexia is a learning disability that difficulties with
literacy , reading, writing, listening and speaking despite adequate teaching
and culture is the perfect opportunity . Meanwhile , Child disgrafia mean that
a dyslexic children having problems in writing . Therefore they need teaching
aids that are appropriate to their learning styles are not the same as the
materials available to other children . One of the problems of children
disgrafia is neat handwriting problems . This study was conducted to enhance
the formation of student character disgrafia in Bahasa Malaysia. Respondents in
this study consists of two students from the Special Education Class in the SJK
(T) Melaka Kubu, Melaka. Data were collected using instruments such as
observation and document analysis . Actions carried out in this study is to
implement the teaching and learning of Malay language to improve letter
formation and recognize the different letters respondents using techniques Learn
Through Play . The findings of the analysis has shown that there is a
significant reduction of problem checklist observation form according to Sasson
( 1993 ) . This goes to prove the decline of respondents problems through the
analysis of the findings is the difference between a check list before the
intervention and after the intervention . In conclusion , the researchers found
Technique to Learn Through Play can help respondents to improve literacy and
problem formulation to capture the difference between the letter writing skills
.
Keywords: Dysgraphia, Writing Problem,
Learning Through Play
BAB
1
1.0
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1.1.1 Kemahiran Menulis
Kemahiran
menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa.
Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu menguasai kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran membaca. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berusaha untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Dalam
perkembangan unsur intelek, ciri kemahiran asas 4M, iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul amat dititikberatkan (Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013-2025).
Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen,
pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun
pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal. Definisi menulis menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan
memakai pena seperti kalam, kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu,
menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan
catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.
Masalah murid
dalam pembelajaran terutamanya dalam penulisan merupakan satu isu yang perlu
dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Isu ini
merupakan masalah yang umum bagi murid-murid sekolah. Masalah kemahiran tulisan
mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang
bermasalah pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Smith (1998) menjelaskan
bahawa ramai murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis dan
kemahiran tulisan mekanis ini memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa
ke dalam sistem simbol. Pengamatan terhadap bentuk-bentuk huruf yang pelbagai
dan mengikut kategori huruf besar dan kecil banyak memberi kesan kepada murid
pendidikan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas sering terikat dengan masalah
Penguasaan Kemahiran Asas 4m iaitu (membaca, menulis, mengira dan menaakul).
1.1.2 Disgrafia
Dalam kajian penyelidik, masalah murid yang dikenalpasti berdasarkan masalah
penulisan tangan terutamanya tulisan tangan yang buruk, tidak konsisten dan
seragam, masalah dalam penggunaan ruang dan jarak, huruf, perkataan atau ayat
tertinggal, dan kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai dalam ayat dikaitkan dengan disgrafia.
Definisi bagi disgrafia adalah luas dan
lazimnya ditakrifkan sebagai masalah pembelajaran yang sering dikaitkan dengan
kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan sukar
dibaca serta bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Ini adalah
kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran
memproses maklumat (Deuel, 1995). Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini
adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat
apabila menulis atau menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam
perkataan contohnya, (“Sabtu” kepada “sabut”),
ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam serta menunjukkan
ciri-ciri tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis pada papan
putih dan membaca.
1.1.2.1 Klasifikasi Dalam Disgrafia
Klasifikasi
disgraphia dibahagi melalui spesifik dan tidak spesifik
(http://www.margaretkay.com/Dysgraphia.htm, December 15 2008) Spesifik
disgraphia menyumbang kepada tidak keupayaan mengeja, koordinasi motor dan
ketidakupayaan dalam pertuturan. Manakala disgraphia yang tidak spesifik adalah
seperti kerencatan, psikososial yang tidak cukup atau kehadiran ke sekolah yang
teruk (Kay 2004). Terdapat tiga klasifikasi dalam kategori disgraphia ini iaitu
disleksia disgrafia, motor disgrafia, dan ruang disgrafia (Deuel 1995).
Kategori
yang pertama adalah disleksia disgrafia. Kanak-kanak yang mengalami kategori
ini tidak dapat membaca walaupun teks yang spontan diberikan kepada mereka,
lebih-lebih lagi apabila diberi teks yang lebih kompleks. Mereka juga mengalami
masalah dalam ejaan lisan tetapi melukis dan penyalinan teks bertulis adalah
normal. Manakala kelajuan Finger-tapping iaitu sutu ukuran untuk kelajuan motor
juga normal (Deuel 1995).
Klasifikasi
kedua pula adalah motor disgrafia. Kanak-kanak yang mengalami kategori ini pula
tidak dapat membaca walaupun secara spontan, kedua-dua teks yang disalin
manakala teks yang ditulis juga tidak dapat dibaca. Namun, ejaan secara lisan
adalah normal. Mereka juga mengalami masalah dalam melukis dan kelajuan
Finger-tapping adalah tidak normal (Deuel 1995).
Akhirnya,
Kategori ketiga adalah ruang disgrafia orang yang mempunyai disgraphia ketegori
ini, tidak boleh membaca tulisan yang dipaparkan, sama ada dibaca dengan
spontan atau disalinkan. Ejaan lisan adalah normal. Kelajuan Finger-tapping
adalah normal, tetapi melukis merupakan satu masalah bagi mereka (Deuel 1995)
Secara umumnya, proses dalam pengajaran
dan pembelajaran
banyak menumpukan kepada satu kaedah yang sesuai bagi murid
pendidikan khas. Proses mengajar akan lebih mencabar dengan beberapa
pengubahsuaian dalam
pengajaran dan pembelajaran. Murid perlu dibimbing dan
memerlukan tunjuk ajar yang lebih dan ini akan dapat
membantu murid. Murid pendidikan khas kebanyakannya boleh menulis tetapi
sesetengahnya dalam
cara yang tidak betul. Cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan (Sassoon, 1993). Dalam mengajar
celik huruf, kadang-kadang guru kurang memberi perhatian
kepada pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul. Sassoon
(1993) mendapati
guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di
kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf
mengikut pergerakan yang
betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan
perkataan. Pendedahan kepada cara dan teknik menulis yang
betul pada peringkat awal membantu murid
membentuk kemahiran dalam menulis. Ini termasuklah dalam keseragaman tulisan,
tatacara menulis yang betul dan tumpuan dalam menulis.
Kanak-kanak disgrafia ini juga perlu
dibimbing mengggunakan teknik-teknik yang sesuai agar masalah menguasai
kemahiran asas menulis dapat dikurangkan. Kekurangan dari segi kemahiran
menulis terutamanya tulisan tangan yang buruk boleh membawa kepada pandangan
yang buruk terhadap murid. Rasa rendah diri dan kurang keyakinan terutamanya
apabila menulis di hadapan rakan - rakan lain dan guru boleh membantutkan
proses pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan murid tersebut.
1.1.3 Teknik Belajar Melalui Bermain
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan
mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran
yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendahraan
dan peraturan tatabahasa.
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi
Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada
murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan
terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip
belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak.
Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum),
belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur
bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,
menggembirakan dan bermakna
Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan
perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan
sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model
pendidikan awal kanak-kanak.
1.1.3.1 Definisi Main
Main atau bermain secara amnya boleh
didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan
kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.
Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau
mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi
kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau
tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah
merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila
sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai
mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai
yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak.
Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada
kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman
katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang
negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja
mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih
sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main
dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.
Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting
bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan
sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi
dan ketangkasan seseorang murid. Dari aspek psikoanalisis, mengikut
Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan
dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk
berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).
Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di
arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa
bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak
mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan
secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan
Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).
Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan,
peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam
pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah
teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan
sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia
merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan
kegembiraan dan keseronokan.
1.2
Penyataan
Masalah
Salah
satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis
diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan
tulisan buruk, dan selalunya marah kerana terpaksa memeriksa beratus-ratus
halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak dibaca. Kategori kanak-kanak bermasalah
pembelajaran (KKBP) adalah Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD), Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah
Pembelajaran Spesifik (Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia 2011).
Murid-murid bermasalah pembelajaran ini menghadapi pelbagai masalah yang
berpunca daripada ketidakupayaan pembelajaran telah mempengaruhi pencapaian
mereka dalam bidang akademik secara tidak langsung (Mohd Hanafi, Mohd Mokhtar,
Lokman, Md. Amin, Fauzi, Zawawi & Kamarudin 2010).
Kajian ini bermula apabila penyelidik
memulakan latihan mengajar di Kelas Pendidikan Khas 2 (Mawar). Terdapat dua
orang murid dari Kelas Pendidikan Khas 2 (Mawar) yang belajar subjek Bahasa
Malaysia. Murid-murid yang
mempunyai masalah kemahiran menulis biasanya mempunyai masalah membaca.
Jenis-jenis masalah tulisan yang dikenalpasti oleh
penyelidik ialah mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat, pembalikan
kedudukan huruf dalam perkataan, contohnya, (“dan” kepada “ban”) dan
mencampuradukan huruf besar dan huruf kecil. Oleh kerana itu,
penyelidik bertekad untuk membantunya
memperbaiki tulisannya agar mereka dapat menulisnya dengan kemas dan betul.
Bagi menangani masalah mereka itu, mereka perlu mengenalpasti perbezaan huruf
antara besar dan kecil.
1.3
Tujuan
Kajian
Tujuan
kajian ini dijalankan untuk menangani masalah mencampuradukan huruf besar dan
kecil dan memperkenalkan perbezaan bentuk huruf (b dan d, m dan w , p dan q )
murid-murid yang berkeperluan khas bermasalah pembelajaran dalam Pendidikan
Khas di Malaysia bagi menangani masalah kemahiran asas sebelum membetulkan
kekemasan tulisan. Pada pandangan saya, asas menulis ialah pembentukan
simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Oleh itu kemahiran asas dalam penulisan
berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang,
jelas dan lengkap. Maka, asas yang kukuh dapat meningkatkan kemahiran menulis
yang baik.
1.4 Persoalan Kajian
i.
Bagaimanakah Teknik Belajar Melalui Bermain yang
digunakan bagi menangani masalah mengenalpasti perbezaan huruf dalam kalangan murid disgrafia?
ii.
Bagaimanakah latar belakang murid disgrafia yang mengalami masalah
mengenalpasti perbezaan huruf?
iii.
Apakah keperluan Teknik Belajar Melalui Bermain dalam
menangani masalah kekemasan tulisan murid disgrafia?
BAB
2
2.0
KAJIAN
LITERATUR
Kajian ini dijalankan dengan merujuk beberapa kajian dan
teori. Disgrafia merupakan masalah
pembelajaran spesifik yang mempengaruhi kemahiran tulisan dan pengaplikasian
kemahiran menulis untuk menjana idea. Banyak kajian berkaitan disgrafia telah
dijalankan. Beberapa kajian berkaitan dengan kemahiran menulis seperti berikut.
2.1
Kajian Adi-Japha (2007)
Adi-Japha et al. (2007) telah
membuat kajian ke atas kanak-kanak Attention/Deficit
Hiperactivity Disorder (ADHD) mengalami disleksia yang mempunyai
masalah mengeja dan menulis. Kajian ini mendapati kanak-kanak Attention/Deficit Hiperactivity Disorder
(ADHD)
disleksia mempunyai masalah dalam kesalahan ejaan di samping penambahan,
penggantian dan pelenyapan perkataan atau huruf.
2.2 Kajian Auclair, Sieroff dan Kocer (2008)
Di samping itu, kajian
oleh Auclair, Sieroff dan Kocer (2008) tentang seorang kanak-kanak perempuan
berumur lapan tahun menghidapi penyakit Wilson yang mengalami disgrafia mendapati
kanak-kanak tersebut telah mengabaikan ruang semasa menulis. Manakala kajian oleh
Rosebek, McNeil, Teetson, Odell dan Collins (1980) pula mendapati bahawa
kanak-kanak yang mengalami disgrafia menunjukkan beberapa masalah dalam tulisan
iaitu pembalikan huruf, transposisi huruf, masalah menyalin semula huruf ‘M’,
‘N’, ‘W’ dan ‘U’, penggantian huruf dan pelenyapan huruf.
2.3 Kajian Grave (1983)
Grave (1983) menyatakan
bahawa murid sekurang - kurangnya mesti menulis setiap hari atau minimun empat hari
dalam seminggu yang mana pada hari-hari menulis sekurang-kurangnya 30 minit
sesi menulis. Guru perlu menilai prestasi murid dengan apa yang telah ditulis
oleh murid dengan menyuruh mereka membaca apa yang telah ditulis. Dengan ini
murid akan lebih memahami dan menilai apa yang ditulis dan apa yang difahami.
Bagi Graves, disgrafia ini terbahagi kepada dua kategori iaitu visual dan audio.
2.4 Kajian Yusof Bin Hj.
Malie & Walter Alvin Jiniti (2010)
Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010) menyatakan bahawa teknik
dalam perubahan tingkah laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan
menyebut dan menulis memberi kesan yang baik kepada murid dalam menyalin dan
membina ayat yang lengkap dan sempurna. Penggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan
berterusan kepada murid agar
koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan serta keseragaman penulisan tersebut. Menulis bukanlah kemahiran
yang mudah kepada kanak-kanak. Jika kaedah mengajar yang betul tidak diamalkan
mungkin kanak-kanak akan terus membentuk huruf dengan menggunakan pergerakan
yang salah. Menulis juga akan menjadi aktiviti yang tidak disukai kerana
kanak-kanak tidak dapat mengawal alat tulis dan posisi tangan dan dan badan
tidak selesa kepada kanak-kanak.
2.5 Kajian Lucas (1980)
Kajian lalu
mengesahkan terdapat hubungan antara cara menulis dan tulisan yang dihasilkan.
Lucas (1980) mendapati terdapat empat kesilapan ketika memegang alat tulis
iaitu posisi lengan, penggunaan ibu jari dan jari ketika menyokong dan
menggerakan alat tulis. Faktor ini mempengaruhi kualiti menggaris dan membentuk
huruf. Dari pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa guru-guru jarang mengajar
murid cara untuk memegang alat tulis. Selain daripada cara memegang alat tulis,
posisi lengan juga tidak pernah diberi perhatian. Kebanyakkan berpendapat
bahawa murid belajar sendiri melalui pengalaman. Kenyataan ini ternyata salah
kerana cara memegang alat tulis akan mempengaruhi tulisan yang dihasilkan .
Pembentukan huruf juga memerlukan tunjuk cara dan panduan.
2.6 Kajian Ziviani
(1983)
Terdapat pelbagai cara memegang alat tulis yang dicadangkan dalam
buku-buku dan kajian yang dinyatakan oleh pakar. Salah seorang pakar Kajian
iaitu Ziviani (1983) cara memegang alat tulis yang betul adalah seperti ibu
jari dibengkukkan supaya bahagian atas membentuk sudut tepat dengan bahagian
bawah pensel mesti dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku
hamper menyentuh pensel dengan seboleh-bolehnya ibu jari diletakkan bawah
pensel. Ziviani (1983) menunjukkan kepantasan menulis mempunyai kaitan dengan
cara memegang pensel.
2.7 Kajian Tseng, Mei Hui & Cermak
, Sharon (1991)
Tseng,
Mei Hui & Cermak , Sharon (1991) menekankan beberapa faktor yang menyebabkan
tulisan sukar dibaca seperti pembentukan huruf yang tidak betul, saiz huruf
yang tidak konsisten dan ruang antara perkataandan huruf yang tidak konsisten.
Menulis merupakan medium penting bukan sahaja kepada kanak-kanak malah kepada
orang dewasa untuk melahirkan pemikirkan dan kreativiti mereka. Kanak-kanak
perlu menulis ketika merekod, berkomunikasi, menjelaskan fikiran dan ketika
mempamerkan kreativiti. Murid juga terpaksa menulis jawapan ketika menghadapi
peperiksaan umum. Tulisan yang buruk
akan mempengaruhi permeriksa ketika memeriksa skrip jawapan murid.
2.8 Kajian Sasson (1989)
Sassoon (1989) menegaskan tujuan
dan keutamaan mengajar menulis adalah seperti tulisan mestilah mudah dibaca
dengan huruf dibentuk dengan sempurna ligature diterima dan tulisan seimbang
dengan ruang antara perkataan yang sesuai. Keduanya , kepantasan menulis
mengikut keperluan dan kekemasa dan kecantikan tulisan.
BAB
3
3.0
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi merupakan aspek penting
bagi melakukan penyelidikan kajian. Ia bertujuan memastikan kaedah pengumpulan
data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak
dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan keadah
kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis
kajian yang dijalankan.
3.1
Kaedah Kajian
Jenis kajian kes yang dipilih
ialah Kajian Kes Intrinsik. Kajian kes intrinsik ini dijalankan apabila
pengkaji ingin memahami secara mendalam mengenai kes tertentu yang khusus.
Tumpuan kajian kes penyelidik adalah mengatasi masalah pembentukan dan
pengenalan huruf –huruf. Selain itu, Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
dan kualitatif. Ia dipilih berdasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan
mendalam Kajian Tseng, Mei Hui & Cermak , Sharon (1991) serta ingin mendapat gambaran
jelas berkaitan kajian Sasson (1989)
3.2 Sampel
Kajian
Kajian ini melibatkan dua orang murid dari Kelas Pendidikan Khas Dua Program
Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah
Jenis Kebangsaan (Tamil) Melaka Kubu. Responden murid berbangsa india.
Responden ialah seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua responden
berumur sembilan tahun. Responden ini merupakan golongan sederhana yang tinggal
di sekitar kawasan Bandaraya Melaka. Prestasi akademik bagi responden adalah
tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Jenis kecacatan yang
dialami oleh responden ialah Disleksia.
Khususnya responden mengalami masalah penulisan yang dikenali sebagai Dysgraphia
(Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam penulisan . Disgrafia
boleh dikenalpasti melalui gejala-gejala seperti, tulisan yang sukar dibaca,
tulisan yang tidak berkonsisten, tulisan kelama-lamaan semakin kabur, tulisan
kelihatan terbalik seperti dalam cermin, terdapat huruf-huruf yang dicicirkan
secara rawak, dan perkataan mungkin kelihatan terbalik. Melalui pemerhatian penyelidik yang dibuat, kenalpastian
perbezaan antara huruf juga agak lemah
oleh responden.
3.2.1 Profil Murid Responden A
PROFIL
MURID
NAMA
|
JANARTTHAN
A/L SUDAGAR
|
TARIKH
LAHIR
|
24
JUN 2005
|
JANTINA
|
LELAKI
|
TEMPAT
LAHIR
|
MELAKA
|
UMUR
|
9
TAHUN
|
SEKOLAH
|
SJK
(T) MELAKA KUBU, MELAKA
|
TARIKH
MASUK KE KELAS KHAS
|
1
JANUARI 2012
|
AGAMA
|
HINDU
|
BANGSA
|
INDIA
|
NOMBOR
OKU
|
LD/07/01/11/000065
|
JENIS
KETIDAKUPAYAAN
|
MASALAH
PEMBELAJARAN (DISLEKSIA)
|
BILANGAN
ADIK-BERADIK
|
6
ORANG
|
KEDUDUKAN
DALAM KELUARGA
|
ANAK
KE - 4
|
BAHASA
PERTUTURAN DI RUMAH
|
BAHASA TAMIL
|
KENDERAAN
KE SEKOLAH
|
MENAIKI
BUS
|
PEKERJAAN
AYAH
|
PEMANDU
LORI
|
PEKERJAAN
IBU
|
SURI
RUMAH
|
3.2.2 Profil Murid Responden B
PROFIL
MURID
RESPONDEN
B
NAMA
|
REMISHA
JULIAN A/P RAMAMOORTHY
|
TARIKH
LAHIR
|
31
JANUARI 2005
|
JANTINA
|
PEREMPUAN
|
TEMPAT
LAHIR
|
MELAKA
|
UMUR
|
9
TAHUN
|
SEKOLAH
|
SJK
(T) MELAKA KUBU, MELAKA
|
TARIKH
MASUK KE KELAS KHAS
|
1
JANUARI 2013
|
AGAMA
|
HINDU
|
BANGSA
|
INDIA
|
NOMBOR
OKU
|
LD/07/01/11/00097
|
JENIS
KETIDAKUPAYAAN
|
MASALAH
PEMBELAJARAN (DISLEKSIA)
|
BILANGAN
ADIK-BERADIK
|
4
ORANG
|
KEDUDUKAN
DALAM KELUARGA
|
ANAK
KE- 3
|
BAHASA
PERTUTURAN DI RUMAH
|
BAHASA
TAMIL
|
KENDERAAN
KE SEKOLAH
|
DIHANTAR
OLEH BAPA
|
PEKERJAAN
AYAH
|
PEMANDU
TEKSI
|
PEKERJAAN
IBU
|
PEKERJA
KILANG
|
3.3 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Melaka Kubu
yang mempunyai Program Khas Bermasalah
Pembelajaran.
3.4 Instrumen
Kajian
Data dikumpul dengan
menggunakan kaedah iaitu :
1. Pemerhatian secara non-participant
2. Analisis Dokumen
Dua
teknik pengumpulan data digunakan iaitu pemerhatian secara non-participant dan
Analisis Dokumen. Pemerhatian secara non-participant dijalankan dalam
proses P&P supaya mendapat gambaran yang sebenar berkaitan penggunaan huruf
yang betul dalam menulis ayat yang dibaca. Data yang diperoleh semasa
pemerhatian akan diperkukuhkan melalui analisis dokumen sebagai bukti kajian
supaya kesahan dan kebolehpercayaan kajian meningkat.
3.4.1 Pemerhatian secara non-participant
Kaedah yang
pertama ialah kaedah pemerhatian secara non participant. Dalam kaedah ini,
proses pemerhatian telah dilakukan ke atas responden. Pemerhatian merupakan salah satu jenis kaedah senarai
semak yang digunakan untuk memungut data kajian. Penyelidik akan
menggunakan kaedah pemerhatian berdasarkan pandangan Sassoon (1993) sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Teknik Belajar Melalui
Bermain ini. Tujuan utama kaedah pemerhatian ini dijalankan adalah untuk
melihat dan menilai keberkesanan Teknik Belajar Melalui Bermain ini sama ada
berjaya atau sebaliknya dalam usaha meningkatkan keberkesanan kekemasan tulisan.
Selain itu, kaedah pemerhatian ini
dijalankan juga adalah untuk melihat respon dan tingkah laku responden terhadap
Teknik Belajar Melalui Bermain. Responden telah diperhatikan
bermula dari Permainan Wikki Stix and Tanah Liat bagi membentuk
huruf dengan betul, menentukan saiz huruf dan perbezaan antara huruf besar dan
kecil. Teknik ini
memberi fokus kepada kesilapan yang dilakukan oleh responden semasa menulis.
Penyelidik melakukan pemerhatian ke atas responden secara individu selama dua minggu.
3.4.2 Analisis Dokumen
Kaedah kedua yang digunakan oleh penyelidik untuk
menyokong kaedah kajian yang disebutkan ialah Analisis Dokumen. Analisis
dokumen merupakan cara analisis data dengan cara mengumpukan data-data yang
berhubungan dengan objek yang akan diteliti dan diuji berdasarkan dokumen. Analisis dokumen juga
merupakan salah satu hal yang dapat membantu dalam perancangan atau
pengembangan sistem. Tujuan
dari analisis dokumen adalah untuk mengetahui dokumen apa saja yang terkait
dalam sistem serta hal-hal yang berkaitan dengan dokumen tersebut. Penyelidik
memilih analisis terhadap borang maklumat murid dengan dan juga sampel kerja
murid. Lembaran
kerja yang diberikan boleh membantu penyelidik melihat kesalahan-kesalahan perkataan
yang dilakukan oleh responden. Hal ini akan membantu penyelidik dalam analisis
hasil kerja responden
3.5 Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) (Lampiran 1 )
Kanak-kanak Khas seharusnya mempunyai program individunya
sendiri.Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang
hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut (Kauffman dan Hallahan, 2005). Oleh
itu sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bermula di
Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa
dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan dibeberapa buah negara
termasuk negara kita Malaysia dalam melaksanakan RPI murid-murid Khas perlu
mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti:
1)
Tahap pencapaian murid
yang terkini.
2)
Matlamat tahunan atau
pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
3) Objektif
jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah
berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan
4) Jenis
pendidikan Khas yang perlu disediakan oleh murid.
5) Jenis
perkhidmatan berkaitan(jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.
6) Jangka
masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.
7) Ketetapan
tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.
Rancangan Pendidikan Individu bagi responden A dan B
boleh dilihat dalam lampiran subjek komponen Bahasa Malaysia. Satu jangka
pendek ditetapkan bagi responden ini supaya mengatasi masalah pembentukan
huruf. Kesimpulannya, Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) adalah rancangan program penilaian berterusan untuk
seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program
pendidikan khas.
BAB 4
4.0
DAPATAN KAJIAN
4.1 Analisis Borang Pemerhatian Berdasarkan Sassoon
(1993)
Senarai semak
Borang Pemerhatian Berdasarkan Sassoon (1993) (Lampiran 2) ini dianalisis
menggunakan kaedah kuantitatif mudah iaitu dengan mendapatkan bilangan dan
perbezaan masalah responden yang mencatatkan skor melalui item-item yang telah
ditetapkan.
4.1.1
Sebelum Intervensi
( Responden A)
Jadual 4.1.1.1
Borang Pemerhatian Sebelum Intervensi
NO.
|
ITEM
|
YA
|
TIDAK
|
1
|
Bahagian
1(Pembentukan huruf)
|
||
i.
Bentuk huruf dan
tulisan tidak konsisten
|
/
|
||
ii.
Penggunaan huruf
besar dan huruf kecil masih bercampur
|
/
|
||
iii.
Perbezaan antara
huruf besar dengan huruf kecil
|
/
|
||
iv.
Keterbalikan huruf b
dan d
|
/
|
||
v.
Keterbalikan huruf m
dan w
|
/
|
||
vi.
Keterbalikan huruf p
dan q
|
/
|
Rajah 4.1.1.2 : Jadual Pencapaian
Murid Melalui Pemerhatian Senarai Semak Ujian sebelum intervensi
Item
|
Jumlah soalan
|
Ya
|
Tidak
|
Bahagian 1
|
6
|
5
|
1
|
Jumalah
|
6
|
5
|
1
|
( Responden B)
Jadual 4.1.1.3 Borang Pemerhatian
Sebelum Intervensi
NO.
|
ITEM
|
YA
|
TIDAK
|
1
|
Bahagian
1(Pembentukan huruf)
|
||
i.
Bentuk huruf dan
tulisan tidak konsisten
|
/
|
||
ii.
Penggunaan huruf
besar dan huruf kecil masih bercampur
|
/
|
||
iii.
Perbezaan antara
huruf besar dengan huruf kecil
|
/
|
||
iv.
Keterbalikan huruf b
dan d
|
/
|
||
v.
Keterbalikan huruf m
dan w
|
/
|
||
vi.
Keterbalikan huruf p
dan q
|
/
|
Rajah 4.1.1.4 : Jadual Pencapaian
Murid Melalui Pemerhatian Senarai Semak Ujian sebelum intervensi
Item
|
Jumlah soalan
|
Ya
|
Tidak
|
Bahagian 1
|
6
|
4
|
2
|
Jumalah
|
6
|
4
|
2
|
4.1.2
Selepas Intervensi
(Responden A)
Jadual 4.1.2.1
Borang Pemerhatian Selepas Intervensi
NO.
|
ITEM
|
YA
|
TIDAK
|
1
|
Bahagian
1(Pembentukan huruf)
|
||
vii.
Bentuk huruf dan
tulisan tidak konsisten
|
/
|
||
viii.
Penggunaan huruf
besar dan huruf kecil masih bercampur
|
/
|
||
ix.
Perbezaan antara
huruf besar dengan huruf kecil
|
/
|
||
x.
Keterbalikan huruf b
dan d
|
/
|
||
xi.
Keterbalikan huruf m
dan w
|
/
|
||
xii.
Keterbalikan huruf p
dan q
|
/
|
Rajah 4.1.2.2 : Jadual Pencapaian
Murid Melalui Pemerhatian Senarai Semak Ujian selepas intervensi
Item
|
Jumlah soalan
|
Ya
|
Tidak
|
Bahagian 1
|
6
|
1
|
5
|
Jumalah
|
6
|
1
|
5
|
(Responden B)
Jadual 4.1.2.3
Borang Pemerhatian Selepas Intervensi
NO.
|
ITEM
|
YA
|
TIDAK
|
1
|
Bahagian
1(Pembentukan huruf)
|
||
vii.
Bentuk huruf dan
tulisan tidak konsisten
|
/
|
||
viii.
Penggunaan huruf
besar dan huruf kecil masih bercampur
|
/
|
||
ix.
Perbezaan antara
huruf besar dengan huruf kecil
|
/
|
||
x.
Keterbalikan huruf b
dan d
|
/
|
||
xi.
Keterbalikan huruf m
dan w
|
/
|
||
xii.
Keterbalikan huruf p
dan q
|
/
|
Rajah 4.1.2.4 : Jadual Pencapaian
Murid Melalui Pemerhatian Senarai Semak Ujian selepas intervensi
Item
|
Jumlah soalan
|
Ya
|
Tidak
|
Bahagian 1
|
6
|
1
|
5
|
Jumalah
|
6
|
1
|
5
|
Jadual 4.1.2.5 :
Perbezaan Masalah Responden Berdasarkan Item Senarai Semak
Responden
|
Item
|
Jumlah Soalan
|
Sebelum Tindakan
|
Selepas Tindakan
|
Perbezaan
|
A
|
Ya
|
6
|
5
|
1
|
4
|
B
|
Ya
|
6
|
4
|
1
|
3
|
Jadual 4.1.2.5 menunjukkan perbezaan antara jumlah
masalah responden A dan B sebelum tindakan dan selepas tindakan. Sebelum
tindakan , responden A mempunyai 5 daripada 6 masalah dalam item senarai semak.
Manakala selepas tindakan, responden A mempunyai 1 daripada 6 masalah dalam
item senarai semak. . Maka perbezaan antara masalah yang dikurangkan pada
responden ialah sebanyak 4. Sebelum tindakan , responden B pula mempunyai 4
daripada 6 masalah dalam item senarai semak. Manakala selepas tindakan,
responden B mempunyai 1 daripada 6 masalah dalam item senarai semak. Maka
perbezaan antara masalah yang dikurangkan pada responden ialah sebanyak 3.
Semakin kurang masalah responden , maka semakin tinggi pembentukan huruf yang betul oleh responden. Kesemua item dalam
borang pemerhatian menunjukkan penurunan masalah dengan responden memenuhi
kesemua item yang telah penyelidik tetapkan iaitu berkaitan masalah pembentukan
huruf yang dihadapi oleh responden A dan B dalam matapelajaran subjek Bahasa
Malaysia.
4.2
Analisis Dokumen
(a)
Borang Maklumat Murid
Data
yang diperoleh daripada borang maklumat murid dianalisis mengikut jantina. Analisis ini telah dilakukan kerana
maklumat kajian menyatakan bahawa jantina tidak mempengaruhi masalah yang
dialami oleh murid.
Jadual 4.2.1 :
Pengelasan murid mengikut jantina.
Jantina
|
Bilangan
|
Peratus
|
lelaki
|
1
|
100%
|
Perempuan
|
1
|
100%
|
4.3 Perbincangan Dapatan Kajian
4.3.1 Pemerhatian
Hasil
pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa
teknik menulis yang telah ditunjukkan oleh responden A dan B. Cara responden A
dan B memegang pensel didapati adalah normal.
Berikut merupakan masalah tulisan yang dikenal pasti.
- Pembentukan huruf:
Hanya sesetengah mengikut tatacara urutan pembentukan
huruf yang betul, iaitu mula menulis huruf pada titik permulaan yang tepat dan terus
menulis dengan menggunakan arah pergerakan yang betul.
- Saiz huruf:
Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil
bercampur aduk.
- Teknik penulisan:
Perlu mengikut tata cara yang betul dalam menulis.
4.3.2 Analisis Dokumen
Berdasarkan
aktiviti Permainan Wikki Stix dan Tanah Liat yang telah diberikan kepada
Responden A dan B, pengkaji telah mengkategorikan dua aspek utama dalam melihat
dengan lebih dekat masalah disgrafia yang dihadapi oleh responden. Aspek yang
dikategorikan ialah dari segi pembentukan huruf dan pengenalpastian huruf yang
dituturkan. Masalah pembentukan huruf yang ketara ini merangkumi saiz, huruf
besar dan huruf kecil dan pembalikan huruf masalah serta bentuk tulisan yang
tidak konsisten.
Dari segi penulisan,
beberapa masalah ketara yang dihadapi oleh Responden A dan B adalah seperti
berikut:
- Pembentukan huruf:
Responden mengalami kekeliruan semasa guru memberitahu
huruf yang perlu dibuat dengan permainan Wikki Stix dan Tanah Liat.
- Pembalikkan Huruf:
Pembalikan huruf b dan d kerap berlaku apabila kad
bacaan ditunjukkan.
- Pengenalpastian huruf :
Murid mengalami kekeliruan semasa mengenalpasti huruf
dalam powerpoint yang ditunjukkan oleh guru.
5.0 INTERVENSI
Kad
huruf atau abjad bagi membina perkataan adalah satu daripada cadangan kaedah
yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman huruf dengan lebih baik. Menurut
Graves (1983), murid mungkin mengelak daripada menulis dan kaedah lain boleh
digunakan oleh guru bagi membolehkan murid sama ada membina perkataan atau
ayat. Kad huruf boleh digunakan kerana murid akan dapat fokus lebih kepada
huruf yang diambil dan dibina. Kedua pula, penggunaan tanah liat. Dengan menggunakan
kaedah ini, murid disgrafia lebih fokus dan mengingat cara membuat atau
perbezaan sesuatu huruf itu. Cara yang seterusnya ialah Permainan Wikki Stix.
Permainan ini agak menarik minat murid kerana murid-murid perlu membentuk huruf
yang ditunjukkan oleh guru. Wikki Stix yang berwarna warni telah meningkatkan
motivasi dan keyakinan murid.
BAB
5
6.0 CADANGAN PEMULIHAN
Berdasarkan kajian yang
dijalankan, beberapa cadangan
tindakan
pemulihan berikut boleh dilakukan dalam
kalangan
murid-murid disgrafia yang menghadapi isu
kemahiran
menulis dan penulisan.
1.
Isu Ruang: Menggunakan pensel sebagai
alat menjarakkan setiap ayat.
2.
Keseragaman huruf: Menggunakan buku petak
atau bergaris.
3.
Pembentukan huruf: Mengikuti kaedah tatacara
yang betul dalam menulis (huruf besar dan kecil).
4.
Teknik pegangan pensel: Memegang pensel mengikut kaedah yang betul dan selesa bagi murid.
5.
Masalah ejaan: Membaca sambil menulis.
6.
Perkataan tidak lengkap: Konsentrasi, motivasi dan memberi masa yang lebih kepada murid untuk menulis berbanding dengan murid yang lain.
Kajian kes ini
juga telah dijalankan kerana kemahiran menulis didapati kurang dititikberatkan
dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kemahiran tulisan mekanis tidak
diberi penekanan secara formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak semakin tidak cantik dan sukar dibaca.
Kajian ini
juga dapat membantu dalam memahami masalah disgrafia dengan lebih baik
seterusnya dapat membantu dalam merangka kaedah-kaedah tindakan yang praktikal
dan boleh diaplikasi dalam menangani masalah kemahiran tulisan mekanis ini.
Walaupun banyak kajian telah dijalankan tentang murid-murid sekolah, namun kajian
yang lebih meluas perlu dilakukan tentang murid berkeperluan khas seperti
kanak-kanak autistik, hiperaktif, sindrom down, lembam dan sebagainya.
Dengan adanya
kajian ini, maka pengkaji berupaya melihat senario sebenar dalam masalah
tulisan mekanis yang pelbagai dan cuba mencari satu kaedah yang sesuai untuk
digunakan oleh murid pendidikan khas agar mereka mendapat satu hasil yang
sempurna dalam kemahiran tulisan mekanis. Penekanan terhadap kaedah pemulihan
dan pengawasan adalah elemen yang penting dalam memulihkan murid daripada
masalah disgrafia ini. Tindakan pada peringkat awal dapat membantu murid
terutamanya dalam teknik latihan menulis. Teknik penulisan yang betul terhadap huruf-huruf,
koordinasi tangan dan mata yang sesuai serta ingatan jangka pendek murid boleh
membantu murid secara tidak langsung.
Menulis juga
merupakan medium utama kepada murid pendidikan khas terutamanya kepada murid
yang menghadapi masalah komunikasi lisan. Pengajaran dan pembelajaran akan
lebih mudah dengan keupayaan murid menulis dengan baik bagi menyampaikan mesej
dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
guru. Maka, Penyelidik akan mengekalkan kaedah
ini Teknik Belajar
Melalui Bermain untuk pengajaran saya pada masa
hadapan kerana kaedah ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk
mengajar kemahiran menulis. Pendedahan awal adalah perlu supaya mereka tidak menghadapi
masalah bila berada di sekolah menengah dalam pendidikan khas.
7.0 PENUTUP
Terdapat beberapa kelebihan
dan kelemahan yang pengkaji dapati semasa menjalankan kajian ini. Kelebihan dan
kekurangan ini akan membantu pengkaji dari segi penambahbaikan dan pencarian
kaedah yang lebih baik untuk kajian lapangan pada masa hadapan. Kelebihan
daripada kajian ini adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh responden A dan B
dapat dilihat dengan lebih jelas dan masalah ini mungkin diabaikan oleh
sesetengah guru. Kajian ini juga dapat membantu responden A dan B menangani masalah
dalam kelas dan membantunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, latihan serta terapi yang sesuai boleh digunakan apabila masalah telah dikenal
pasti bagi membolehkan pengkaji untuk memerhati dan melihat masalah lain yang
mungkin wujud pada murid - murid yang lain.
Beberapa kelemahan telah
dikenal pasti dalam kajian ini. Antaranya ialah pengujian sebenar perlu
dilakukan agar pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut masalah disgrafia responden
A dan B. Latihan demi latihan yang berpanjangan perlu dilakukan bagi membantu responden
A dan B dalam menangani masalah yang dihadapi. Perlaksanaan yang berperingkat dan
sistematik perlu dilakukan dalam membantu responden A dan B. Kaedah pemerhatian
saja mungkin tidak cukup dalam melihat dengan lebih dekat. Maka adalah baik
juga kaedah atau ujian-ujian diagnostik dijalankan. Persoalan mengapa penulisan
dan tulisan tangan responden A dan B penting mungkin sesuai ditujukan kepada
siapakah yang membimbingnya. Guru yang prihatin tentang muridnya pasti akan
cuba membantu muridnya agar sentiasa berada di dalam gelung ilmu yang sebenar.
Penulisan dan tulisan tangan responden A dan B merupakan satu daripada kaedah
bagi menunjukkan pemahaman murid. Namun, apa yang lebih penting adalah ianya
termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tanggunjawab
guru untuk membantunya.
8.0 RUJUKAN
Abdullah bin Yusof. (2006). Pengenalan
kepada Pendidikan Khas. Open University Malaysia: Unitem.
Adi-Japha, E., Landau, Y.E., Frenkle,
L., Teicher, M., Gross-Tsur, V., & Shalev, R.S. (2007). ADHD and dysgraphia: Underlying mechanisms.
Cortex, 43, 700-709.
Auclair, L., Sieroff, E., & Kocer, S. (2008). A case of spatial neglect dysgraphia in
Wilson’s disease. Archive of Clinical Neuropsychology, 23, 47-62. Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal of Child Neurology, 10, Supp.1, S6-S8 diperoleh May 26 2012 dari http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179,
Graham, S. & Harris, K.R. (l989). Improving learning disabled students’ skills at composing essays: Self instructional strategy training. Exceptional Children, 56, 201-214.
Graves, D. (1983). Writing: Teachers and children at work. New Hampshire: Heinemann.Jamila K.A Mohamed. 2005. Disgrafia, Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa, p.p 88-89.
Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajr Hj. Abdul Aziz.,( 1997) Penguasaan kemahiran menulis: Kumpulan Budiman.
Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning
disorders. Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.
Lucas , F (1980) translated in Osley,
Scribes and Sources, Godine, Boston Lamme, L
L., & Farris, P. (1994). Authentic
assessment of children’s handwriting, 56.
Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman.
(2009). Aktiviti pemulihan
penulisan. Diperoleh 19 June 2012 dari http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-tulisan.html
Norhadi
Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas
menulis. Diperoleh 20 June 2012 dari http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/
html
Pressey & Pressey. (1926). Analyses
of Three Thousand Illegibilities in the Handwriting of Children and
Adults, Educational Research Bulletin, VI
Rosenbek,
J., McNeil, M., Teetson. M, Odell, K., & Collins, M. (1980). A syndrome of neuromotor and speech and
dysgraphia? Diperoleh pada 25 April 2008 dari http://aphasiology.pitt.edu/archive/00000661/01/1137.pdf
Sassoon, R. (1993) Handwriting:
The way to teach it. Cheltenham: Stanley Thornes.Sassoon, R (1983). The
Practical Guide to Children’s Handwriting, Thames and Hudson Great Britian.
Sassoon, R. (1993). The
art and science of handwriting. Diperoleh 20 June 2012 dari http://books.google.com.my/books?id=7CZF2vcg7soC&pg=
RA1-PA132&lpg=RA1-PA132&dq= sassoon+1993&source Schneck,
C. M., & Henderson, A. (1990). Descriptive
analysis of the developmental progression of grip position for pencil and
crayon control in nondysfunctional children. The American Journal of
Occupational Therapy.: Official
Publication of the American Occupational Therapy Association, 44 (10):
893-900. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Pendekatan P&P untuk pelajar disleksia, Apa Itu Dyslexia?. p.p
60-93.Smith, B. (1998). What
skills are required for handwriting. Diperoleh pada 18 Ogos 2012
dari http://www.udel.edu/bkirby/asperger/dysgraphiamjkay.html.
Stout, K. L. (1998). How to teach handwriting. Diperoleh
13 Ogos 2012 http://www.designastudy.com/teaching/tips-1198.html.
Syazalina 83 (2011) Bahan LINUS
Literasi Dan Numerasi diperoleh Mac 8,
2012 dari http://syazalina83.blogspot.com/2011/02/bahan-linus-literasi-dan-numerasi.html
Tseng,
Mei Hui & Cermak , Sharon (1991). The
evaluation of handwriting in children. Sensory Integration Quarterly,
19(4), 1-6.
Yusop, B. H. M., & Walter Alvin, J.
(2010). Disgrafia dan Cara Membantu:
Kajian Kes ke atas Murid Program Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL (4): 1-22.
Ziviani, J (1983) Qualitative Change in Dyanamic Tripod Grip Between Seven and Fourteen
Years Old, Develepmental Medicine and Child Neurology, 25, 778 – 782.
TERIMA KASIH DI ATAS PERKONGSIAN.
ReplyDelete